Monday, December 5, 2011

Malaysia Telah Wujud Pada September 1937

Benarkah 'kenyataan' ini?


Projek penjajahan bentuk baru iaitu melalui empayar baru matawang dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kononnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat melalui penjajahan dalam bentuk baru.

Semuanya telah dirancang rapi bagi memperlihatkan bahawa semua kejadian berlaku dengan sendirinya. Malaysia juga tidak terlepas dari percaturan yang sudah sekian lama terancang. Sungguh memalukan jika kita membaca kembali buku-buku sejarah Malaysia yang 100% berpaksikan kepentingan segelintir manusia. Malaysia adalah projek kolonial yang sekian lama dirancang. Ini semua benar, seperti buku yang diterbitkan pada September 1937 (gambar di bawah).

Projek kolonial A.S ini sangat rapi. Ramai yang menggelar projek kolonial ini sebagai teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara-negara di Asia Tenggara ini akan menjadi negara komunis. Teori ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara di bawah akta ISA oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti Lautan Gelora.”

Pak Said Zahari


Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia dengan melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya, menggulingkan presiden Sukarno dan menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan. Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dalam terbitan dokumen-dokumen rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)

Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia yang dipercayai disabotaj oleh Jeneral Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenal pasti telah bocor rahsianya atau mungkin disebabkan kecekapan risikan tentera Malaysia. Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jeneral Suharto, yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.

Nama Malaysia telah wujud dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatatkan di dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara. 


Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules


Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, iaitu tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, juga tahun orang-orang di sini belum lagi memahami atau ambil peduli apakah makna dan perkataan 'Malaysia'. Tahun tersebut juga merupakan tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya, tahun inggeris masih lagi menjajah ke atas wilayah dengan nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Borneo Sabah, Sarawak dan Brunei.

Gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei pada saat akhir menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris sehingga ke tahun 1984. Manakala Singapura pula menyertai Malaysia sehingga tahun 1965 dan berpecah selepas itu.

Batu peringatan penubuhan Malaysia


Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura akan bersatu dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yang gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat, kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia.

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak. Apa pula cerita Bangsa Malaysia?

Tunku Abdul Rahman Mengumumkan pada media tentang keberangkatannya ke London untuk memeterai penubuhan Malaysia.


Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British.

Oleh itu mari kita sama-sama fikir kembali maksud daripada petikan ucapan terakhir beliau sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu…“(Mohamed Abid, 2003, p191-192)

Apa Maksudnya?

Ini Realitinya:

Sedikit mengenai 'agenda' mereka untuk semua orang Malaysia yang membaca artikel ini:

1. 'De-Islaming the Islamic belief' melalui perkara-perkara mistik (menerapkan kepercayaan mistik seperti Hikayat HangTuah, Hikayat Melayu yang dikawal oleh Orientalist)

2. Merosakkan ‘Kitab Suci’ tanpa membakar tetapi melalui penyebaran teori evolusi (idea Darwin. Penyakit ini melahirkan golongan Atheist)

3. Mereka (tidak kira apa bangsa keturunan sekalipun) yang menyerahkan  segala jiwa dan raganya malah kepercayaan agamanya kepada ‘MASTER‘ untuk melakukan perkara di atas akan diberikan kekuasaan dan kekayaan.

Pecah, kuasai dan musnahkan kepercayaan tauhid dan agama merupakan agenda mereka sejak bermulanya tamadun. Mereka tersorok di dalam pertubuhan rahsia dengan ahlinya yang tidak ramai tetapi pengaruhnya cukup kuat dan cukup berpengaruh. Mereka datang dengan menguasai politik yang dulunya berkhidmat untuk British empire. Sekarang pula mungkin dibawah naungan Amirika sekutu kuat England.

Walaupun pada dasarnya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru tidak keruan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu sistem yang di rekacipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka.

Jika tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat tempat paling utama di Malaya hari ini? Politik dan hiburan adalah jawapannya. Adakah mereka betul-betul pedulikan kamu? Tidak sama sekali. Apakah elemen utama dalam perancangan mereka? Lalai dan melalaikan. Dan akibatnya:

End result Spiritual Blindness.

9 comments:

  1. jadi, malaysia sudah lama ada dalam perancannag illuminati ... ?

