Pada tahun 1997, sekumpulan saintis pakar saraf dari Universiti California di San Diego yang diketuai oleh Dr. Vilayanur Ramachandaran telah berjaya menemui satu saraf kecil di dalam otak manusia yang mampu bertindak balas terhadap aspek agama dan ketuhanan. Saraf tersebut akan menjadi lebih utuh sekiranya dirangsang untuk terus mengingati Tuhan. Penyelidikan ini dikenali sebagai 'God Spot' atau 'God Module'. Tidak dinafikan bahawa dunia melihat penemuan ini sebagai sesuatu yang menakjubkan. Apapun, adalah tidak menghairankan jika fungsi saraf ini telah ditemui.
Dr. Vilayanur Ramachandaran
Terbukti Tuhan telah menciptakan manusia dengan kemampuan fizikal (saraf) untuk kita sentiasa ingat dan tunduk pada-Nya. Bahkan di dalam kitab suci Al-Quran sendiri, Allah SWT pernah berfirman :
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar "
(QS Fussilat : 53)
Untuk mendapatkan kupasan lebih lanjut berkenaan `God Spot' ini, Majalah i telah menemu bual pakar pengimejan diagnostik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Suraiya Ibrahim.
Merujuk kepada penyelidikan Dr. V Ramachandran itu, Dr. Suraiya menjelaskan bahawa bidang sains 'neurotheology' merupakan satu perkembangan yang masih baru. Antara lain bidang ini mempelajari tentang neurobiologi. saraf manusia yang bertindak balas dengan aspek keagamaan, mengenal pasti saraf spiritual otak dan juga untuk menerangkan bagaimana ritual agama memberi kesan kepada perilaku manusia. Sebelum. itu marilah kita mengenal pasti fungsi otak terlebih dahulu.
Otak adalah organ paling kompleks yang ada di dalam tubuh manusia. Otak dianugerahkan oleh Tuhan dengan tujuan untuk membezakan manusia dengan haiwan dan ciptaan-ciptaan Tuhan yang lain. Di dalam otak manusia, terdapat 100 bilion neuron (saraf sel). Manakala trilion saraf lagi menghubungkan serat yang dipanggil sinapses. Otak manusia mampu menyimpan 100 ribu fakta dalam satu-satu masa dan berjutajuta fakta sepanjang hayatnya.
Kaedah Kajian "God Spot"
Sebelum kajian ini dijalankan, para pesakit epilepsi atau sawan (temporal lobe epilepsy) melaporkan bahawa mereka begitu kuat mengingati Tuhan sebaik sahaja serangan sawan berlaku. Mereka mengaku bahawa mereka berasa lebih dekat dengan Tuhan dan seolah olah mendapat petunjuk semasa mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Situasi tersebut telah menarik minat penyelidik hinggalah membawa kepada kajian tentang 'God Spot'.
Kajian ini telah melibatkan dua kelompok manusia sebagai tujuan perbandingan kajian. Kumpulan pertama merupakan pesakit sawan dan yang kedua pula ialah golongan yang beragama misalnya paderi, nun, sami Budda dan termasuk alim ulama dari agama Islam. Kajian dijalankan dengan kaedah teknikal mereka iaitu EEG, fMRI dan PET Scan.
Pemeriksaan melalui EEG
Semasa sedang diuji, tindak balas otak mereka telah direkodkan. Para testimoni ini telah ditunjukkan beberapa siri perkataan yang merujuk kepada agama dan ketuhanan sepanjang kajian. Hasilnya, para pesakit epilepsi dan kumpulan agama ini menunjukkan tindak balas saraf yang sama sebaik mereka memikirkan tentang Tuhan dan kepercayaan. Dengan erti kata lain, 'God Spot' bertindak sama seperti antena yang memandu kita untuk berfikir tentang ketuhanan.
Hasil kajian akhirnya mendapati tidak kiralah sama ada seseorang itu percaya kepada agama mahupun tidak, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana saraf ini digunakan dan diperkembangkan.
Dengan itu, sebaik sahaja manusia melangkahkan kaki ke tempat ibadah yang suci sama ada masjid atau gereja, perasaan ingin menghambakan diri dan ingin menjunjung Tuhan sentiasa mengisi hati mereka. Sesetengah saintis mengatakan itulah tindakan 'God Spot, atau pusat spiritual yang terkandung di dalam otak manusia.
Tuhan meletakkan saraf 'God Spot' di dalam otak manusia kerana itu adalah pilihan-Nya sebagai salah satu cara untuk Dia berhubung dengan hamba-Nya. Dan kita sebagai hamba boleh memperkembangkan lagi saraf ini jika kita mahu lebih mengenali dan memahami tentang Tuhan.
Memetik inspirasi daripada ayat AlQuran, Dr-Suraiya menjelaskan bahawa 'God Spot' haruslah diperkembangkan dengan sempurna bagi mereka yang mencintai agama. Manakala bagi mereka yang tidak mahu memperkembangkan fungsi saraf 'God Spot' ini, mereka akan dikatakan sebagai pekak, bodoh dan buta 'Summun Bukmunn Ummyunn'.
Allah swt berfirman:
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"
(Surah Al A’raf ayat 172)
mohon copy untuk dikongsi.....^^
ReplyDeleteSilakan :)
ReplyDelete