Monday, April 11, 2011

Persandingan menurut Islam


1. Definisi Persandingan

Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan 

Antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah

Ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama:
Persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)


Kedua:
Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan

Beras kunyit yang memberi semangat kepada pengantin?

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: 

Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik–bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee hip, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: 

Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: 

Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj):

Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), 

"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." 
(Al-Ahzab: 33) 

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: 

Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: 

"Janganlah kamu membazir secara melampau." 
(al-Isra’: 26)


6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: 

Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah,

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 
(2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal:

Ini adalah sunah Rasul yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi) Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat

Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. 

4 comments:

  1. sekarang mas dan hantaran memang mahal kan.
    tapi kan ada ke yang baca2 mentera?

    ReplyDelete
  2. mintak izin untuk share artikel ini. :)

    ReplyDelete
  3. dalam islam ,nk kahwin itu mudah sahaja, but adat yang menyusahkan kita. nk macam macam apabila nk berkahwin ini. pdahal bgnda sruh kita bersederhana. kalu persandingan mewah skalipun, kalau hbngan x lama ,buat rugi je. so, kahwin la mengikut ajaran Islam

    ReplyDelete