Monday, April 4, 2011

Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat?

Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.

Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.

Barat mengemukakan 3 teori iaitu:

1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.

2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dasyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan.

3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!

Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.

Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” 
(Riwayat Muslim)

Teori Al-Quran

Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .

Bulan merekah menyebabkan sifat bumi menjadi tidak stabil

Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.

Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.


Teori Quran Vs Teori Barat

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Kesimpulan

Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.


12 comments:

  1. kuasa tuhan.... semua yang terjadi memang dah ada dalam Al-Quran

    ReplyDelete
  2. mashaAllah...ciptaanNya terlalu agung dan indah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada info diatas...
    huraian yang cukup menarik sekali..

    ReplyDelete
  4. ada beberapa kepincangan dalam teori ini yang saya nak hadapkan kat penulis, tapi saya tengok blog asal, penulisnya tak jenguk2 dan reply komen.

    1. surah al-Hijr tersebut menerangkan kisah bagaimana Allah menghapuskan kaum nabi Lut yang homoseks.
    jadi, jika peristiwa ini telah terjadi, adakah putaran bumi telah diubah sejak kejadian itu? kerana penulis/pengkaji telah memberi cadangan bahawa putaran bumi akan berubah melalui kejadian yang digambarkan melalui ayat2 tersebut.

    2. bunyi tidak boleh bergerak dalam vakum kerana gelombangnya bergerak melalui getaran zarah dalam medium.
    bagaimana bumi boleh mendengar bunyi kuat rekahan bulan jika ia merekah, jika diantara bumi dan bulan adalah vakum?

    3. apakah yang akan menyebabkan merekahnya bulan?

    4. bagaimana bulan boleh menghasilkan tenaga 'elektrik' yang akan dipancar ke bumi? dan bagaimana tenaga 'elektrik' ni akan memperlahankan putaran bumi dan menonggengkan bumi?

    ReplyDelete
  5. Al-Quran bukan teori. tetapi kebenaran yg nyata smpai bila2.

    ReplyDelete
  6. Bunyi memang tidak dapat melalui vakum. Namum semasa pelanggaran batu dari bulan terhadap atmosfera bumi dengan kelajuan yang tinggi akan menghasilkan ledakan bunyi, mungkin seperti super sonik. Mungkin............

    ReplyDelete
  7. Kemungkinan adalah rekahan-rekahan bulan yang terbelah/pecah (Saat hari Kiamat semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah) di tarik ke bumi mungkin disebabkan oleh fenomena graviti/ tarikan medan magnet yang telah terbalik (mungkin hujah ni dpat dikaitkan dgn fenomena pasang surut air laut, dimana bulan sentiasa menarik segala yang ada di bumi (begitu juga bumi menarik segala yg ada di bulan) tetapi bumi pula dapat menahan segala kandungannya kecuali air-sifat air sentiasa bergerak tidak dapat ditahan oleh bumi.
    Dan apabila rekahan-rekahan batu/tanah dari bulan (yang begerak pada kelajuan tinggi) mendekati lapisan ozon(ruang udara) sonic boom akan terhasil (Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit) apabila sesuatu objek bergerak mengatasi kelajuan bunyi, gelombang yg termampat akan menghasilkan bunyi seperti kilat.
    Rekahan-rekahan batu/tanah itu tadi akan mengecil akibat geseran di ruang atmosfera bumi lalu terjadilah seakan akan hujan batu (Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras).
    Ini hanyalah teori pandangan semata demi mendukung kebenaran yang tertulis di dalam Al-Quran itu sendiri. Sesungguhnya ciptaan Allah itu maha halus lagi maha berseni, setiap kejadian lengkap dengan fenomena saintifik dan tinggi nilai filosofisnya untuk dikaji dan difahami manusia lantasmelihat Keangungan dan KebesaranNya.

    ReplyDelete
  8. Bismillah...

    Saya nak kongsi fakta bukan kongsi kebanggaan.

    Bulan seperti yang umat Islam tahu dalam quran terbelah pada zaman Nabi SAW sebagai mukjizat nabi yang diminta oleh kafirin ketika itu. Nabi memohon kepada ALLAH. Allah wahyukan supaya nabi saw tunjuk ke arah bulan ketika itu. Tiba tiba bulan terbelah dan bahagiannya menjauhi antara suatu sama lain. Dan peristiwa itu terakam dalam quran pada surah AL QAMAR ayat 1. Begitu besar kebesaran yang berlaku pada malam itu tapi sebahagian kafirin masih mengingkarinya. Mereka mengatakan nabi saw menyihir mereka. Tapi sifat sihir adalah setempat dan tidak mengenai orang yang jauh tidak kelihatan. Sebahagian mereka telah menanya kabilah yang baru sampai dari kejauhan samada telah nampak sesuatu aneh pada bulan. Maha Suci ALLAh mereka mengatakan mereka ternampak bulan terbelah dan menjauhi antara suatu samalain kemudian bercantum semula. Maka sebahagian mereka beriman dan sebahagian masih kafir.

