Sunday, December 5, 2010

Pendedahan eksklusif bekas pemimpin Illuminati yang memeluk Islam





Menurut Zagami, Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 (mungkin juga 2013) dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan bahawa mereka berperang melawan pengganas serta akan menghancurkan perekonomian dunia.


Zagami yang berasal daripada keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun 2008 telah menukar agama asalnya kepada Islam sebagai agama baru. Kemudian beliau nekad untuk melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih berkhidmat sebagai anggota keluarga Illuminati, beliau mempunyai banyak pengalaman mengikuti pelbagai ritual yang menakutkan, upacara black magic (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan lodge tertutup.


Sekarang, pada setiap hari Sabtu, beliau menyimpan daftar nama-nama anggota Freemasonry tingkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions. Beliau menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati. Di samping melakukan kawalan ketat, beliau juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab pelbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut. Beliau menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukanlah main-main, tegasnya, Hal tersebut disampaikannya pada 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara.

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri. Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit menentang Illuminati dan mempertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambil alih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Syaitan, jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sedarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Disember 2012.

“Mulai tahun 2010, anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012, anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri, akan terjadinya 'penazian' negara-negara Barat pada tahun 2010. Sebelum itu, ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya (sudah berlaku-Greece, Sepanyol, Itali mengalami kejatuhan ekonomi yang sangat teruk) akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik dalaman pada tahun 2012, iaitu perang saudara."

“Apakah anda bersedia mati untuk Allah SWT dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, atau adakah anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan syaitan (al-Wahn), atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

Leo Zagami ialah mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico - Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo. Beliau juga adalah anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Lodge P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia juga adalah seorang 'pemimpin' yang dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan Illuminati daripada 'raja' Licio Gelli yang kini sudah tua.

Illuminati adalah seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.
'Pementasan Teater' karya Illuminati


Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global yang dikendalikan oleh tangan-tangan manusia bodoh, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer (golongan Freemason, Illuminati dll).


 Presiden dan mantan Presiden Amerika Syarikat
Barack Obama berjabat tangan dengan Hugo Chavez

Jelas Zagami, golongan tersebut bekerja bersama-sama, dan ini termasuk Hugo Chavez (Presiden Vanuzuela) yang dengan bersungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda kepimpinan Amerika Syarikat dengan penampilan 'theatrical' nya. Hugo Chavez dikendalikan oleh Vatican yang sekarang ini telah dipengaruhi oleh Jesuit dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemimpin kerajaan dan agama lain di dunia.

“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama diperingkat atas hanya untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] telah diciptakan oleh Zionis dan British secara zahirnya dan oleh Freemason batinnya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga yang berada dibelakang kepimpinan Iran dan Iraq. Semuanya hanyalah satu sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad dikenali sebagai pengikut aliran syaitan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”. Tidak hairanlah jika puak Sunni di Iran telah di seksa oleh kepimpinan Syiah Iran, lebih teruk daripada bangkai binatang.




Beliau juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga pada hakikatnya dikendalikan oleh Illuminati. Ini terbukti apabila Karl Mark yakni pengasas ideologi komunis sebenarnya adalah salah seorang ahli Freemason.

Zagami juga mencabar bekas rakan-rakannya yang merupakan anggota Freemason/Illuminati dan pengamal sihir hitam, untuk berdialog secara terbuka. Bagi menguasai rakyat disegenap pelusuk, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya, selalunya akan dibantu dengan sorcery dan sihir hitam. Mereka mempelajari ilmu sihir sembahan syaitan ini daripada para guru di Rome yang diambil ilmunya pula dari Yunani, Mesir, dan Sumeria. Mereka tidak pernah berhenti melakukan penipuan berterusan terhadap umat manusia.

Beliau juga menyatakan bahawa George W. Bush adalah anak 'orang paling berkuasa' dalam Illuminati dan dia telah dididik oleh ayahnya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican dan Zionist, tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati sama ada mereka menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pengasas Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran (perang saraf) CIA adalah teman rapat George H. Bush. Mereka bersama-sama menyusun rencana untuk menjadikan anak George H Bush iaitu George W. Bush sebagai pengikut syaitan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya 'era Dajjal' selepasn trajedi 11 September 2001. Trajedi tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup lagi.

“Ketika ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam (melalui mazhab Wahabi yang berjaya jatuhkan Turki Uthmaniyah klik di sini), Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristian, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, Knight Templar, dan Jesuit. Jadi dialog antara agama secara murni juga sangat mustahil untuk dilakukan."

Protokol Jesuit

Leo Zagami menganggap dirinya sebagai "the last idealist in the Illuminati." Beliau juga mengakui bahawa beliau memimpin satu pemberontakkan umat manusia terhadap Illuminati dan telah memperolehi sokongan padu daripada rakan-rakannya yang lain yang turut sedar akan bahayanya Illuminati, Freemason, Skull and Bones, Jesuit, Bohemian dll.

Leo Zagami bergaya diatas lambang The Key to Kingdom of Heaven

Adalah penuh harapan dalam situasi seperti sekarang ini munculnya seorang yang berani dan seperti Leo Zagami. Ingatlah, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi penyelamat keadaan. Umpama mereka menghantar satu virus seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai negara pembekal vaksin. Contoh lain, adalah seperti Hitler yang telah berjaya menjebakkan rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Beliau jugalah yang menjadi hero sebahagian rakyat Jerman.

11 comments:

  1. check fakta daripada sumber lain pasal mamat ni. jangan percaya bulat-bulat zeo ni...

    ReplyDelete
  2. berapa no tel zagami ni? blh tau x?

    ReplyDelete
  3. perubahan cosmic???mne dia tau ttg semesta ni???21 disember 2012 tu kan kalender maya..jgn percaya dgn yahudi lahanat ni..ape2 pun berlaku..kami org islam akan berani tampil berperang..allah hu akbar!!!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau zagamani ni boleh jadi pengikut kelas atas Illuminati, boleh caya ke dia ikhlas masuk Islam ni dan mendedahkan segala rahsia Illuminati..

    Possible dia jugak part of the plan untuk mengkucar-kacirkan dunia!

    ReplyDelete
  5. murid-murid dajjal atau bekas murid pon boleh buat celaka kepada dunia..

    ReplyDelete
  6. Takboleh percaya Leo zagami.. betul Ke ISlam dia? Ada fakta sejarah yang meragukan lebih2 lagi bila melibatkan nama pertubuhan ISLAM...

    kita dah banyak tertipu dgn golongan yang ngaku ISlam lepas tu depa porak perandakan ikatan Islam. Jangan biarkan pisang berbuah berkali-kali..nampak sangat kita ni tak serik kena tipu.

    Oleh itu jgn teruja sangat bila dengar ada orang masuk Islam kalaubelum terbukti keikhlasan nya.

    ReplyDelete
  7. apa2 pun berita yg sampai kita kena waspada, Leo Zagami ni kena siasat dulu betul2.. mungkin dia part of the plan.. Bertawakkallah.. kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk keluar berjihad... dunia ni bukan tempat untuk selama2 nya....

    ReplyDelete
  8. jika telah mengaku beriman, maka telah jadi saudara kita..jangahlah berprasangka buruk, bukankah itu yang memecahbelahkan kita?

    Keimanannya biarlah menjadi rahsia antara dia dan Allah..Wallahualam~

    ReplyDelete
  9. Proven: Leo Zagami is no longer a Muslim --> http://www.leozagami.com/index.php?option=com_content&view=article&id=44&Itemid=55

    Excerpt from the webpage above:

    Leo Zagami, also known as Leo Lyon Zagami, Leo Young, Leo Young Zagami, Leo Robert Zagami (also known as Leo young and Leo Tong) (born March 5, 1970) was born at the Gemelli Hospital in Rome (the same hospital that the Pope uses), and lived in Rome until he was 24,he then spent the next 15 years in England and Norway. Zagami is presently living in Rome,Italy where he is happily engaged with a US citizen of italian origin.

    He lived in Norway, where in the summer of 2005 he married a girl from a prominent Sufi family, Fatma Suslu. Together they have one son Isak Rumi Zagami (born on July 7, 2006). He adopted a Islamic name khaled Saifullah Khan when he converted from Catholicism to Islam,he had taken the decision to infiltrate islam and become a Muslim in 2003 during a illuminati ritual he made in Egypt under the Great Pyramid of Giza).

    In 2004 during the 100th anniversary of the deliverance of THE BOOK OF THE LAW connected to A.Crowley Leo created in secret a new religion called MATRIXISM. On October 20, 2006 his mother, Jessica Campbell Lyon Zagami also converted to Islam to please Leo's muslim wife. On February 23 2008, Fatma left him, taking with her the son they have together. Consequently Leo Zagami has renounced Islam a religion manipulated and connected to the Jesuits and the evil side of the illuminati he is trying to fight for a better world.

    ReplyDelete
  10. this is what i found on his wbsites,

    Leo Zagami was raised a Roman Catholic. However, in connection with his marriage to Fatma Suslu and his secret plans to infiltrate the bloodline of Prophet Mohammed he converted to Islam so he called bring a new possibility of peace and hope to the world with the birth a magickal childe. He has stated that he was affiliated with the Sufi Naqshbandi order under Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani[17] which is also connected to the Gulen Movement[18][19] (also described by Leo Zagami himself in one of his emails dated March 8, 2008).

    Since 2009 Leo proclaimed himself the Prophet of Matrixism: Neo Leo Lyon Zagami

    ReplyDelete