Wednesday, February 29, 2012

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan

Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

11 comments:

  1. subhanallah..

    semuanya Allah dh tunjukkan, cuma kta perlu b'fikir..

    ReplyDelete
  2. terime kasih share :) byk lgi ilmu dalam AL-QURAN kena belajar..yg pasti semuanya benar sebab itu kata-kata Allah..xperlu kajian apa..kt buat kajian supaya lebih tau yg Allah tu Maha Berkuasa

    ReplyDelete
  3. sori bro...ternyata kita post pada blog yang sama....
    tapi tenang, ane gak bakal klik punya ane

    Good luck

    ReplyDelete
  4. Saya lebih suka menyemak menggunakan MRI daripada Al-Quran.

    ReplyDelete
  5. Maaf ya saudara/saudari sinip...tapi rungkaian diatas yg mencerita bgammana kita dapat mngesan pembohongan...yg mana penilitian kawasan otak yg bertindak pada masa berlakunya pembohongan. Jd nyata apa yg dikaji dan yg termaktub adalah sama...Jadi sudah semestinya YG memberitahu itu adalaah penciptanya....kerana hanya pencipta yg mengetahuinya..

    ReplyDelete
  6. Bro tourism. Pasal hang dok posted link benda2 pelik kat sini. Ini adalah tempat untuk ilmuan...minta tlg jgan letak ya lagi...we are all gentlemen...

    ReplyDelete
  7. This program is primarily intended for those children and adults who want to take the first step in learning to read Quran. Courses begin by learning the Arabic alphabet and progresses further. This program allows the student to be able to read the Quran with the rules of Tajweed. Moreover, the program also includes a three-step module Noorani Qaida (the main book pronunciation of some commonly used words, difficult words and long words of the Quran).
    Quran Teaching

    ReplyDelete
  8. mereka yg tak mengakui tak percaya alam akhirat,mungkin tak pernah berada d alam mimpi....terserah
    kita dah sampaikan hujah kita
    dah lepas dari tanngungjawab
    kami tak paksa,neraka Allah kan luas,malaikat Allah dneraka berkali lagi bengis dari manusia yg jaga penjara dunia,dipersilakan,Allah tak rugi apa2 fikirlah kita cuma hambanya....Allah dah bagi utusan
    'tidak akan dhukum suatu kaum itu
    kecuali telah dhantar utusan atau rasul.........Allahhu aklam.

    ReplyDelete