Monday, September 6, 2010

Kemelesetan Besar 1930 Akibat Wang Kertas

Kemelesetan besar merupakan satu kemelesetan perdagangan sedunia 1930. Ia telah mencatatkan satu jangkawaktu pengangguran dan kelembapan pergadangan terlama dalam dunia moden.

Kemelesetan besar berlaku pada Oktober 1929, apabila stok dan saham di Amerika Syarikat menjunam teruk. Ribuan pemegang saham mengalami kerugian duit yang banyak.

Apakah jenis duit yang digunakan ketika itu? Apakah dalam bentuk emas dan perak?

Wang pada tahun 1923 di Amerika Syarikat.

Bank-bank, kilang-kilang dan kedai-kedai ditutup sehingga mengakibatkan jutaan manusia tiada pekerjaan dan tiada duit. Ramai orang bergantung pada kerajaan atau pun derma-derma dalam bentuk makanan.

Siapa yang telah mengaut wang ini? Ke mana wang-wang itu pergi? Apakah wang kertas ini lebih bersifat wang daripada wang emas dan perak yang telah lama digunakan di Amerika Syarikat?

Sebelum wang kertas di cipta, Amerika Syarikat telah menggunakan wang emas dan perak seawal 1795. Emas dan perak adalah wang sebenar. Bawalah ke mana-mana pun manusia akan tertarik dengan dua benda ini. Acara sukan pun menawarkan emas dan perak kepada para pemenangnya. Ini lumrah manusia.

1795 Eagle | Liberty

Seperti negara-negara Kapitalis lain, Amerika Syarikat memiliki bank pusat seperti kita sekarang (Bank Negara). Bank ini menjadi lubuk kekayaan negara. Tetapi kebiasaannya ia disalah-gunakan oleh golongan tertentu.

Pada 1833, presiden ke-7 Amerika Syarikat, Andrew Jackson telah menggunakan kuasa vetonya bagi mengharamkan bank pusat. Ini kerana bank itu tidak mendatangkan faedah pada rakyat Amerika Syarikat berikutan amalan bank tersebut, yang mengeluarkan duit kertas tanpa disokong sebarang emas atau pun perak. Sebaliknya emas dan perak dinikmati oleh golongan elit sahaja. Tak seperti sesetengah kerajaan yang bermurah hati memberi rakyat jelata dinar (emas) dan dirham (perak).

Tiga tahun kemudian Andrew mengeluarkan wang emas dan perak yang dikenali dengan nama Specie Circular.

1836 Liberty

Ia telah mengakibatkan bank jatuh bankrap akibat jumlah emas yang kurang di bank-bank.

Bank-bank pada dahulunya menyimpan wang emas rakyat jelata. Kemudiannya memberikan wang kertas sebagai janji bahawa emas itu ada sebanyak yang tertulis di atas wang kertas.

Tetapi kewujudan bank merupakan helah perompak ekonomi dunia. Kerana itulah wang emas rakyat jelata tiada di dalam simpanan bank yang konon menyimpan emas.

Hari ini wang kertas tidak lagi menjanjikan emas. Sebaliknya rakyat perlu pula membeli emas dan bukannya menukar emas dengan wang kertas. Bunyinya mungkin serupa antara beli dan tukar. Tetapi bukankah nilai emas meningkat apabila wujud permintaan yang tinggi?

Bolehkah nilai kertas disamakan dengan emas yang meningkat. Siapa yang tergila-gilakan kertas? Lagi pun kertas bukan universal jika dibawa ke mana-mana. Nilai tidak setanding dengan emas.

Kemelesetan besar menjangkau ke semua negara di dunia pada 1930. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan dalam perdagangan sedunia. Rata-ratanya, semua negara mahu berjimat dan cuba meningkatkan jumlah catuan barangan import dan menumpukan pada barangan tempatan bagi menolong rakyat mereka sendiri.

Kemelesetan juga telah mempengaruhi politik banyak negara. Pemimpin di banyak negara telah digulingkan dan jenis kerajaan juga banyak telah berubah akibat kemelesetan besar.

Contohnya, keadaan ekonomi yang teruk telah menaikkan Adolf Hitler yang menjanjikan perubahan buat warga Jerman. Keadaan ekonomi yang teruk juga telah menyebabkan Jepun menjajah daerah Manchuria di China.

Hitler menjanjikan perubahan pada warga Jerman dengan mendakwa Jerman bakal menjadi negara nombor satu di dunia. Jepun pula telah mendirikan pelbagai industri dan lombong-lombong di daerah Manchuria dengan harapan rakyatnya akan bebas dari kemelesetan besar.

Tindakan dua negara besar ini sedikit sebanyak menjadikan punca berlakunya perang dunia kedua (1939-1945).

Kemelesetan besar berakhir apabila banyak negara meningkatkan penghasilan produk persenjataan menjelang perang dunia kedua. Di mana hal ini telah menyebabkan banyak wang dilaburkan dan kembali disebarkan.

Kemelesetan ini telah menyebabkan kerajaan dan rakyat di pelbagai negara menjadi peka dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga ekonomi berbanding tempoh sebelumnya.

Kesimpulannya sejarah telah membuktikan wang kertas boleh meranapkan ekonomi negara dan ekonomi sedunia akibat nilainya yang tidak sekukuh emas dan perak. Kerana itulah wang kertas dan inflasi tidak dapat dipisahkan.

p/s: Wang elektronik bagaimana pula?

No comments:

Post a Comment