Friday, September 17, 2010

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. 

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. 

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
a




















Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.
Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan  yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

54 comments:

  1. salam...ana tertarik ngan artikel ni..mtx izin share ye..jazakhallah..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...bukti kebenaran alquran...mungkin arkeologi barat terpaksa terima kebenaran ini

    ReplyDelete
  3. fhadilah said...
    Subhanallah...bukti kebenaran alquran...mungkin arkeologi barat terpaksa terima kebenaran ini

    Bukti kebesaran Allah dan kebenaran ALQuran, tapi media masa tidak hebohkan perkara ni, terutama media barat, kalau bukti macam ni disebarkan keseluruh dunia, mungkin ramai orang akan mengkaji AlQuran dan seterusnya mengakui kebenaran dan berminat untuk memeluk islam,sama-sama kita sebarkan maklumat ni untuk menyatakan kebenaran AlQuran dan agama Islam .

    ReplyDelete
  4. i like it... tp sgt3 kne buktikn yg ini bkn palsu... klw lh tnjuk dpn mte ke... agk3 mne dy smpn ni??

    ReplyDelete
  5. Just another hoax. Tang tengkorak nampak flat, color pun cut n paste. Bcareful not to give wrong info to others.

    ReplyDelete
  6. Mohon share...
    Jazakallah khairan jazak...

    ReplyDelete
  7. Gambar ni mungkin tipu.

    http://news.nationalgeographic.com/news/2007/12/071214-giant-skeleton.html

    http://www.museumofhoaxes.com/hoax/photo_database/image/giant_human_skeleton/

    ReplyDelete
  8. Gam bar di Atas adalah gam bar palsy, specially gam bar no 2, Ada gamBaR pistol pulak, sekiranya saudara menggunakan software forensic untuk melihat coding gam bar di dapati keseluruhan gam bar adalah gambar yang telah di edit menggunakan Photoshop. Harap dapat menyelidiki dahulu sebulum membuat sebarang post

    ReplyDelete
  9. ada yang cakap gambar2 tu tipu. ada yang cakap gambar2 tu benar. yang pasti, tinggi nabi adam adalah 70 hasta. Tinggi ke rendah.

    Kalau kita ada iman, kita tak perlu tengok gambar2 di atas untuk mempercayai segala kata-kata yang disampaikan oleh nabi kita yang mulia Nabi Muhammad SAW.

    Tak perlu kita nak benarkan atau nafikan gambar di atas. Kita cuma perlu percaya bahawa umat terdahulu memang lebih besar dan tinggi berbanding umat akhir zaman ini.

    Iman itu bermaksud "percaya 100% apa yang nabi bagitau kita".

    ReplyDelete
  10. salam..

    saya pun terdetik dgn kebenaran gambar ni. Cuba lihat gambar jentera pengorek dekat dgn kubur tu. Logik ke gali artifak pakai jentera pengorek? Mau hancur jadinya.

    Lagi satu. Kita jgn mudah diperkotak katikkan. Andai kata umat islam diminta beri bukti , kita guna gambar ni sbg alasan kita sbg buktinya. Apa kata jika musuh islam yg buat gamba ni? Kita akan digelak2kan saja.

    Rasional: Umat islam jgn hanya sekadar membuat kesimpulan dgn benda2 yg belum terbukti kesahihannya. Ini adalah spy umat islam sentiasa diHORMATI bukan DIPERKOTAK KATIKAN.

    ReplyDelete
  11. ada yang cakap gambar2 tu tipu. ada yang cakap gambar2 tu benar. yang pasti, tinggi nabi adam adalah 70 hasta. Tinggi ke rendah.

    Kalau kita ada iman, kita tak perlu tengok gambar2 di atas untuk mempercayai segala kata-kata yang disampaikan oleh nabi kita yang mulia Nabi Muhammad SAW.

    Tak perlu kita nak benarkan atau nafikan gambar di atas. Kita cuma perlu percaya bahawa umat terdahulu memang lebih besar dan tinggi berbanding umat akhir zaman ini.

    Iman itu bermaksud "percaya 100% apa yang nabi bagitau kita".

    saya setuju dengan sedara... zaman Nabi Adam dalam Al Quran kata mmg saiz manusia besar2. Cuma kesangsian gambar ini.... Wallahhualam betol atau tak.

