Tuesday, February 28, 2012

Risalah Injil Kuno Dijumpai - Jesus Meramalkan Kedatangan Nabi Muhammad saw

Naskah Injil berusia 1500 tahun yang menceritakan ajaran Jesus dan kedatangan Nabi Muhammad saw.

Kerajaan Turki telah mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut adanmenyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi. 

Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat sendiri Injil kuno ini.

Bahkan Injil ini mencetuskan minat yang serius dari kalangan orang besar Vatican. Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat buku 1,500 tahun yang lalu ini. Kebanyakan orang ramai mengjangkakan Injil ini adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh Turki selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 2000. 


Tulisan berharga 14 juta pound yang menggunakan bahasa Aramik (bahasa pertuturan Jesus)

Menurut Mailonline, injil yang ditulis tangan menggunakan dakwat emas itu menggunakan bahasa Aramik. Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Jesus sehari-hari dalam kehidupannya di dunia. Di dalam injil ini juga diperjelaskan ajaran asli Jesus serta ramalan kedatangan nabi terakhir selepas Nabi Isa. 

Kawasan pengguaan bahasa Aramik dan lain-lain bahasa

Injil kuno berusia 1,500 tahun ini yang menggunakan kulit haiwan, ditemui polis Turki semasa operasi anti penyeludupan pada tahun 2000 lalu. Injil kuno ini sekarang di simpan di Muzium Etnografi di Ankara, Turki. 

Muzium Etnografi di Ankara, Turki yang menyimpan Injil Kuno ini

Menteri Budaya dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengatakan bahawa buku tersebut boleh menjadi versi asli dari Injil. Injil ini juga boleh mengakibatkan keyakinan Gereja Kristian yang menganggap Nabi Muhammad saw bukanlah penerus dan melengkapkan lagi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as terhapus sama sekali tanpa boleh disangkal lagi.

Gunay juga mengatakan pihak Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk melihat kitab dari teks yang kontroversi ini menurut keyakinan Kristian. Kitab ini berada diluar pandangan agama Kristian seperti dari pandangan kitab Injil yang lain seperti Markus, Matius, Lukas dan Yohanes.

Lihat video Injil Kuno di bawah.

12 comments:

  1. subhanallah....terima kasih atas perkongsian ilmu ini

    ReplyDelete
  2. Hmmmmmmmmmmm.............

    ReplyDelete
  3. Tipu je... teknologi skrng bole buat tu pun....

    ReplyDelete
  4. Tuan anonymous...tlg jgn kata ini tipu itu benar...itu betul itu salah. Cuba..anda pergi ke turky. ..dan lihat.....sendiri....

    ReplyDelete
  5. hehe..admin Injil ni dibuat oleh penganut agama Islam yg marah selepas negaranya sendiri dikuasai kristian pada tahun 600...mana mungkin Injil ini terbukti benar sedangkan muhammad lahir pada tahun 357..jadi carilah lagi kebenaran..Tuhan pasti akan buka jalan saat tiada jalan

    ReplyDelete
  6. Muhammad lahir tahun 570 bukan 357, Muhammad jadi nabi tahun 610. Jadi kamu yang harus cari kebenaran.

    Pada tahun 600 pemerintah Rom Kristian dan pemerintah Parsi sama-sama mengaku memiliki tanah arab, hakikatnya mereka tidak memilikinya,tanah arab adalah padang pasir, mereka tidak berminat datang menjajah.

    ReplyDelete
  7. oh ya, pada tahun 600 belum wujud penganut Islam, penganut Islam hanya wujud tahun 610, jadi bagaimana mereka boleh marah kerana negaranya dijajah kristian?

    ReplyDelete
  8. Sa pn boleh ba tulis2 ada injil tersembunyi mengatakan saya ni nabi baru penerus Jesus,sa bilangla sa main pasir sna blakang rumah tiba2 sa terkorek injil yg kna sembunyi trus dia bilang sa ni nabi baru bikin buruk2 skit lama2 skit trus sa rasuah2 skit sa jadila nabi baru so...kesimp7lan drpd komen sa kmu paham2 la kn...

    ReplyDelete
  9. Sa pn boleh ba tulis2 ada injil tersembunyi mengatakan saya ni nabi baru penerus Jesus,sa bilangla sa main pasir sna blakang rumah tiba2 sa terkorek injil yg kna sembunyi trus dia bilang sa ni nabi baru bikin buruk2 skit lama2 skit trus sa rasuah2 skit sa jadila nabi baru so...kesimp7lan drpd komen sa kmu paham2 la kn...

    ReplyDelete
  10. Sa pn boleh ba tulis2 ada injil tersembunyi mengatakan saya ni nabi baru penerus Jesus,sa bilangla sa main pasir sna blakang rumah tiba2 sa terkorek injil yg kna sembunyi trus dia bilang sa ni nabi baru bikin buruk2 skit lama2 skit trus sa rasuah2 skit sa jadila nabi baru so...kesimp7lan drpd komen sa kmu paham2 la kn...

    ReplyDelete