Generasi masa depan?
Penggunaan Fluorin hanyalah salah satu bahagian dari beberapa contoh bahan berbahaya yang disuapkan ke dalam bahan-bahan yang digunakan oleh manusia dan ini akan sebati di dalam tubuh manusia. Selain Fluorin, kita juga 'akrab' dengan aspartame atau juga dikenali aspartamin , tanpa kita sadari. Mungkin kita masih merasa asing dengan namanya, tetapi kami yakin bahawa bahan kimia ini adalah sangat akrab dengan kehidupan kita seharian.
Struktur Aspartame atau Aspartamin
Aspartame atau aspartamin merupakan bahan kimia yang lebih dikenali sebagai bahan pemanis buatan pengganti gula. Gula memang tidak baik bagi kesihatan manusia, namun zat penggantinya ini terbukti menyimpan potensi kejahatan yang jauh lebih mengerikan. Sejak pertengahan tahun 1995, penggunaan aspartame dari AS telah meluas ke seluruh dunia.
Bahan kontroversi ini sekarang telah diletakkan ke dalam puluhan ribu produk makanan, suplemen vitamin, dan minuman ringan. Padahal banyak kajian membuktikan bahawa bahan ini boleh menyebabkan sakit kepala, tumor otak, dan limpoma . Pada tahun 2004, sebuah filem dokumentari bertajuk “Sweet Misery: A Poisoned World ” dengan jelas menunjukkan bahayanya zat kimia tersebut.
Jika anda masuk ke dalam pasaraya, bahan pemanis buatan ini dengan mudah didapati di bahagian makanan atau minuman manis, sama seperti kes penggunaan Monosodium Glutamat (MSG) yang juga berbahaya bagi kesihatan yang telah dibincangkan sebelum ini.
Beberapa kajian mendapati aspartame sama bahayanya dengan racun sianida atau pun arsenik yang secara langsung menyerang jaringan saraf manusia, yang menyebabkan kelumpuhan atau kematian. Hanya aspartame memberi kesan lebih lama dari suanida maupun arsenik.
Di Amerika Syarikat, negara besar yang mempunyai masalah kesihatan yang serius. Salah satunya adalah masalah obesiti (kegemukan), bahkan bandar Houston dikenali sebagai bandar orang-orang gemuk AS. Perbagai laporan mengenai aspartame cukup mengerikan. Salah satunya adalah statistik barah payudara yang menunjukkan peningkatan yang selaras dengan peningkatan penggunaan aspartame dalam produk makanan harian warga AS. Perkara ini memperkuatkan lagi mengapa pemanis buatan ini harus dicurigai.
Pakar nutrisi Dr. Rita Laibow dalam pembentangan yang sama (lihat artikel bahagian sebelumnya) dan dalam banyak kajiannya menyatakan penggunaan aspartame merupakan salah satu bahagian dari strategi untuk mengurangkan populasi dunia, seperti kes penggunaan Fluoride dan MSG.
Steroid Bagi Ayam Goreng
Tahukah Anda ayam goreng yang biasa kita jumpa di restoran fastfood hidupnya sangat singkat. Dari telur hingga dewasa, tempoh hayatnya tidak sampai dua bulan. Ini disebabkan oleh penyuntikan zat hormon yang disebut steroid yang dicucuk ke dalam tubuh ayam tersebut.
Perkara ini sudah lazim dan biasa dilakukan oleh penternak-penternak ayam. Lebih-lebih lagi bagi peternakan ayam yang menjadi makanan di kedai-kedai fastfood seperti McD, KFC, dan sebagainya.
Seorang saksi yang pernah pergi ke lokasi peternakan ayam-ayam tersebut mengatakan, “Anda akan tidak mahu lagi memakan ayam goreng di sana jika mengetahui keadaan ayam-ayam di sana. Ayam-ayam itu disuntik secara berjadual, dalam waktu yang sangat singkat bermula dari anak ayam yang kecil sehingga menjadi ayam dewasa yang sangat gemuk, sehingga untuk berdiri dan berjalan pun tidak mampu. Ayam-ayam hasil suntikan tersebut hanya dapat duduk diam menunggu giliran untuk disembelih dan dihantar ke gerai-gerai restoran fasfood yang kita sedia maklum. Ayam-ayam ‘sakit’ itulah yang biasa kita makan di kedai-kedai fasfood tersebut.”
Kaki ayam yang tidak dapat menampung pembesaran ayam
Dalam filem Super Size Me, dinyatakan steroid yang disuntikan ke dalam ayam-ayam tersebut tidak akan hilang walaupun digoreng, sehingga steroid tersebut ikut masuk ke dalam tubuh manusia yang memakannya. Hasilnya? Tubuh manusia yang memakan ayam tersebut sedikit demi sedikit menyimpan hormon pertumbuhan yang berbahaya. Kita boleh melihat di zaman sekarang, anak-anak yang membesar di kota-kota besar, badannya cepat membesar dan sebahagian besar menderita obesiti (kegemukan). Hal ini disebabkan mereka seringkali memakan makanan-makanan yang tidak sihat tersebut.
Video Meet Your Meat di bawah menunjukkan keadaan sebenar industri ternakan yang menggambarkan kerakusan industri mengaut keuntungan tanpa mengambil peduli kesengsaraan binatang.
badan yang cepat membesar dan gemuk tidak menjamin tubuh yang sihat. Adalah fakta bahawa remaja di kota memiliki tubuh yang besar tetapi menghadapi pelbagai jenis penyakit. Jadi, tubuh yang besar itu seolah-olah mirip dengan ayam di tempat peternakan yang disuntik hormon steroid.
No comments:
Post a Comment