Pesanan editor: Berikutan pelbagai bencana alam yang berlaku akhir-akhir ini membuatkan saya berfikir berkenaan tanda-tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Rasululllah saw dan seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Apakah kita masih berlengah dan leka dengan dunia? Marilah wahai sahabat, kita selami artikel tulisan Ustaz Zaharuddin ini.
Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.
Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)
Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia".
Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.
Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.
Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya. Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.

Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.
Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta'ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.
Mungkin ada yang terfikir, seorang ahli sukan yang ‘fit' cergas dan sihat, mungkin tidak akan menerima serangan jantung, namun cuba lihat apa yang terjadi kepada pemain bolasepak Hungary ini . Selepas memberikan senyuman kepada pengadil yang memberikannya kad kuning dan terus...
LUPA
Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :
أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر
Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Manakala dalam catatan Imam Ahmad
Manakala dalam catatan Imam Ahmad
إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر
Ertinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)
Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.
Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت
Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.
Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.
Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.
Salam...
ReplyDeleteHarap saudara dapat memberi jawapan kepada saya..
Sebelum ini saya baca dari syurgadidunia.com, ustaz zaharuddin tidak menghukum bank islam di malaysia adalah riba. Jadi secara terangnya ianya bertentangan dengan syeikh imran hossein.
Saya sebenarnya tidak mengenali ustaz zaharuddin namun saya harap saudara dapat berhati-hati jika mengambil artikel daripadanya...
Sekian, wassalam.
Wan.
mlshaharizuan@yahoo.com