Monday, February 14, 2011

Kagum Dengan Hukum Perang, Seorang Wanita Czech Pilih Islam.

Karimah berbaju hitam bersama Famille Fatma Arslan

“Saya suka belajar kesemuanya. Saya mempelajari teori relativiti masa Einstein, ilmu-ilmu biologi, astronomi, dan sejarah orang-orang ternama. Dari sinilah saya mengenal keagungan Islam.” Tidak cukup sekadar belajar sendirian, beliau belajar Islam di Islamic Center ketika masih belajar di England. Ketika ke Belanda, beliau bertemu dengan Famille Fatma Arslan, pengacara pertama di Belanda yang memakai tudung. Di sana beliau mencari jawapan atas pertanyaan-pertanyaannya mengenai menjadi seorang Muslimah di Eropah.

“Saya kagum dengan Khalifah Abu Bakar Ash Shidiq yang telah memperkenalkan prinsip-prinsip ‘good governance’ (pemerintahan yang baik, adil, bersih dan bebas rasuah) sejak abad 14 yang lalu. Saya kagum dengan hukum peperangan dalam Islam yang sudah diasaskan sejak turunnya Al Qur`an dan diperkuat oleh Sunnah Nabi Muhammad, padahal hukum peperangan antarabangsa (humanitarian law) baru diperkenalkan sejak tahun 1907 melalui Konvensyen Den Haag, dan disemak semula dan diperbaharui pada tahun 1949 melalui Konvensyen Geneva.

Namun yang paling membuat saya kagum adalah peribadi Nabi Muhammad SAW sendiri. Saya mempelajari akhlaknya dalam kehidupan, cara berumah tangga, cara melayani isteri dan perempuan, termasuk hak-hak suami dan isteri dalam perkawinan. Bayangkan, Republik Czeck baru memperkenalkan hukum perjanjian perkahwinan antara suami dan isteri pada tahun 1998 sementara Islam sudah melakukannya 14 abad silam!” kata Karimah dengan bersemangat.

Karimah, bukanlah nama asal. Nama itu dipilih setelah dia memutuskan untuk memeluk Islam. Nama asalnya adalah nama kebiasaan warga Republik Czech (Ceko). Nama yang indah namun sukar diucapkan. Namun dia tidak mahu menggunakan nama asalnya untuk kepentingan jurnalistik. “Saya seorang berjawatan tinggi di Kementerian Kehakiman Czech Republic, dan perjuangan saya selaku seorang mualaf masih panjang, jadi saya gunakan sahaja nama Karimah.” ujarnya dalam bahasa Inggeris yang lancar.

Karimah lahir pada tahun 1965 di Republik Czech, yang sebelumini dikenali sebagai Chekoslovakia pada tahun 1993. Alias kini berusia 43 tahun. Di usia yang dikatakan muda bagi wanita Eropah ini ia telah menjadi menjanda. Suaminya telah meninggal kerana sakit dan kini ia hidup dengan puteranya yang berusia 17 tahun. Karimah tinggal di Prague ibu kota Republik Czech. Seperti majoriti rakyat Czech, Karimah dibesarkan sebagai seorang Atheis. Tidak terlalu ganjil, sebagai bekas negara komunis, 60% penduduk Czech adalah atheis ataupun agnostik, 27% nya Katolik Roman Katolik dan 3% nya Kristian Protestan.

“Identiti agama tidak menjadi perkaral yang penting bagi negara dan rakyat Republik Czech sehingga kini.” tutur Karimah. Berbeza dengan kebanyakan rakyat Czech, walaupun atheis, Karimah kecil sejak usia muda sudah tertarik dengan agama. Semua dimulainya pada usia 8 tahun ketika ia mempelajari semua agama dan mengkaji cara hidup orang-orang dari agama yang berbeza. Republik Czech adalah negera kecil di Eropah Tengah dengan populasi 10 juta orang. Seiring dengan keruntuhan komunis di Eropah Timur, persekutuannya dengan negeri Slovakia telah dibubar sehingga menjadi Republik Czech.

Negeri yang lama hidup dalam cengkeman komunis (sejak perang dunia II hingga tahun 1989) ini terkenal telah melahirkan banyak orang-orang ternama, terutamanya di bidang sukan, sains, dan budaya. Bahkan bekas Presidennya, Vaclac Havel (memerintah pada 1990 – 2003) dikenal sebagai penulis dan dramawan. Di luar nama-nama besar tersebut, negeri kecil yang tidak memiliki laut ini (landlocked) juga menjadi rumah bagi minoriti Muslim yang jumlahnya kurang dari 10,000 orang.

Di antara mereka ada seorang mualaf Muslimah berkulit putih asli Ceko, berambut perang, yang di sepanjang seminar di Salzburg Austria selalu memakai tudung. Siapapun tidak akan menyangka, dia adalah Muslimah kerana menutup kepala di Eropah pada musim dingin adalah biasa.. “Masalahnya adalah maklumat tentang Islam amat sedikit bagi rakyat Ceko,” lanjut Karimah. ”Islam difahami sebagai agama kekerasan, suka menjadi pengebom, memperkenalkan hukuman kejam terhadap orang yang bersalah dan membolehkan poligami. Banyak orang Ceko yang tidak faham tentang Islam.”

