Keringnya Tasik Galilee, Turunnya Imam Mahdi dan Nabi Isa

>> Saturday, September 11, 2010



Apakah kaitannya Tasik Galilei dan kedatangan turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi?

Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering'..(Riwayat Imam Muslim dalam Sahih Muslim)



Hadis ini memberitahu saya dan anda semua bahawa bila keringnya tasik ini, maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar. Menjadi kerisauan saya sekarang ialah, tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi, dan 9 tahun telah pun berlalu.

Anda semua harus beringat. Bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi, membantu imam mahdi dan memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

tasik galilee sedang kering dengan lajunya. Mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya. Ketika itulah Nabi Isa akan turun.

Dan anda semua kena faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses2 untuk menjadi Asbab perlunya baginda turun, Asbab itu mestilah terjadi, ini bermakna wahai tuan2.

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:

- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari.
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda tampan dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin tampan dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,bsamada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti.

Ingatlah saudara2 ku...

Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama, mereka ber-3 adalah manusia belaka. 2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.

Ketahuilah mereka ber-3 ialah:

- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini). Percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,

Ketahuilah tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini. 9 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi dan anda harus ingat...!!!


Ketahuilah,

kita ada tak sampai 41 tahun sahaja lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 41 tahun lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini.

Sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita. Dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita, menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar.

Dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan. Sekali lagi saya ingatkan anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar. Bila 1 tanda besar keluar, maka lengkaplah semua tanda2 kecil. Bila 1 tanda besar keluar, akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2.

Dan ingatlah wahai Muslimin,

Doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman. Dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad. Dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi. Di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad kerana mereka berdua dari keturunan yang sama. Sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat. Carilah balik doa Nabi Ibrahim itu (ada dalam Alquran) dan kerana itulah, solat 5 Waktu di tahiyat akhir akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.

21 comments:

Hamba ALLAH April 11, 2011 at 9:57 PM  

Assalamualaikum W.B.T,

Kedatangan Imam Mahdi A.S adalah ketentuan ALLAH S.W.T. Seperti yang kita ketahui, kedatangan Imam Mahdi adalah untuk menyatukan umat islam kerana pada akhir zaman umat islam akan memecahbelahkan agamanya. Perkara ini sudahpun terbukti. Umat islam telah lama memecahbelahan agamanya menjadi berpuak-puak. Ada yang menjadi pengikut Sunni, Syiah, Tabligh, Wahabi dan sebagainya. Apatah lagi di Indonesia, banyak puak-puak Islam seperti, FPI, Muhammadiyah, Nahdatul Ulama dan banyak lagi menjangkau 52 pecahan. Dan yang paling penting masing-masing bangga dengan puak yang diikuti. Ada yg sanggup membunuh sesama Islam semata-mata ingin MEMENANGKAN PUAK yang diikuti. Contohnya Sunni dan Syiah, sehingga sekarang masih lagi berbalah sesama sendiri padahal kedua-duanya adalah ISLAM. Ini sudah terpesong jauh dari ajaran Islam yang mencintakan keamanan. Seperti yang saya beritahu sebelumnya, UMAT ISLAM telah memecahbelahkan agamanya sejak zaman dahulu lagi, dan IMAM MAHDI telah lama datang untuk memperbetulkan masalah ini tetapi ditentang oleh Umat Islam Sendiri. Kajilah apa yang saya Katakan ini...

LOVE FOR ALL, HATRED FOR NONE....

Anonymous June 1, 2011 at 6:10 PM  

syiah n tabligh tu adalah ciptaan yahudi tujuannya untuk mnyesatkn org islam n ingin mempch-blhkn org islam...sehingga la berlakunya pertumpahan darah sesama islam...

Anonymous June 14, 2011 at 8:37 AM  

jgn salahkn tabligh itukn satu sifat nabi,lihat dlm diri dn muhasabah diri betulke aku ni

Siti Nur Naqibah June 16, 2011 at 9:50 PM  

dh terlalu byk petanda2 hari kiamat . tp msih rmai yg xikut islam secara sempurna ( termasuk diri sy ) . xsggup rase nye menghadapi kematian . kiamat akan tiba jgk . xde ape pn yg thu . sape thu klau tasik 2 kering lbih awl dr 41 thn . cikgu sy ckp , org yg menghadapi kiamat adlh org yg benar tiada iman langsung dlm diri mereka . ( jauhkan la diri sy dr glongan t'sebut )

Anonymous July 1, 2011 at 9:32 PM  

ya allah,..... sgt menakutkan....

kurakura August 11, 2011 at 11:04 AM  

terima kasih kepada saudara blogger y mewujudkan blog y amat berguna ini.semoga anda semua dirahmati ALLAH swt.

