Umat Islam di Palestin, mereka berjuang dan berjihad dengan penuh kekuatan jiwa. Keimanan yang kuat dalam hati membuatkan mereka yakin dengan Allah walaupun terpaksa mati pada usia yang muda.Mereka tidak gentar meskipun hanya boleh melawan rejim Yahudi dengan ketulan-ketulan batu kecil.
Bagi mereka, selagi kehidupan masih bersisa, selagi itulah mereka tidak akan pernah berhenti melawan rejim Yahudi. Itu mereka di sana. Kita sepatutnya mencontohi kekuatan yang ada pada mereka. Mereka tidak hanya sekadar berperang dengan kekuatan fizikal tetapi juga dengan kekuatan jiwa mereka yang tunduk patuh kepada Allah.
Lihatlah mereka. Kita mengetahui keadaan mereka. Senjata-senjata untuk mereka berperang disekat daripada sampai ke tangan mereka. Mereka terpaksa mencipta senjata sendiri. Bekalan makanan terhadap mereka dihentikan oleh PBB atas dasar mengatakan HAMAS telah merampas sebuah trak yang membawa bekalan ke Gaza. Sedangkan rejim Yahudi yang berhari-hari merampas kehidupan dan hak rakyat Palestin daripada tahun 1967 hingga sekarang tidak pernah dipersoalkan oleh PBB.
Pelbagai penderitaan yang telah dialami oleh rakyat Palestin tapi mereka tetap berusaha meneruskan kehidupan dengan apa cara sekalipun. Apa yang paling penting buat mereka ialah mempertahankan Bumi Al-Quds itu daripada jatuh sepenuhnya ke tangan Yahudi laknatullah.
Bagaimana kita di sini pada hari ini yang hidup dalam kesejahteraan meneruskan kehidupan dengan kekuatan jiwa yang tunduk patuh kepada Allah s.w.t.?
No comments:
Post a Comment