    ReplyDelete
  2. salam.. sebenarnya nama malaysia telah wujud lebih lama daripada itu, ada buku keluaran tahun 1889 yang bertajuk "geographical notes in malaysia and asia".. begitu juga dengan peta yang dibat oleh pengembara pada tahun 1914 yang menamakan seluruh kepualauan nusantara ini sebagai "malaysia"..

    ReplyDelete
  3. aku ditipu sejak sekolah lagi..licik sungguh perancangan mereka-mereka ini!!

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Apakah yg kita perlu perlakukan apabila kebenaran ini dibuka dari tirai Hijabnya?
    Apa yg penting adalah bagaimana kita perlu menghadapinya..
    Pendedahan ini tidaklah memeranjatkan sy secara Hakikatnya krn jika kita lihat kehidupan dihadapan kita dinegara ini dgn mata hati,tersingkap suatu hakikat bahawasanya hidup kita disini berjalan secara tidak harmoni diantara Kerajaan dibumi dan kerajaan di langit..
    Kecelaruan dlm semua sistem yg kita amalkan dan kesan2nya adalah hakikat kpd Janji Allah s.w.t bahawasanya jika berhukum selain dari hukum2 Allah,maka kita menempah huru hara(kecelaruan)yg tidak akan berakhir selagi kita masih berpaling dari hakikat kehambaan kita yg duduk menumpang dibumi Allah ttp enggan berhukum dgn hukum2nya..
    Ini janji yg pasti..
    Sy tidak mahu memberi komen mengenai kronologi bagaimana semua ini terjadi krn perencananya tidak lain dan tidak bukan adalah musuh2 Allah yg telah dinyatakan dlm Al-Quran,yg kita sebut2 selalu dlm bacaan Al-Fatihah sewaktu solat2 yg kita kerjakan,ttp secara mudahnya utk mengatakan kita tuli terhadap ancaman ini adalah krn kita tidak mendalami Hikmah solat itu dgn pekerjaan diluar solat..
    Contoh Mudah adalah sebutan "Allah hu Akhbar"..
    Pd sy maksudnya "Allah hu Akhbar" apabila diterjemahkan pd perkara2 diluar solat adalah Membesarkan Allah dlm apa jua perkara yg kita lakukan..
    Jika mentadbir,ikutlah bentuk tadbir yg Allah perintahkan,jika bersiasah,ikutlah siasah yg Allah ajarkan pd Rasulullah s.a.w..
    Itulah menifestasi dari kalam "Allah hu Akhbar" Itu jika ianya dijadikan pakaian dan dibawa kemana2 sudut kehidupan ini..
    Inilah yg kebanyakan kita cuai dan melakukan Syirik krn berimankan "Perlembagaan Lord Reid" yg diketahui sebagai golongan musuh yg Allah telah nyatakan dlm surah Al-Fatihah..
    Apabila dasar bernegara dirujuk kpd dasar2 musuh2 Allah,maka kesannya adalah seperti rantaian manik yg akan melalui semua dasar2 yg berjalan dlm negara..
    Malangnya,sebilangan besar kita meraikan menifesto musuh2 Allah ini dgn melaksanakannya secara tidak sedar dimana perpecahan yg ditempah krn mengikut telunjuk amalan Demokrasi yg menggalakkan Fitnah dan menjatuhkan wibawa sesama seagama,lalu menyeret sama org2 bodoh utk ikut telunjuk amalan ini yg terang2 membunuh sifat2 Berhusnuzzan,menyuburkan kefasiqan,fitnah dan adu domba semata-mata utk mengejar kerusi pemerintahan yg mana jalannya terang2an maksiat terhadap Allah s.w.t..
    Ini baru sy sentuh bab siasah,blm lagi dgn dasar pendidikannya dan dasar2 yg lain lg..
    Kita dan Indonesia akan kekal menjadi tetangga bodoh sombong krn bertegang-tegangan atas perkara2 remeh spt budaya,lagu kebangsaan yg lansung tiada dlm tuntutan Allah dn Rasulnya ttp sebilangannya sanggup menjadi korban akibat kebodohan yg sukar ditegur ini..
    Alangkah hinanya kita disisi Allah dan Rasul krn bercakaran sesama seagama bukan atas perkara2 aqidah..
    Inilah hasil suntikan Jarum Nasionalisme,Libelarisme,Humanism dan lain2 doktrin yg sebenarnya ingin melahirkan masyarakat yg terpisah dari Tauhid kpd Allah..

    ReplyDelete
  5. pendidikan yg mengajar sejarah yang ditulis..

