Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan video ceramah oleh Sheikh Imran Hossein mengenai sistem kewangan antarabangsa dari perspektif islam. Saya mengemaskinikan semula terjemahan dan juga membesarkan sarikata agar lebih mudah dibaca. Keseluruhan 12 klip video asal juga saya telah gabungkan agar menjadi satu ceramah panjang agar memudahkan rakan-rakan menonton tanpa gangguan.
Didalam ceramah ini Sheikh Imran telah menjelaskan secara mudah mengenai sistem kewangan antarabangsa yang penuh penipuan ini. Inflasi bukankah suatu yang normal, bukan sepatutnya satu norma kehidupan yang kita anggap perkara biasa. Inflasi adalah cara bagaimana kekayaan manusia di curi secara senyap oleh mereka yang mereka cipta sistem itu sendiri, dan sudah pastilah mereka yang menyokong sistem tersebut, termasuklah pemimpin-pemimpin yang buta dan masih menongkat langit menggunakan sistem ini untuk memerintah negara juga mendapat tempias dari habuan dari sistem tersebut.
Moga video ini menjadi "wake-up call" untuk semua lapisan masyarakat baik mak ayah kita mahupun anak-anak yang masih bersekolah. Walaupun jika hanya seorang sahaja sekalipun yang sedar setelah melihat video dengan terjemahan ini, penat lelah saya sudah berbaloi. Harap tolong sebarkan.
Ceramah oleh Sheikh Imran Hossein dari Trinidad Tobago mengenai sistem kewangan antarabangsa dari sudut Islam. Sistem yang menindas kesemua umat manusia ini diasaskan dengan penipuan oleh pihak yang mahu menghambakan manusia dan menakluki dunia. Tontonan wajib bagi mereka yang mahu melihat dunia ini dari sudut yang berbeza.
Allahuakbar,
ReplyDeleteterima kasih,perkongsian yang sangat berguna..jazakallah khairan!
ReplyDeleteTQ FOR DIS INFO.
ReplyDeleteboleh saya tahu sheikh imran itu siapa...??
ReplyDeletejika dia seorg pakar ekonomi islam... adakah dia seorg sahaja pakar dalam bidang itu... sampai keputusan ulamak2x lain diketepikan...
saya bukannya pandai sangat tapi cuba kita lihat situasi sekarang berapa ramai org awam yg terlibat dgn bank... sekurang-kurangnya merka (ulamak yg memfatwakan berkaitan perbankan islam) ini mengambil inisiatif sebelum penggunaan dinar berkuat kuasa... bukan hanya tahu membangkang berdasarkan ilmu kita sahaja...
almaklumlah kerajaan kita ni xske ngan dinar... jadi nak gunakan dinar pun nampak jauh lagi... so mereka ini gunakan inisiatif lain dalam mengelakkan org awam ramai terlibat dgn riba ni...
jadi saya fikir adalah lebih elok kita berfikiran terbuka sikit tntg maslahah am dinegara kita ini dulu drpd dok membangkang tnpa melihat atau mendengar hujah drpd pihak yg bertentangan dgn kita... mereka guna ayat quran kita pun guna ayat quran.... fahamilah ilmu ihtilaf dalam melontarkan pendapat bukan berpandukan seseorg ulamak sahaja... harap kalian faham
assalamualaikum...sekali lg saya ingin bertanya kepada saudara...kenapa saudara begitu anti dengan sistem perbankan islam???ape yg deperkatakan ulama diatas memang benar...tapi pandangan ulama lain jgn diketepikan...sedar lah saudara...ijtihad adalah sesuatu yg luas...pandangan setiap ulama adakalanya sama adakalanya berbeza....bkn kah jika betul ijtihad seseorang itu akan mendapat 2 pahala...dan walaupun salah akan mendapat 1 pahala...saudara mahu hidup dalam ekonomi yg dikawal oleh pemerintah yg tidak sepenuhnya islam...sedangkan negara yg betul2 majoriti islam pun menggunakan sistem perbankan...manusia masa kini tidak dapat lari dari menggunakan bank...jarang dah org simpan duit ribu2 dalam tabung...so...perbankan islam adalah solution nya...wahai org islam sokong la...guna lah perbankan islam...sekira nya tidak yakin menggunakan product islamic banking...saudara guna lah sistem konvensional tu...mgkin nanti saudara akan ditanya kelak...kenapa x guna sistem perbankan islam???jwb la nanti yer...kecuali saudara xguna bank langsung dalam hidup saudara...sekian...hanya beri pendapat...
ReplyDeleteshahrul nizam-student BBA hons islamic banking