Video- Sejarah Kedatangan Yahudi ke Palestin

>> Tuesday, November 3, 2009

Kita semua ada pendapat masing-masing tentang penubuhan negara israel. Tetapi kita mengetahui dari sumber yang tidak tepat. Anda nilailah sendiri video ini. Jadi siapa yang  menjadi pendatang sebenarnya?

Read more...

Hina Islam, Melalui Iklan Coke Di Eropah

>> Monday, November 2, 2009

Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.

Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH. 

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam. 

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

Read more...

Langkah Pertama Menjadi Seorang Muslim

Bagaimanakah kita hendak menjadi seorang Muslim yang sebenar? Ini memerlukan satu penelitian yang teliti dan butir-butir yang terang.

Sekarang mari kita tumpukan pemikiran kita untuk memahami apakah erti perkataan ‘Muslim’ itu. Adakah manusia menjadi Islam kerana ia dilahirkan dalam Islam? Adakah Muslim itu nama bagi sesuatu bangsa?

Adakah seseorang itu menjadi Muslim dengan sebab ia adalah anak atau cucu bagi seorang Muslim? Adakah seseorang itu diperanakkan sebagai Muslim sebagaimana seorang anak Hindu diperanakkan sebagai Hindu? Adakah Muslim ini nama sesuatu kasta atau kelas seperti yang terdapat pada orang-orang Hindu? Adakah kita Muslim sebab kita dilahirkan di dalam masyarakat yang dipanggil masyarakat Muslim? Apakah jawaban kita? Jawaban kita sudah tentu tidak. Orang yang sedemikian bukanlah Muslim yang sebenarnya. Seseorang itu Muslim sebab ia menerima Islam. Kalau ia menolak Islam, ia bukan lagi Muslim. Samada seseorang itu orang Brahmin, atau Inggeris, atau Negro atau Cina, atau apa-apa bangsa sekali pun, ia akan diterima masuk ke dalam kumpulan masyarakat Islam bila ia menerima dan mengakui akan Islam. Akan tetapi, seseorang itu akan disingkirkan daripada masyarakat Islam apabila ia menolak dan menidakkan Islam walaupun ia adalah anak seorang alim ulama ataupun ustaz

Sekarang fahamlah kita bahawa nikmat serta kurnia terbesar Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada kita ialah Islam. Ia bukanlah sampai kepada kita atas sebab keturunan atau bangsa. Ia bukanlah suatu benda yang secara spontan sahaja berada pada kita samada kita ambil peduli atau tidak. Islam adalah suatu nikmat yang kita perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Jika kita berusaha bertungkus-lumus untuk mendapatkannya, kita akan layak menerimanya. Akan tetapi, jika kita tidak memperdulikannya, maka nikmat yang paling berharga ini adakan ditarik balik daripada kita. Na’uzubilla himinzalik-Semoga Allah menjauhkan hal demikian daripada kita.

Erti menerima Islam

Kita semua sekarang sudah tahu bahawa seseorang itu Muslim bila ia menerima Islam. Walaubagaimanapun, satu tanda tanya timbul di kepala kita. Apakah erti menerima Islam itu? Bagaimanakah kita boleh dianggap atau dikatakan telah menerima Islam? Memadaikah kita ini dikatakan menerima Islam dengan hanya berkata: “Saya telah menjadi seorang Islam atau saya telah menerima Islam?”

Adakah seseorang itu dikatakan menerima Islam bila ia boleh melafazkan beberapa patah perkataan Arab tanpa memahami maksudnya sebagaimana seorang Hindu membaca beberapa ayat mentera Sanskrit yang dia sendiri tidak mengerti? Jawapan kita sudah tentu begini: “Seseorang itu dikatakan menerima Islam apabila ia menerima keIslamannya itu dengan sedar (siuman) dan sengaja (tanpa paksaan) dan beramal serta bertindak sesuai dengan kehendak Islam itu sendiri.”

Apakah itu KUFUR dan apakah itu ISLAM ?

Kufur bererti keengganan manusia untuk melaksanakan perintah-perintah Allah. Islam bererti ketaatan kepada Allah sahaja. Islam bererti keengganan kita untuk mengakui (menerima) segala cara-cara (sistem-sistem), undang-undang serta peraturan-peraturan yang bertentangan dengan panduan-panduan Allah. Perbezaaan Islam dan Kufur ini telah diterangkan di dalam al Quran. Firman Allah :

“ Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.”
(Al-Maaidah : 44)

Memutuskan sesuatu atau menghakimkan sesuatu, tidak semestinya dilakukan (dengan berpandukan Kitabullah) terhadap kes-kes dimahkamah sahaja. Sebenarnya hal ini dilakukan pada setiap kali seorang itu perlu membuat keputusan. Juga pada setiap ketika di dalam hidup seseorang itu yang memerlukan perlaksanaan sesuatu keputusan.

Kerap kali timbul keadaan di mana kita terpaksa membuat keputusan samada hendak melaksanakan sesuatu perkara atau tidak ? Kadang-kadang kita juga terpaksa memikirkan cara bagaimana sesuatu perkara itu patut dijalankan. Juga kadangkala timbul persoalan samada hendak menggunakan cara ini atau cara yang itu bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Cara untuk kita mencapai suatu keputusan di dalam semua keadaan tadi telah termaktub di dalm Kitabullah (iaitu Al Quran) dan sunnah Rasulullah SAW. Cara yang lain dari cara tersebut ialah cara yang hanya digerakkan oleh nafsu tamak, adat turun temurun (ancenstral customs) atau undang-undang buatan manusia. Kalau seseorang itu mengenepikan cara (sistem) yang telah disarankan oleh Allah SWT dengan mengambil cara yang lain untuk tindakannya, maka sebenarnya ia sedang mengikuti jalan (wasilah) kekufuran.