“Keputusan saya memeluk Islam memang dianggap pelik dan luar biasa oleh orang-orang di sekeliling saya. Keluarga saya ramai yang tidak setuju. Anak saya sendiri yang kini berusia 17 tahun berkata ketika saya memutuskan masuk Islam, ‘Mam, kamu benar-benar sudah gila.’ Apalagi saya perempuan, berkulit putih, dan memegang jabatan di Kementerian Kehakiman. Memang, negeri ini tidak melarang orang menganut agama apapun. Namun layaknya negeri sekular dan bekas komunis pula, untuk terang-terangan memperkenalkan diri sebagai seorang Muslim juga bukan hal yang mudah.

Sampai sekarang, saya masih menyembunyikan keIslaman saya, kecuali kepada orang-orang terdekat. Sejak saya masuk Islam pada tahun 2007, saya solat dan berpuasa Ramadhan di ruangan bilik saya. Alhamdulillah saya memiliki ruangan peribadi. Dan memang saya tidak mengenakan tudung selama bekerja. Sehingga teman sekerja belum banyak yang tahu tentang keIslaman saya,” cerita Karimah.

“Komuniti Muslim di negeri ini amat sedikit. Tidak ada angka tepat tentang jumlah Muslim di Ceko kerana memang banci penduduk disini tidak pernah memasukkan detail agama penduduk. Namun perkiraan saya sekitar 4000 – 5000 orang sahaja. Diantara jumlah tersebut ada imigeran dari Turki dan Afrika Utara, ada warga Ceko yang masuk Islam karana berkahwin dengan imigeran, dan ada juga mahasiswa Muslim dari Mesir, Yaman, Iran, dan Bosnia yang belajar di kampus-kampus Ceko. Muslim asli Ceko yang masuk Islam bukan kerana pernikahan, seperti saya amat kurang.” papar Karimah lagi.

Hanya ada dua masjid di Czech. Satu di kota Prague (Praha) dan satu lagi di Brno. Itupun tak nampak sebagai masjid kerana tidak dilengkapi menara. Maka, amat wajar apabila komuniti Muslim Ceko kesulitan dalam mengembangkan agama islam. Di sini juga sukar untuk mendapatkan makanan halal. “Alhamdulillah saya sejak dulu tak suka merokok dan minum alkohol. Juga saya jarang makan babi, padahal babi adalah satu makanan popular warga Ceko. Ini juga yang memudahkan saya masuk Islam.” Kata Karimah.

Karimah memandang persoalan Muslim di Czech tidak hanya akibat pandangan yang salah dari warga Ceko terhadap Muslim, tepapi juga terhadap cara hidup Muslim Ceko itu sendiri. Menurutnya, “Sudah Muslim disini jumlahnya amat sedikit, namun yang sedikit ini juga tidak menunjukkan keindahan dan keagungan Islam. Beberapa Muslim juga melakukan kesalahan jenayah dan tindakan tidak terpuji lainnya. Yang Muslimah pula seringkali berbusana Muslim dengan warna-warna hitam dan warna gelap lainnya, sehingga tampak menakutkan di mata orang awam.”

Cabaran dan harapan berikutnya, menurut beliau yang sedang menyiapkan keDoktorannya tentang Hukum Perdata Islam dan Hukum antarabangsa di Universiti Czech ini, adalah mahu ‘Republik Czech mengakui Islam sebagai salah satu agama yang hidup di Czech.’ Dia inginkan jumlah Muslim dan masjid bertambah… dan keinginan peribadinya, “saya ingin menunaikan haji suatu waktu nanti. Saya akan ambil cuti yang diperlukan untuk menunaikan haji sehingga tidak ada seorangpun tahu saya pergi haji!”

Akhirnya, beliau berpesan : “Mari kita sama-sama berikan perhatian kepada minoriti Muslim di Republik Czech. Walaupun tidak ramai, tetapi kami adalah saudara anda juga. Perjuangan saya selaku mualaf dalam memperkenalkan Islam di Republik Czech masih panjang, maka bantulah saya. Berikanlah maklumat yang sebenar dan memadai mengenai Islam kepada rakyat Ceko sehingga mereka dapat mengenali Islam dengan baik” ujarnya.

Kisah ini diambil dari Heru Susetyo, Kontributor Tarbawi di Thailand, yang melakukan perjalanan ke Austria dan Jerman pada akhir Oktober 2008 lalu sebagai partisipan dari Salzburg Global Seminar on Islamic Law and International Law. Dalam seminar tersebut Heru Susetyo berjumpa dan mewawancara Karimah dan Famille Fatma Arslan, pengacara pertama di Belanda yang menggunakan hijab seperti yang disebutkan di atas.



No comments:

Post a Comment