Monday, October 10, 2011

Peter Casey Tidak Malu Menunaikan Solat di Starbucks

Peter Casey tidak kekok solat di tempat awam

Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.

Peter Casey

Kini namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat, mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam tersebar luas di alam maya. Sejak tragedi 11 September, ramai penganut agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.

Beliau sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah minum di sana dan waktu solat telah tiba.

Lelaki bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk "menentang stereotaip dan salah faham" orang lain di sekitarnya mengenai Islam.

Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya 'mustahil' untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.


Tempat Casey dibesarkan

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.

"Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya," kata Casey.

Pertentangan antara Yahudi dan Kristian memeningkan Casey

Selepas serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula berubah. Casey baru mengjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di sebalik serangan itu. Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

"Ketika saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti.... Inilah dia. Ini adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), "katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam.

Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian masyarakat awam AS terhadap Islam. Casey tidak hanya berdakwah melalui perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif berdakwah melalui blognya, Dawah Addict. Persoalan dan topik seperti 'Muhammad dalam Kitab Injil' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya dengan berkesan.

"Ketika baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini, ramai orang berkata, 'Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?'," Kata casey. "Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."

Saluran Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di salurannya.

Namun, dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya "Saya merasa seperti saya mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya. "

Lihat video di bawah mengenai cerita-cerita menarik para muallaf termasuk Peter Casey.

23 comments:

  1. dimana2 pun boleh bersolat.. namun jgn sampai
    mengganggu dan membuat org lain tidak selesa dgn kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiada fasiliti di kawasan tu mcm mana? Kenapa tak selesa? Jgn diikutkan sgt bisikan syaitan tu. Permaidani Allah terbentang luas, solat lah di mana pun kita suka selagi kawasan tu suci. Nak fikirkan pandangan makhluk lain yg setakat hambaNya buat apa?

      Delete
  2. bila baca ni, rasa rendah diri sangat. kat malaysia banyak surau tapi kadang kadang lalai untuk melakukan pada tepat masa waktu sembahyang

    ReplyDelete
  3. Bagusnya dia... kalau lah ada 10 orang lagi seperti dia.. masyaAllah. orang ynag convert ni lagi berkualiti lagi dari kita kan. Thank bagi info ni,,, kenal lagi seorang hamba Allah yang baik di negara lain.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. terasa sebak bila membaca artikel ini. Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  5. ya ALLAH... terasaa rendahnya diri ini... semoga lebih ramai yang akan mengikuti jejak casey...

    ReplyDelete
  6. Subahanallah,

    Peter Casey seoarang insan yang hebat,semuga lebih ramai " Peter Casey " yang akan muncul lagi.

    Saya rasa diri saya kerdil apabila bandingkan diri saya dengan Peter Casey.

    360,000 kanak kanak membuat pemeriksaan radiasi di Fukushima, Jepun
    Taman Negara Package
    Travel Online Shopping

    ReplyDelete
  7. kat malaysia ni kalau solat kat tempat2 awam macam tu tambah2 kat starbuck ke,coffee bean ke sure orang ckp kita dah gila....takpun diorang cakap Islam fanatik dan macam2 lagi komen2 negetif...yang cakap mcm tu dah sure orang2 melayu yang mengaku diri sebagai Islam..

    Takpun silap2 pihak berkuasa Agama Islam sendiri datang tangkap dan dakwa atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam kerana mengganggu sensitiviti bangsa lain....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fasiliti kita lengkap..ada surau di mana shj..sbb tu org ckp gila kalau solat kat tpt awam..tp xslh kalau cth pergi pantai, xjmpe surau, solat je kat tepi pantai tu..tpt awam jugak tp ada logik lah nak solat kawasan mcm tu..

      Delete
  8. Alhamdulillah....semoga kita beroleh rahmat dan hidayahnya...amin

    ReplyDelete
  9. Peter Casey adalah teman Facebook saya. Saya kenali dia lebih 3 tahun dahulu...Alhamdulillah..boleh search di youtube.. dawahaddict..

    ReplyDelete
  10. malu ak tengok bnyak budak muda muslim kat sini yg murtad sebab terpengaruh sangat ngan budaya kafir barat..kat negara non-islamic rakyat dia berlumba-lumba nak masuk islam,kat malaysia? hmmm.. doa la bnyak2 supaya negara kita tak jd mcm indonesia...mcm2 bencana...

    ReplyDelete
  11. btol tu budak kampung jamuan...sebenarnye,kat negara kita pon dah macam2 bala diturunkan oleh ALLAH SWT,tp kita x pnah sedar semua tu...x ambil iktibar...tgoklah,,anak zina yang dibuang merata2,kes dadahnye,kes rogol,curi,rompak...mcam2 lagi jenayah...

    ReplyDelete
  12. @omar kat malaysia kan ada masjid/surau buat apa nak solat kat jalan.. jgn negatif sangat dengan negara sendiri.

    ReplyDelete
  13. dlm usia mcm tu pun dia ada keinginan utk mengkaji islam...hbtlah :)

    ReplyDelete
  14. Tuhanku lebih Utama daripada isi bumi ini.

    ReplyDelete
  15. Ιf somе one needs to be uρdated with most up-to-date
    tеchnologies after that hе must be pay a visit this web
    ѕitе and be up tο date all the time.

    Herе is my wеb-site: maquillage pas cher

    ReplyDelete
  16. I truly lovе your site.. Great colors & theme. Did
    you build this ωebsite yourself? Pleаse reply back as I'm wanting to create my own personal website and would love to learn where you got this from or exactly what the theme is called. Many thanks!

    Check out my blog post; devis

    ReplyDelete
  17. If some one wants to be updated with hottest technologies afterward he must be pay a quick visit this
    website and be up to date everyday.

    Feel free to visit my web blog: Rolland Garros

    ReplyDelete
  18. wonderful рut up, very informatіve. Ӏ ωonder ωhy the otheг sρecialists οf thiѕ ѕectοr don't notice this. You should proceed your writing. I'm confіdent, уou have a
    grеat геаders' base already!

    Visit my web-site ... porte serviette

    ReplyDelete
  19. For lаtеst infоrmation you havе tο visit worlԁ-wіdе-ωeb and
    on web ӏ founԁ thіs wеb ρagе аs a bеst site fοr latеst updаtes.


    Hеre is my web ρage; disque dur SSD

    ReplyDelete
  20. I blog often and I truly thank you for your content.
    This great article has truly peaked my interest.

    I'm going to book mark your blog and keep checking for new information about once per week. I opted in for your RSS feed as well.

    Review my website; voyance par téléphone

    ReplyDelete
  21. I needed to thank you for this good read!! I certainly enjoyed every bit of it.

    I have you bookmarked to check out new stuff you post…

    Also visit my web page ... voyance

    ReplyDelete