    ReplyDelete
  12. Salam

    Tahniah, post yang menarik walaupun ramai yang meraguinya. Bagi saya ia merupakan satu temuan di akhir zaman ini sekurang2nya mengesahkan kehebatan ciptaan Allah Taala.

    Sama ada betul atau tidak, itu tidak akan menjejaskan aqidah, anggaplah ia satu sumber ilmu yang boleh membantu akal berfikir tentang kekuasaan Allah. Jika ia satu tipuan, kenalah buktikannya bersama ulasan yang konkrit tujuan penipuan tersebut.

    ReplyDelete
  13. Salam

    Tahniah, post yang menarik walaupun ramai yang meraguinya. Bagi saya ia merupakan satu temuan di akhir zaman ini sekurang2nya mengesahkan kehebatan ciptaan Allah Taala.

    Sama ada betul atau tidak, itu tidak akan menjejaskan aqidah, anggaplah ia satu sumber ilmu yang boleh membantu akal berfikir tentang kekuasaan Allah. Jika ia satu tipuan, kenalah buktikannya bersama ulasan yang konkrit tujuan penipuan tersebut.

    ReplyDelete
  14. Saya bukan ingin menafikan artikel ini... Tapi sebagai rujukan, apalah salahnya membaca dari sudut yang lain pula..

    http://www.snopes.com/photos/odd/giantman.asp

    ReplyDelete
  15. as salam..baru baca surah ni pagi tadi..subhanallah..memang besar badan kaum ni..gergasi besarnya..

    ReplyDelete
  16. as salam..baru baca surah ni pagi tadi..subhanallah..memang besar badan kaum ni..gergasi besarnya..

    ReplyDelete
  17. palsu semata-mata....
    jangan gunakan perkara palsu untuk membangunkan islam...
    kenapa org islam zaman ini kerap menggunakan perkara2 yang tidak benar semata-mata membuktikan islam itu benar???

    percayalah ALLAH murka..

    ReplyDelete
  18. Coba kita tengok sendiri makam nabi nabi yang tersisa di bumi sebahagian ukurannya besar juga lebar juga panjangya tak sma dengan kita ,tidak usah terlalu percaya kepada foto2 mungkin macam tu tipu daya yahudi juga nasrani untuk nak permaikan kita,merka orang kafir telah mengusai kita dan sebahagian negri kita untuk di jadikan bahan permainan dan memusing
    sebahagian dari mereka berbai budi kepada kita sesudah itu mreka dapati pa yang mereka cari,lalu sebahagian deri kita di bantai juga di binasakan,negara yang dipengaruhi yahudi juga mereka menguasai sedikit shaja suara dialah,1.arab saudi,2.mesir,3.indonesia,4.dan teroris juga pemberontak di seluruh dunia,ingat islam cinta damai ,sebagian parlemen turki mungkin sekutu yahudi,amerika,united kingdom,syiah,khadariah,khawarijth,dan achmadiah ,mereka hendak leburkan agama ni ,maukah kita di adu domba.
    Ingat akherat lebih manis,elok, cantek dari dunia dan agama lebih mulya pula dari akal ,,oky"

    ReplyDelete
  19. Salam begi bangsa united kingdom,yahudi juga usaforces,adakah kalian pernah mendengar dan merasakan magic attack dari perang dunia ke 2 di turki juga indonesia,tetapi mengapa kalian tidak mau percaya kepada allah,padahal kalian ciptakan game bernuansa islam dengan kisah magic atack,

    subhanallah agama ku adalah agamaku dan agamamu adalah agamamu,agama kami akan tetap hidup sampai hari kiamat subhannallah :)
    :D

    ReplyDelete
  20. Salam..
    kebenaran tentang gambar2 ne mungkin boleh diragukan..
    tetapi sememangnya sudah tertulis dalam al-Qur'an tentang kelebihan yang ALLAH SWT telah kurniakan pada kaum kaum terdahulu..
    kalau pun benar gambar2 ini direka oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.. tanpa mereka sedar mereka sebenarnya sedang mempermainkan/ mereka-reka sesuatu yang memang benar..
    dan kalau pun mereka mentertawakan umat islam kerana mempercayainya.. hakikatnya mereka mentertawakan diri mereka sendiri..
    Apa yang paling penting.. adalah kita sebagai umat islam seharusnya meyakini apa yang sudah tertulis dalam Al-Qur'an itu sendiri..

    ReplyDelete
  21. salam saya tertarik dengan pelbagai cerita yang ditulis dalam blog ini dan saya mohon izin untuk share dengan yang lain di blog maktok.wordpress.com. mohon source or reference article ditulis dibawah rencana. Terimakasih

    ReplyDelete
  22. Salam.. mmg kita wajib beriman dengan kitab suci Al-Quran.. tapi gambar ini ternyata palsu.. http://news.nationalgeographic.com/news/2007/12/071214-giant-skeleton.html Gambar ini dibuat untuk tujuan pertandingan photo yang bertemakan arkeologi.. tapi kita sebenarnya tak perlukan gambar untuk beriman dengan kalam-kalam Allah dalam ayat2 suci Al-Quran.. wallahualam

    ReplyDelete
  23. tiada pertikaian terhadap apa yang pasti yang telah dinyatakan oleh al Quran, tetapi gambar di atas tiada kaitan dengan keimanan seseorang, hanyalah persoalan betul atau tidak. Nampak macam tak betul berdasarkan penilaian semula gambar dan cerita rujukan.

    p/s: gambar yang ada excavator tu nampak macam ada pistol pulak disebelah tangan.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...

    Untuk pengetahuan seme, seme gambo2kat atas tu PALSU belake. kajian tentang pemalsuannya telah terbongkar.

    ReplyDelete
  25. yup..semua gambar diatas adalah palsu

    ReplyDelete
  26. dunia informasi tidak pernah mengexpos hal itu

    ReplyDelete
  27. SALAM ...UMAT ISLAM PERLU MEYAKINI IMAN..TAK PERLU BERGANTUNG PADA FAKTA GAMBAR..

    TETAPI BERDASARKAN SATU KAJIAN YANG TELAH DIBUAT DI MAXICO TAK SILAP TAHUN LEPAS..MEMBUKTIKAN ORANG EROPA ADALAH MEMPUNYAI SEJARAH KETINGGIAN 25 KAKI PADA 3500 TAHUN DAHULU...KAJIAN INI DISAHIHKAN DAN DISOKONG OLEH BEBERAPA UNIVERSITI BARAT....TAK SILAP BOLEH RUJUK "LONG HUMAN MAXICO"...SO TAK HAIRANLAH ORANG DULU MEMANG BESAR DAN TINGGI....

    ReplyDelete
  28. gambar ke 3 ada pistol. ini gambar tipu.

    ReplyDelete
  29. ta pyah la jdikan gmbar ny sbgai isu...ykinlah dgn kkuasaan ALLAH SWT..wlau pon gmbar ini diragui...ttapi ap yg tmktub di dlam Alquran adlah bnar blaka... jgnlah m'p'soalkan sgla kjdian ALLAH...ap yg trjdi ad hkmahnya..ap yg kta lhat...fkirlah scra psitif...fkirlah kbsaran ALLAH,,ssunguhnya itu akn mningkat iman kta trhadapNYA....

    ReplyDelete
  30. anyway cmne nk buktikan kesahihan klau byk keje2 eksplorasi or reserach sume org2 bukan islam yg buat.klau betol dorg jumpa benda yg mengsahihkan kebenaran islam, peluang utk dorg sorok benda2 cmtu dari pengetahuan umum sangat tinggi.

    so org islam kita mana?takkan 1.5 billion org islam kt bumi ni tak boleh buat ekxplorasi/kajian sendiri?ke semua tak habis2 nak main2 ngn fantasi teori konspirasi yang tak pernah terbukti?

    ingat, dengan ilmu baru sesuatu bangsa itu dpt berjaya.so dri kita dok bincang pasal gambar betul or tak betul, or pasal teori konsiprasi whatsoever,ada baiknya klau kita penuhkan ilmu di dada ngn membaca ilmu2 yng sahih:D

    ReplyDelete
  31. sebagai umat islam kita sendiri tau bahawa nabi adam adalah mnausia yang pertama dicipta dan amat tinggi. tidak mustahil apa yang dijumpai oleh arkeologi adalah rangka² manusia yang besar. ALLAH MAHA BESAR, SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum...akak mohon share ye

    ReplyDelete
  33. betul sy sokong......akhir zaman manusia sudah ramai.....jd manusia pon makin kecil......kita tgok bdk darjah 6 dan form 1 skrg......berbeza dengan zaman kita betul x....begitu juga dengan pada awal manusia zaman nabi adam a.s nabi hud a.s.....

