Di Peace Street 20 Bolton, berdiri sebuah bangunan besar berkubah yang amat bermakana, yang lengkap dengan menara. Tempat itu ramai dikunjungi warga Bolton, terutama yang memeluk Islam, ribuan umat Islam hadir di tempat ini, melaksanakan untuk menunaikan solat Jumaat. Bangunan itu tidak lain adalah Masjid Zakariyya.(lihat peta di sini)
Sejarah berdirinya masjid ini, bukanlah kisah yang singkat. Kala itu antara tahun 1965 hingga 1967 umat Islam Bolton dan Balckburn belum memiliki tempat untuk melaksanakan solat. Untuk melakukan solat Jumaat, mereka melaksanakannya di The Aspinal, sebuah tempat menari yang digunakan di waktu malam, sedangkan siangnya di hari Jumaat, tempat itu dibersihkan para sukarelawan untuk dijadikan sebagai tempat melaksanakan solat Jumaat.
Kerana jumlah jama’ah semakin bertambah, maka diperlukan tempat yang lebih besar untuk beribadah. Dan bermulalah pencarian bangunan yang boleh digunakan sebagai masjid dan pusat islam. Pada tahun 1967, ada penawaran pembelian bangunan bekas gereja komuniti Metodis, yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana sebesar 2750 pound sterling dari komuniti Muslim tempatan, akhirnya bangunan itu menjadi milik umat Islam. Bangunan itulah yang kini disebut Masjid Zakariyya itu.
Tidak hanya Masjid Zakariyya, beberapa masjid Inggeris pun memiliki kisah yang hampir sama dengan kisah masjid kebanggan Muslim Bolton itu, yakni sama-sama berasal dari gereja yang dijual, baik kerana kehilangan pengikut, atau kerana sebab lainnya. Berikut ini masjid-masjid yang dulunya merupakan gereja:
Masjid Jami’ London
Tempat ibadah ini juga dikenal dengan sebutan masjid Brick Lane, kerana posisinya di Brick Lane 52. Bangunan berdinding bata merah ini merupakan masjid terbesar di London, yang mampu menampung 4000 jama’ah. Walau demikian luas, masjid ini belum dapat menampung seluruh anggota jama’ah solat Jumaat, hingga sering kali jama’ah melebar ke jalan raya.
Masjid ini memiliki sejarah yang sangat unik dan panjang. Awalnya, bangunan yang didirikan sejak tahun 1743 ini adalah gereja Protestan. Dibangunkan oleh komuniti Huguenot, atau para pemeluk Protestan yang lari dari Prancis untuk menghindari kekejaman penganut Katolik. Akan tetapi, kerana jama’ahnya menurun, maka gereja ini dijual.
Di tahun 1809, bangunan ini digunakan masyarakat London untuk mempromosikan Kristen kepada para pemeluk Yahudi, dengan cara mengajarkan Kristen dengan akar ajaran Yahudi. Tapi, program ini juga gagal. Dan bangunan diambil oleh komuniti Metodis pada tahun 1819.
Komuniti Metodis cukup lama “memegang” gereja ini. Walau demikian, pada tahun 1897, tempat ini diambil oleh komuniti Ortodok Independen dan berbagi dengan Federasi Sinagog yang menempati lantai dua.
Tapi tahun 1960-an komuniti Yahudi menyusut, kerana mereka berpindah ke wilayah utara London, seperti Golders Green dan Hendon, sehingga bangunan ditutup sementara, dan hal itu berlanjut hingga tahun 1976. Setelah itu bangunan itu dibuka kembali, dengan nama barunya, Masjid Jami’ London.
Masjid Didsbury
Masjid Didsbury ini terletak di Burton Road, Didsbury Barat, Manchester. Bangunan yang digunakan sebelumnya merupakan bekas gereja komuniti Metodis, yang bernama Albert Park. Gedung ini tergolong bangunan kuno, kerana telah beroprasi sejak tahun 1883. Akan tetapi, pada tahun 1962 gereja ditutup, dan beralih menjadi masjid dan pusat islam. Masjid ini, kini mampu menampung 1000 jama’ah, dan yang bertanggung jawab sebagai imam dan khatib hingga kini adalah Syeikh Salim As Syaikhi. Masjid Brent
Masjid Brent terletak di Chichele Road, London NW2, dengan kapasiti 450 orang, dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Awalnya, bangunan itu merupakan gereja. Hingga kini ciri bentuknya tidak banyak berubah. Hanya ditambah kubah kecil berwarna hijau di beberapa bagian bangunan dan puncak menara.
Masjid New Peckham
Masjid New Peckham didirikan oleh Syeikh Nadzim Al Kibrisi. Terletak berhampiran Burgess Park, tepatnya di London Selatan SE5. Kini masjid ini berada di bawah pengawasan Imam Muharrim Atlig dan Imam Hasan Bashri. Sebelumnya, masjid ini merupakan bekas gereja St Marks Cathedral.