    Dari sini kita lihat tidak berlaku sebarang kelainan gempa atau pertukaran putaran bumi ketika bulan terbelah.

    NASA ketika ini telah mengesahkan bahawa bulan suatu ketika dulu pernah terbelah TAPI TIDAK TAHU KENAPA! mereka berhempas pulas menghantar prob untuk mengkaji kerak bulan.

    Matahari yang dekat dengan kita kelmarin telah mengalami ribut solar terhebat sejak oktober 03. Letupan solar flare ini mengakibatkan kapal US beralih arah mengelak kesan radio yang menganggu alat komunikasi dan navigasi. Tapi kita tidak dengar sebarang bunyi letupan. Sedangkan letupan sebegitu adalah beberapa kali ganda atom. Begitu juga dengan supernova yang meletup beberapa kali di angkasa berjuta juta. Mereka jauh tapi kita tetap dengar sunyi dan di angkasa adalah sunyi. Jika gelombang bunyi dibenarkan bergerak melalui vakum kita akan pekak dan mati.

    Tapi letupan yang dekat dan kuat dengan shockwave yang mampu menjangkau jarak astronomi misalnya antara matahari dan bumi bulan dsb tidak mustahil kerana letupan kuat terhadap antara dua tarikan graviti memberi kesan terhadap sistem graviti. Ini menghasilkan gerakan mekanik yang boleh menghasilkan bunyi menggerunkan setempat. Gelombang shockwave seperti semasa bom atom meletup sudah cukup mensesarkan jirim yang terletak jauh akibat shockwave.

    Apapun jangan jadikan pendapat saya rujukan. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. opss lupa bulan pernah terbelah ertinya ada rekahan ertinya ada struktur lemah di situ.

    Jika ada jasad samawi yang mampu memberi kesan terhadap graviti bulan yang berdekatan ketika itu contohnya astroid tidak mustahil bulan akan tercabut semula.

    REKAHAN / crater ini telah di sahkan kini oleh NASA walau sudah lama diketahui.

    Tapi NASA memperbodohkan diri ...
    BULAN PERNAH TERBELAH DUA SUATU KETIKA DULU TAPI ENTAH KENAPA? - sebabnya masyallah ALLAH nak jadi mukjizat nabi MUHAMMAD saw

    ReplyDelete
  10. Assalam saudara2 ku:) sy senang berbahas dan bertukar2 pendapat mengenai ilmu,sbb ilmu yg diberi oleh Allah membawa kita satu kebenaran yg hak.dalam brkongsi ilmu ini la kasih mesra saudara muslim dpt dipupuk wpun brbeza pendapat sbb kita pmuda muslim yg ign cari ilmu Allah sedar,stiap kita mmpunyai kelebihan n kkurangan masing2.kelebihan dan kekurangan tu la yg buat kita saling memerlukan..inilah kegagalan ulamak2 kita sbenar.saling bercakaran mgenai hukum hakam,tp buta utk melihat rencana musuh.may Allah guide us n bring our ulamak back to Quran.Amin..

    Owh ya..mgenai matahari timbul dari barat,sy try utk study hukum pentadbiran alam melalui Quran secara total data di dalamnya dan mendapati hukum pentadbiran mlm dan siang tidak akan brubah smpi kiamat..dan ketika meneliti dgn dalam hadis ni,matahari terbit dari barat tidak menunjukkan kaitan pelaku dosa x dtrima taubatnya..hanya satu dosa tidak diampunkan oleh Allah,iaitu syirik.perubahan hukum alam dalam hadis ini seperti menunjukkan akan ada perubahan hukum dan budaya dari barat yg menggantikan hukum yg Allah telah turunkan..igt saudara2ku,mgambil apa2 hukum selain hukum Allah,mengambil apa2 undang2 selain undang2 Allah,kita jatuh dalam status myekutukan Allah yg Al-Hakam..dan sy nampk,inilah modern western secular nation yg tgh melanda dunia hingga sukar utk dilihat..wallahualam..

    ReplyDelete
  11. Salam..terima kasih saaudara2 seislam ku..fakta dan perbincangan yg amat menarik..amat menakjubkan kuasa Allah SWT..kita sebagai hambaNYA mestilah bersyukur atas segala nikmat kurniaNYA..segala apa yg tersurat dan tersirat adalah dgn kalimahNYA..KUN FA YA KUN..

    ReplyDelete
  12. semoga kita sentiasa menginsafinya

    ReplyDelete