    ReplyDelete
  6. Menarik.Penubuhan Malaysia sebenarnya rapuh tetapi menjadi kuat sebaik hadirnya ancaman komunis.Jika tidak,mungkin Malaysia menjadi negara komunis seperti Myanmar.Saya kira tiada negara di dunia ini dapat lari dari rancangan dajjal utk menakluki setiap negara Islam.Ini termasuk Arab Saudi yg mempunyai 5 pengkalan udara tentera US & kadangkala menjadi pengkalan utk tentera udara Israel.

    Demokrasi adalah senjata terbaik utk melagakan umat Islam.Jika Malaysia sudah menjadi milik Illuminati sejak azali,saya hairan kenapa pada 1998 mereka cuba menakluk kita melalui penjajahan cara baru.Mungkin kita dijajah secara ideologi,belum secara fizikal.Saya secara peribadi melihat PAS sedang dirosakkan oleh tangan2 yg mahukan PAS menjadi lebih liberal.

    Maka orang Islam di negara ini akan hilang kuasa politik,manakala kuasa ekonomi tidak pernah dlm tangan.Tidak ramai yg mahu satukan ummah,tapi lebih ramai yg mahu ummah dileraikan.Moga Allah swt selamatkan umat Islam di negara ini.

    ReplyDelete
  7. salam..
    saya merasa hairan kenapa umat Islam di Malaysia sanggup berbalah sesama sendiri disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza..kerana politik sanggup memutuskan persaudaraan..adakah kehendak politik lebih penting daripada tuntutan agama..kan lebih baik untuk menuju ke arah kebaikan yang diberkati Allah apa salahnya fahaman politik diketepikan dan bersatu membentuk ummah yang kuat peganggan agama tanpa dicerobohi oleh musuh2 Islam..selagi seseorang muslim membelakangi saudara semuslimnya maka tidak akan wujud keamanan yang sebenarnya..sentiasa terdapat pergolakan..orang2 bukan muslim pasti akan duduk bergoyang kaki sambil ketawa memperlekehkan umat Islam "lihatlah orang Islam sesama sendiri brgaduh"..biarla Islam yang menjadi role model kepada orang2 bukan Islam daripada mereka dijadikan role model untuk umat Islam..tapi inila masalah yang terjadi kepada umat Islam di negara kita dari dulu hingga kini..

    ReplyDelete
  8. Malaysia itu sendiri membawa maksud Malay + sia = Orang Melayu yang malas atau sia2...

    Jahatnya perancangan pihak kuffar...

    ReplyDelete
  9. SERTAI IKHWAN ILUMINATI DAN JADI JUTAWAN !!!

    Adakah anda pemilik/rakan kongsi perniagaan, ahli politik, paderi, anda memerlukan kuasa, individu yang berdiri teguh, ahli muzik, pelajar berumur 18 tahun dan semua atlet yang sangat memerlukan wang? Adakah anda merasa sukar untuk menyelesaikan kewajipan kewangan anda, untuk mengekalkan kehidupan yang lebih sihat atau seimbang? Adakah anda ingin mencapai impian anda sebagai individu yang berjaya dengan kekayaan, kuasa dan kemasyhuran dalam apa yang diidamkan oleh hati anda? Sebagai ahli baru, anda akan menerima manfaat besar yang disediakan oleh masyarakat. Setiap ahli akan menerima jumlah segera $1,000,000 dolar, sebuah kereta pilihan anda, dan rumah percuma di mana sahaja anda memilih untuk tinggal di peringkat nasional atau antarabangsa yang termasuk pendapatan berasaskan $3,000 bulanan. Sebagai ahli masyarakat yang hebat ini, apa sahaja yang anda pilih untuk dicapai dalam hidup adalah tanpa had dengan The Illuminati Brotherhood Society. Tiada kaitan dengan darah manusia. Tiada yuran wang untuk menyertai tetapi hanya kos untuk sebarang item yang diperlukan untuk ritual permulaan anda yang berjaya. Jika anda sudah bersedia untuk diproses, sila hubungi tuan pemula besar Gibson Washington DC USA hari ini
    Rabu
    atau WhatsApp;+15596663909 atau lebih baik lagi tulis pemula yang menyembah tuan Gibson di Telegram: @lord_Gibson666
    untuk maklumat lanjut melalui
    salam cahaya
    Salam Pasukan!
    Jangkauan Warga Zon 4.

    ReplyDelete