Anonymous August 28, 2011 at 7:35 AM  

Apabila tasik galilee kering,nabi isa akan turun ataupun keluarnya dajjal??

Anonymous September 14, 2011 at 3:43 PM  

ada sapa-sapa tau nape blog ibnyaacob tak boleh buka...atau dah kena remove blognya

Anonymous October 18, 2011 at 9:31 PM  

kenapa mesti tasik galillee dikaitkan ngn dajjal n kiamat?
Try google Aral Sea. once one of the largest inland water. tapi skrg dh menyusut jauh lagi teruk compared to galillee.

so why galillee lake?

jusoh che long December 2, 2011 at 7:52 AM  

(tabligh pun termasuk? jemaah tabligh ker?yg ada masjid pakistan tu? cian diorang tak tahu diorang tak tahu apa2.)

Anonymous November 21, 2012 at 2:06 PM  

hidup syiah, syiah adalah benar, semoga allah merahmati syiah... kembalilah ke jalan yang benar, syiah adalah ahli sunnah yang sebenarnya....

Unknown January 16, 2013 at 4:34 PM  

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kunjungi Undangan kami
di http://dimalayo.co.gp






Anonymous March 18, 2013 at 6:22 AM  

DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com 'daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih yaALLAH..saudara2 yg dkasihi,seandainy anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda utk mlayari blog ini krn ssunguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCYALA!!!hany utk para pcari KEBENARAN sahaja!!!Salam kshsyg..adam7

Anonymous June 14, 2013 at 1:58 PM  

Apa kaitan dgn nabi isa?dan sekiranya nabi isa turun ke dunia,apa masalahnya?adakah nabi isa akan menghancurkan umat islam ataupun sebaliknya?nabi isa juga adalah seorang nabi.dan adakah nabi isa akan bekerjasama dgn dajjal?kenapa dia harus bekerjasama dgn dajjal?

Anonymous June 18, 2013 at 11:34 PM  

apo ko membebel? sapo lak poei cakap nabi Isa kerjesama dajal, hancurkan islam pe smua ni.. mengarut. ada je komen yg spoil mood aku.

Are Mie Shop June 19, 2013 at 12:42 AM  

syiah sesat

Zafri June 19, 2013 at 1:07 AM  

Nabi Isa akan turun ke bumi utk membunuh dajjal laknatullah selepas Imam Mahdi kerana Imam Mahdi tak mampu untuk mengalahkannya..bukan Nabi Isa bekerjasama dengan dajjal...dan dajjal tidak bodoh, apabila dia tahu Nabi Isa telah tiba, dajjal akan melarikan diri ke seluruh pelusuk dunia hingga akhirnya dia mati dibunuh oleh NABI ISA AS....wallahualam..

Faiz Mansor June 19, 2013 at 1:40 AM  

kan dah terang dalam hadith tue, nak pergi putar belit jauh2 buat apanyer.. mana gurulah dia cedok nie.

Anon June 19, 2013 at 7:01 AM  

ini disebut dalam hadis Tamim Ad-Dari..hadis soheh bkn saja2 nak mention tasik galillee..Dajjal sendiri cakap kalau kering air tasik tu dia akan muncul

Anonymous January 12, 2014 at 9:06 PM  

PERTAMA : Apabila kering kontang Air Tasik Galilee.
KEDUA : Maka bangkit muncullah dia itu Imam Mahdi..
KETIGA : Tatakala itu turun tahta Nabi Isa wafat dikebumi...
KEEMPAT : Akhirnya Dajjal Yahudi Nasara kojol mati
dibunuh oleh Imam Al-Mahdi....

Anonymous November 26, 2015 at 4:26 PM  

aslmkm. Syiah bukan Islam. Ingatlah. Islam berpegang kpd kalimah dua syahadah yg mengangkat tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Muhammad saw tau, bukan Sdna Ali.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP