Ada diceritakan oleh Al-Marhum Syeikh Ainullah, tetapi kami ingat-ingat lupa, yaitu fasal pada menyatakan pernikahan Abdullah dengan Aminah. Ada pun Abdul Mutalib itu diriwayatkan ianya dari gulungan Bangsawan Bani Hashim yang amat disegani, lagi sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah.
Hinggakan tatakala Abrahah dengan pasukan tentera bergajahnya mahu menyerang Kaabah, mereka terpaksa berdepan dulu dengan Abdul Mutalib sebagai Penguasa Kota Mekah dan Penjaga Kaabah diketika itu. Maka Abdul Mutalib telah memberi amaran keras kepada Raja Abraham, jangan sekali-kali mereka mahu mencuba menggugat Rumah Allah Kaabah itu.
Maka amaran itu telah dilanggar oleh Raja Abrahah, maka akibatnya bala bencana yang mereka terima, itulah seperti sejarahnya apa yang termaktub dalam Surah Al-Fil (Tentera Bergajah) itu. Kesemuanya telah hancur ranap bagaikan debu diserang oleh tentera-tentera Allah berbentuk burung-burung dari langit yaitulah Malaikat Ababil. Maka sebab itu kelahiran Nabi Muhammad SAW itu ada dikaitkan dengan Tahun Gajah, kerana takwim kalender Islam maseh belum ujud.
Maka disini kami ingin menyingkap sedikit mengenai ada ura-ura peristiwa Tentera Bergajah itu bagaikan akan berulang semula sekali lagi dalam sejarah Islam. Kerana ada difahamkan ada pun Perdana Menteri Yahudi sekarang ini, yaitu Sang Benjamin Netanyahu itu adalah nasabnya dari pecahan generasi ke 7 dari bloodline Abrahah. Maka hati perutnya itu juga agaknya sama macam leluhurnya Abrahah itu juga. Ada kami serta sahabat kami terbaca dalam internet gara-gara Yahudi mahu mengesan Imam Mahdi, namun hasil mereka maseh kabur.
Telah bertahun mereka mencari samada melalui ejen-ejen skuad pembunuh Mosaad dan CIA, atau menyamar sebagai pelancong, namun sehingga kini tiada hasilnya. Maka Netanyahu telah membuat declarasi : Jalan mudah untuk mereka mencari Imam Mahdi adalah menyerang Kaabah dan Kota Mekah pada mana-mana Musim Haji, dengan peralatan senjata moden mereka – “For sure Al-Mahdi will emerge from his hiding place.” Kerana Imam Mahdi itulah satu-satunya Penyelamat bagi Kaabah Rumah Allah itu. Cuba renungkan, apakah niat mereka itu akan berlaku? Wallahu’alam….
Assalamualaikum...
ReplyDeletesaudara, dulu saya pernah terdengar kisah mengenai seorang perdana menteri israel telah dibunuh oleh zionis sendiri(maaf, sudah lupa namanya dan tahun bila) kerana pm israel itu mahu memulangkan tanah2 milik Palestin yang telah dirampas. adakah benar cerita ini? jika benar bolehkah saudara tolong kupaskan. sekian..
ingin mengetahui..
tak silap saya nama dia yitzhak rabin kan?
ReplyDelete