Yeah saya dah grad!! grad dalam bidang finance..tapi tiada apa yang nak dibanggakan. Ya, peluang pekerjaan memang banyak. Tapi dunia sekarang buat saya takut untuk bekerja dalam bidang Finance ni..Kenapa???? Baca je kat bawah dengan fikiran yang terbuka....Kalau buta hati, jangan baca la..
Beberapa fakta riba
1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?
2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?
3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?
4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?
5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al Baqarah 2:279)
6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)
7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)
8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)
9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)
10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)
11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)
Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein
Kenapa sekarang manusia tak dapat lari dari riba ini? siapa yang merancang sehinnga bank islam pun mempunyai riba? mungkin bank ni namanya islam tapi bukan beragama islam...(sekadar merapu). Video di bawah menerangkan kenapa kita terjebak dalam permainan riba yang menguasai setiap kehidupan kita..Umat Islam bangkitlah dari tidur!!!!
Ceramah oleh Sheikh Imran Hossein
Ada betulnya juga akan apa yg dikatakan..tapi janganlah pula hanya beberapa orang ulama mengharamkan perbankan islam yg ada sekarang, maka semua pendapat ulama/para sarjana islam lain di tolak. Kita kena melihat juga terbukaan syariah dalam menangani maslahah umat Islam dewasa ini. tugas kita adalah mengkaji dan seterusnya mengemukakan cdgn dalam menangani isu ini. Al-Quran wajib dirujuk kerana masih terdapat umat Islam mengatakan riba itu sama dengan jual beli. Janganlah kita menjadi org terkeliru seperti yg dinyatakan dalam Al-Quran disebabkan kelemahan kita dalam memahami Perbankan Islam itu sendiri. Banyak Universiti dan para sarjana masih mengkaji dan membincagkan permasaalahan ini dan ruang perbincangan terus dibuka. Diharap sekali lagi jangan kita menutup ruang perbincangan dengan menjatuhkan hukuman terus.
ReplyDeleteapa yang Haram itu jelas Haram, berhati-hatilah kerana azab Tuhanku itu amat pedih.
ReplyDeleteAnonymous February 15, 2012 at 5:48 AM. memang benar apa yang haram itu memang jelas haram dan apa yang halal itu memang jelas halalnya. Namun Allah jugak telah memberikan amaran kepada sesiapa yang mendakwa jual beli itu sama dengan riba (al-Baqarah, 275). Dalam isu perbankkan Islam pihak yang menuduh perbankkan islam melakukan riba secara tersembunyi kerana tidak memahami akad dalam urusan perbankkan Islam. Akad dalam urusan pembiayaan adalah akad jual-beli, mudharabah (perkongsian untung dan rugi) dan sebagainya berbanding akad bank konvensional yang menjurus kepada akad pinjaman dan faedah.
ReplyDelete#1 Contoh Jual Beli
Dengan modal RM100, A membeli satu barang keperluan. Kemudian dia menjualnya kepada pelanggan dengan harga RM110.
A mendapat untung RM10.
#2 Contoh Riba
Dengan modal yang sama iaitu RM100. B memberi pinjam kepada seseorang dengan kadar faedah 10%. Apabila sampai tempoh tamat, orang itu perlu membayar hutang sebanyak RM110.
B mendapat untung RM10.
Keterangan:
A dan B masing-masing mempunyai modal sebanyak RM100. Daripada jumlah itu, mereka menjana keuntungan sebanyak RM10. Bezanya A menjana keuntungan melalui jalan jual beli, sementara B pula melalui pinjaman + faedah (riba).
Nampak sama, tetapi tidak serupa. Ini disebabkan oleh akad! so begitu juga, dengan institusi kewangan. Mereka berakad dengan jual beli dengan mendapat keuntungan ke atas penjualan aset (rumah dan kenderaan). Cuma bezanya kemungkinan keuntungan yang diambil adalah lebih tinggi dan ini bukan alasan untuk menuduh mereka sebagai mengambil riba..
Apa yang anda katakan kurang bertepatan wahai anon February 15, 2012 at 5:48 AM
jika kita umat islam semua berfikiran seperti ini mempelajari perbankan kewangan adalah tidak berguna, bila kita orang islam dapat mengubah sistem yang ada penuh dengan riba ke sistem islam. Untuk melawan atau memperjuangan islam kita kena berilmu tinggi dalam sistem kewangan agar kita boleh mencari titik kelemahan sisitem konvensional ini dan menukarkan segala sistem ini kepada sistem islam. Zaman dahulu adakah musuh islam dizaman gelapnya menngatakan kita jangan belajar dengan orang islam kelak kita akan jadi seperti orang islam. Tidak sama sekali. Mereka medalami ilmu2 kita iaitu ilmu islam di timur tengah mereka bawakan ilmu itu ketempat mereka dan tukarnya kepada sistem dan ideologi mereka.dan akhirnya lihat mereka sekarng mgunakan ilmu ini untuk merosakn dunia. Untuk itu saya kurang bersetuju dengan pandangan tersebut.
ReplyDeletenk buat sesuatu tu mesti berlandaskan islam. tgk yang mana betul dan salah. riba ini merupakan dosa besar, kita patut menjauhi perbuatan ini, cuba elakkan. banyak lagi pinjaman islam yang boleh dibuat.
ReplyDeletemainkan judi pkv games disini untuk dapatkan uang hingga jutaan rupiah. kunjungi 180.215.200.34
ReplyDelete