    ReplyDelete
  34. Subhanallah benar2 Al Qur'an benar adanya terlepas dr semua temuan2 sejarah, tak perlu menafikkan apapun itu kalo memang ada dan tersurat dalam Al Quran karena semua yg ada dalam Al Qur'an adalah wahyu Allah SWT.........jadi tidak ada sedikitpun keragu-raguan didalamnya 100 % dijamin benar dan haq...

    ReplyDelete
  35. Mumia firaun umur +/- 4000 tahun zaman nabi Musa tak besar mana sangat pun....

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum..bagi mereka yang tidak mempercayai gambar tengkorak manusia yang besar tersebut. Silalah buat kajian anda sendiri dan pergi ke kota iram. Memang benar gambar dengan jentolak itu gambar palsu tetapi yang lainnya tidak. Gambar yang lain itu ialah gambar asli. Jika anda mempunyai wang. Silalah menjelajah ke seleuruh dunia untuk melihat perkara sebegini. Jika tidak. Jangan banyak komen yang menunjukkan kejahilan masing-masing dalam dunia arkeologi dan sejarah. Pelajarilah ilmu dahulu sebelum bercakap dan carilah kebenaran bukan mencari pendustaan. Mohon maaf kerana saya meluat melihat bangsa melayu lebih ramai pandai bercakap tetapi tidak mahu bertindak dan belajar. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  37. Kemungkinan zaman dinosaur.. zaman nabi hud... sebb kalau manusia besar 2 x lojik nk makan ayam yg cuma besar kacang.... waallahualam...

    ReplyDelete
  38. subhanallah

    sekalian izin blog ya www.http://indorisda.blogspot.com/

    ReplyDelete
  39. tiada yg mustahil bagi Allah.Allah hu Akhbar,badan besar biasanya ikut apa yg dmakan,Time tu orang banyak makan makanan asli tiada pencemaran....

    ReplyDelete
  40. manusia zaman dulu mmg besar2, cuma dajjal jer yang masih hidup, n dia nanti mmg seorang yang tinggi, nabi isa pun tinggi..

    ReplyDelete
  41. Kebenaran Hakiki hanya milik Allah SWT dan sdh dituangkan dalam Al Quran. Dan sampai saat ini blm ada org menyatakan bahwa Al Quran tdk benar.

    ReplyDelete
  42. Yg terpenting adalah bagaimana kita memperbaiki Ahlak kita, dan kalau perlu kita yg melakukan penelitian ttg kebenaran isi Al Quran, ingat saudaraku bahwa Al Quran bukan cerita belaka. AlQuran adalah sumber dari segala sumber Ilmu.

    ReplyDelete
  43. Tidak ada yg Mustahil bagi Allah SWT..

    ReplyDelete
  44. Subhanallah, sayangnya bukan orang Islam yang menemui penemuan berharga ini

    ReplyDelete
  45. menarik. memang ada dinyatakan dalam al-Qur'an tentang kaum ni review

    ReplyDelete
  46. untung sdh dimusnahkan Allah kaum ad yg tinggi besar dan sombong itu,coba klau msh hidup skr bisa jadi preman pasar

    ReplyDelete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Manusia gergasi cuma ada di zaman nabi Hud yg berbangsa AD shj.fahamkan tu.selain kaum AD bangsa lain x de yg berbadan gergasi,walaupun sezaman.

    ReplyDelete
  50. Manusia gergasi cuma ada di zaman nabi Hud yg berbangsa AD shj.fahamkan tu.selain kaum AD bangsa lain x de yg berbadan gergasi,walaupun sezaman.

    ReplyDelete