Dari Tariq ibn Shihab,
“ Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat. Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda saw bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah. Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ” berkorbanlah walaupun seekor lalat". Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata “ aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia kedalam syurga.”
(HR Imam Ahmad)
Situasi ini mungkin sudah tidak berlaku di zaman sekarang. Tidak ada lagi orang yang memaksa untuk berkorban untuk patung ataupun berhala. Tetapi di zaman yang serba maju ini, keadaan ini sebenarnya masih berlaku tetapi dalam keadaan yang berbeza dan tidak lagi dipaksa tetapi rela. Menarik bukan.
Saya ingin kaitkan hadis ini dengan situasi masyarakat sekarang yang masih taksub dengan bomoh. Bomoh yang membakar kemenyan dan meminta pengeras sebagai korban untuk mencapai hajat apa yang diingini. Bukankah situasi ini sama dengan kisah di dalam hadis tersebut.
Pengeras
Pengamal perubatan tradisional yang juga dikenali sebagai bomoh ataupun dukun akan mengenakan bayaran tertentu sebagai upah kepada perkhidmatan yang mereka berikan. Untuk nampak lebih hebat, kononnya jumlah bayaran tu telah pun ditetapkan oleh khadam ataupun jin belaan bomoh tersebut. Bayaran Pengeras tidak sama antara bomoh dan jenis penyakit. Dari puluhan ringgit hinggalah boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Pengeras yang agak tinggi biasanya akan cuba dibayar oleh pesakit walaupun tinggal sehelai sepinggan disebabkan desakan penyakit yang di alami. Cuba kita fikirkan, adakah jin memerlukan duit? Jin tidak perlu menghulurkan duit pun untuk membeli sekampit beras dikedai runcit.
Selain meminta pengeras dalam bentuk duit, ada juga yang meminta yang bukan-bukan seperti darah ayam, telur ayam kampung, pulut kuning. Barang-barang yang diminta oleh jin ataupun syaitan ini berlainan mengikut keadaan geografi (negara). Kenapa? Sebenarnya syaitan tidak memerlukan barangan tersebut. Tetapi mereka gembira kita dapat mengikut kemahuan mereka. Tujuan mereka cuma satu, untuk sesatkan manusia dan mendiami neraka bersama mereka.
Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Berserah kepada Allah swt. Jangan biarkan diri diperdaya oleh Syaitan. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh yang nyata.
salam;
ReplyDeletedah banyak umat islam tersesat sekarang ni..termasuk pemimpinnya sekali..
umat islam sekarang dah lemah imannya.. akhir zaman.. btw, entri yg menarik.. 1st tyme dgr kisah lalat tu..
ReplyDelete=(
ReplyDeleteManusia lemah iman sanggup wat pe je. Kisah lalat; sesetengah perkara nampak begitu remeh namun apabila sesuatu itu menyentuh perihal akidah,,.. seremeh mana pun,,.. hanya kepada ALLAH tempat persandaran kita.
ReplyDeleteBila hati membisikan supaya menjadi manusia hebat melalui jalan senang biar pun salah dan dosa akan terus di terjah....akhirnya neraka menjadi imbuhan...nauzubillahminzalik
ReplyDeleteNice note..
ReplyDeleteCuma bab telur & pulut kuning tu je yg saya xbrapa stuju.. Ramai yg keliru dlm bab ini..
Penggunaan pulut kuning & telor utk tujuan perubatan xsalah dr sisi agama. Apa yg salah ialah mendapatkn pendamping. Pulut & telor itu adalah sbg adat menjamu pendamping itu.. Amalan memuja pendamping tu akn disertakan dgn pulut & telor.
Bagi pengamal perubatan, pulut & telor itu bukan utk tujuan memuja, tp sbg adat pelepas.. Krn masa di ambil oendamping itu, ada adatnya & masa nk buang pun ada adatnya...
Nice note..
ReplyDeleteCuma bab telur & pulut kuning tu je yg saya xbrapa stuju.. Ramai yg keliru dlm bab ini..
Penggunaan pulut kuning & telor utk tujuan perubatan xsalah dr sisi agama. Apa yg salah ialah mendapatkn pendamping. Pulut & telor itu adalah sbg adat menjamu pendamping itu.. Amalan memuja pendamping tu akn disertakan dgn pulut & telor.
Bagi pengamal perubatan, pulut & telor itu bukan utk tujuan memuja, tp sbg adat pelepas.. Krn masa di ambil oendamping itu, ada adatnya & masa nk buang pun ada adatnya...
Zaman sekarang ni bomoh bukan saje chatge double sbb depa tai ofg jumps dia tu nak cari....duit pakai ilmu itam penunduk dan ekor tapi saua afa fngr bomoh sekarang ni boleh charge pakai credit card kalu tak cukup. Ye la bukan kat rumah dia la dia charge tp dia bwk kedai la....
ReplyDeleteYg tak tahan tu saya sendiri dulu ada tersalah call pas tu bomoh tu boleh buat cara mlm dngn saya kalu nak bab bomoh ni...nauzubillahiminzalik.....