Masjid Sentral Wembley
Masjid Sentral Wembley ini terletak di jantung kota Wembley, dekat dengan Wembley Park Station. Daerah ini memiliki komuniti Muslim yang besar dan banyak kedai-kedai Muslim yang berada di sekitarnya. Bangunan masjid ini sebelumnya juga merupakan bekas gereja. Walau sudah terpasang kubah di puncak menaranya, tapi ciri-ciri bangunan gereja masih nampak jelas. Dengan demikian, siapa saja yang melihatnya, akan mengetahui bahwa bangunan itu dulunya adalah gereja.
Selain masjid-masjid di atas, sebuah gereja bersejarah di Southend juga sudah dibeli oleh Masjid Jami’ Essex dengan harga 850 ribu pound sterling. Gereja itu dijual, kerana jama’ah berkurang, sehingga kegiatan peribadatan dipusatkan di Bournemouth Park Road. Gereja ini sudah tidak beroprasi sejak tahun 2006 yang lalu. Rancangan asal gereja akan dijadikan apartemen, tapi rancangan itu ditolak oleh Dewan Southend. Akhirnya, gereja kosong itu dibeli oleh komuniti Muslim yang tinggal di kota itu, yang juga sedang mencari tempat untuk melaksanakan ibadah.
Ketika itu jumlah komuniti ini mencapai 250 orang, “bekas gereja” itu merupakan tempat yang sesuai, kerana mampu menampung 300 jama’ah. Tidak banyak dilakukan perubahan pada bentuk bangunan yang telah berumur 100 tahun lebih itu, hanya perlu menambah tempat untuk berwudhu dan sebuah menara.
kat barat makin ramai org kristian nk masuk Islam. kat negara sendiri, dah makin bertambah umat Islam nak jd kafir.apa cer??
ReplyDeleteagree with riff..
ReplyDeletesbb kat malaysia, kebanyakkanya ialah islam taqlid je.sekadar ikutan je.sstgh tu x dpt nak bezakan antara budaya dgn ajaran agama..
ReplyDeletetapi di eropah mereka menganut islam sbb memahami ilmu tauhid yg sebenarnya..
Macam mana la ni. Kat Malaysia makin berkurang, kat luar negara makin bertambah. Ish3..
ReplyDeleteSuamiku,orang Eropah, tertarik dengan Islam semasa dia membaca Quran buat pertama kalinya walaupun keluarganya kuat pegangan Methodist.Dia tak kenal pun seorang orang Muslim bila dia membuat keputusan untuk memeluk Islam.Bila datang ke Malaysia,dia lihat yang orang Islam disini tidak menghayati the core values of Islam,kita lebih pada ritual saja.rasanya tu sebablah Kristian group senang tarik budakbudak Melayu kita. Kita tak mengajar anakanak kita apakah sebenarnya Islam tu dan keindahannya.Islam itu bukan hanya setakat sembahyang, puasa,zakat.Islam tu ialah perhubungan kita dengan Allah dan perhubungan kita dengan sesama manusia dan tanggungjawab dan amanah kita pada sesama sendiri.
ReplyDeletesaya hamba allah yg tak lari dari melakukan dosa kerna aku masih berjihad melawan nafsuku ia lebih hebat dari perang uhud dan lainnya maksud sabda rasullullah so nikmat hidayah atau mengenalinya satu nikmat yang besar dan indah dan kini peringkat merasa malu terhadap Allah atas dosa yg lalu para pembaca doakan aku dan seluruh umat muhammad hamba Allah moga malulah kita terhadap Allah kerna aib kita tersimpan dgn teguh atas kuasa allah..ooo maluuuuuuuuuuuuuunya ya allah ampun engkaulah sebaik peyimpan rahsia...bangkitlah kita dari lalai ayuh tunaikan solat dan lainnya dgn sabar..janji allah pasti
ReplyDeletesapa nak kongsi pengalaman hidup add me d fb ahmad al hassan.kita citer penglaman bukti Allah sentiasa mengawasi kita..contoh satu kisah benar.hidayah 1.malam satu muharram waktu pulang kerja aku dtimpa kemalangan namun aku masih beranggapan ianya hanya kebetulan aku masih tak insaf lagi . hidayah 2 ini bukan kebetulan tapi amaran dari Allah hu Akhbar.bilamana .trajedi pahit.bahasa brunei cakap kaci faham.biarlah lah rahsia dan ia berlaku pada malam jumaat maulidur rasul 07 dan usiakupun masuk 40 dari saat itu ya Allah aku pasti aku adalah Hambamu yg hina ini akan sujud pada mu bimbinglah aku.aku takut kali ketiga aku tak sempat.moga samalah kita muasabah diri wasalam
ReplyDelete