Jika ia mengambil jalan kekufuran tadi untuk keseluruhan hidupnya, maka ia adalah kafir yang sepenuhnya. Jika ia mentaati panduan-panduan Allah dalam menyelesaikan beberapa perkara akan tetapi di dalam beberapa perkara yang lain kita memberi keutamaan kepada nafsu kita atau kepada adat-adat jahiliyyah kuno atau kepada undang-undang buatan manusia untuk menyelesaikannya, maka ini bermakna kita telah melibatkan diri kita ke dalam kancah kekufuran pada peringkat seorang penderhaka. Seseorang boleh menjadi kafir separuh (1/2) atau satu suku (1/4) atau satu persepuluh (1/10) atau satu perduapuluh (1/20). Ringkasnya, kekufuran itu dikira mengikut sejauhmana ia telah menderhaka terhadap undang-undang atau peraturan Allah.

Islam ialah perhambaan (sepenuhnya) manusia terhadap Allah SWT. Ini bermakna ia tidak menjadi hamba kepada dirinya; nenek moyangnya; atau keluarganya; dan bangsanya; atau tuan guru dan ulamaknya; atau tuan tanah dan tuan hakimnya dan tuan pemungut cukainya. Ianya adalah perhambaan kepada Allah SWT sahaja.

sumber;

Read more...

Nama "Muhammad" Popular Di Eropah, 2050 Islam Majoriti di Eropah


MOHAMMED' atau variasi dari nama Nabi Muhammad SAW telah menjadi pilihan yang paling popular untuk nama bayi lelaki di empat bandar besar Belanda. Pertubuhan keamanan sosial negeri tersebut mendapati nama-nama tradisional Belanda kurang diminati sekarang ini. Hal ini dilaporkan berlaku di Amsterdam, Rotterdam, Den Hag dan Utrech sebagai wilayah berkembangnya umat Islam.

Di Den Hag, variasi dari nama nabi Muhammad SAW telah naik ke tempat pertama, kedua dan kelima menjadi nama paling popular pada anak lelaki, menggantikan nama-nama tradisional kegemaran seperti Jan, Luuk, Gijs atau Daan. Di peringkat antarabangsa, nama Muhammad kini menduduki tempat ke 16 untuk nama anak lelaki paling popular.

Angka-angka yang diperolehi oleh Bank Insuran Sosial Belanda, berbeza dari statistik rasmi yang dilaporkan sebelum ini, dilihat dari pelbagai ejaan seperti Mohammed, Muhamed atau Muhammad, sebagai nama-nama yang berbeza. Statistik kerajaan sebelumnya, memisahkan perbezaan variasi nama, bagi menghindari kontroversi nama Nabi Muhammad yang masuk dalam 20 nama paling ramai nama digunakan.

Sementara itu di London beberapa tahun lalu, nama Muhammad pernah disebut-sebut bakal mengambil alih nama Jack sebagai nama anak lelaki paling popular di Britain berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan keluarga Islam. Laporan daripada Pejabat Statistik Kebangsaan berkata kadar kelahiran tertinggi ialah di kalangan pendatang berketurunan Pakistan dan Bangladesh.

Akhbar The Telegraph melaporkan, Jack adalah nama kanak-kanak lelaki paling popular masa itu, dipilih pada seramai 6,928 bayi. Muhammad mengambil alih kedudukan Thomas di tempat kedua dengan 5,991 bayi. 

Profesor hubungan etnik di Universiti Warwick, Muhammad Anwar, berkata:
"Ibu bapa Muslim mahu mempunyai sesuatu yang menunjukkan kaitan dengan agama. Penduduk Islam pada umumnya masih muda dan anda dapat menjangkakan kadar kelahiran tinggi."

Pendatang dari timur Eropah dikatakan turut membantu menambah bilangan penduduk, yang dijangka mencecah sehingga 65 juta menjelang 2017 , iaitu berlaku pertambahan sebanyak lima juta. Menurut berita Bernama, 'menjelang 2031, penduduk Britain dijangka melebihi 70 juta.'

Minggu lalu Geert Wilders pimpinan sayap kanan Parti Kebebasan Anti Islam, meminta kerajaan Belanda menangani masalah apa yang disebut' seperlima dari Negara Kesatuan Eropah diramalkan umat Islam akan menjadi majoriti pada tahun 2050. Statistik rasmi kini menunjukkan masyarakat Eropah sedang mengalami peningkatan imigran dan tren pertumbuhan yang tinggi dari umat Islam.

Pada tahun 2008 hanya 5% dari jumlah penduduk Kesatuan Eropah adalah Muslim. Namun rendahnya kadar kelahiran penduduk Eropah telah mengakibatkan meningkatnya pertumbuhan umat Islam yang merupakan penduduk imigran dari negara-negara Muslim. Kajian terbaru ini telah menunjukkan ketakutan dan kebimbangan terhadap anak muda Islam semakin besar.

Jadi nama Muhammad juga merupakan nama paling popular di dunia. Hal ini dengan pantas menjadikan nama itu popular di AS dan Eropah. Dilaporkan nama Muhammad menjadi nama bayi lelaki kedua popular di Eropah. Secara keseluruhan nama Muhammad adalah nama keluarga yang paling umum di antara nama yang sering dipakai pada keluarga Muslim di seluruh dunia.

sumber;

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP