Monday, January 4, 2010

Bagaimana Islam Terhasil



Untuk pengetahuan saudara, saya akan memberitahu anda serba ringkas tentang kewujudan agama Islam. Begini:



Al-Qur’an merupakan wahyu Allah yang benar. Nabi S.A.W telah menyampaikan wahyu-wahyu Allah kepada umatnya tanpa mengubah sedikitpun wahyu-wahyu tersebut. semua yang terkandung di dalam Al-quran adalah seratus peratus benar. Alkitab suatu ketika dahulu memang benar ajarannya tetapi mestilah yang original. Maksud saya di sini, ia tidak dicampurkan dengan kata-kata logik manusia dan pengubahsuaian isi yang terkandung. Puak Yahudilah (yang tidak mahu menerima kebenaran) yang sebenarnya yang menyebabkan Alkitab anda diubahsuai. ia juga terjadi kepada kitab-kitab Allah yang lain iaitu Taurat dan Zabur. Al-quran merupakan gabungan kitab-kitab Allah terdahulu(Taurat, Zabur, dan Injil/Alkitab). Walau bagaimanapun, wahyu ketiga-tiga kitab tersebut di sampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maknanya, segala isi-isi yang terkandung di dalam al-quran merupakan isi-isi original kitab Taurat, Zabur, dan Alkitab. Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah bertanya kepada para ulama kami atau membaca Al-quran, surah Al-Baqarah.



Pada suatu ketika dahulu, Kristian memang agama yang benar kerana umat pada ketika itu seratus peratus mengikut agama Allah yang dibawa oleh Nabi Isa A.S. / Yesus.. Oleh sebab kejahilan Yahudi yang tidak mahu menerima ajaran tersebut. Mereka telah menangkap Yesus dan menyalib Yesus. Kemudian bermulalah zaman kegelapan rohani apabila mereka cuba menyesatkan umat Kristian. Pengakuan tentang ‘Yesus anak Tuhan’, Allah adalah ‘Tuhan Bapa’, dan Maryam adalah ‘Tuhan Ibu’ merupakan kepalsuan oleh puak Yahudi. Anda juga tahu Allah itu Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Bijaksana, Allah tidak mempunyai anak dan Dia tidak diperanakkan (Allah itu semula jadi). Tidakkah anda tahu, kekuasaan Allah tiada bandingannya. Jadi, Dia boleh melakukan apa saja keatas makhluknya. Dengan kekuasaanNya, Siti Maryam boleh mengandungkan Isa. Jika anda dipihak Kristian tulen pada masa itu, anda tidak akan pelik dengan perkara tersebut. Satu lagi tentang pernyataan Yesus mati disalib. Pernyataan ini juga mereka yang melakukan.



Sebenarnya mengikut wahyu Allah di dalam Al-Qur’an, Dia telah mengangkat Isa ke langit dan menggantikan seseorang yang sama dengan Yesus. Ini menunjukkan Allah Maha Kuasa. Pernyataan bahawa Islam itu ganas juga mereka yang lakukan. Islam sebenarnya banyak mengajar nilai kasih sayang. Sebenarnya mereka takut puak agama anda mengetahui perkara jahat mereka, sebab itulah mereka amat menghormati puak anda. Untuk pengetahuan anda, jika mereka tidak menyeleweng agama Kristian, Allah tidak akan menurunkan agama Islam. Kitab Bible sebenarnya tidak wujud kerana itu bukan kitab Allah. Isi kandungan Al-quran tidak berubah walau sedikitpun sejak dari zaman Nabi Muhammad S.A.W hingga kini. Cuma kebanyakan umatnya saja yang sudah banyak terpengaruh dengan Yahudi. Sekarang ini, mereka sudah merosakkan agama kita. Umatnya Kristian telah dapat dirosakkan oleh mereka melalui kepercayaan iaitu penyelewengan Alkitab. Umat Islam pula, mereka berjaya merosakkannya melalui akidah atau rohani.



Setelah mereka berjaya merosakkan Kristian, Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W.. Mereka tidak berjaya menyeleweng Al-quran dan mengajak Muhammad kembali kafir, lalu mereka menghasut puak anda pula dengan menyatakan Muhammad banyak malakukan kesalahan. Satu lagi, penyataan mereka tentang kita mannusia mewarisi dosa-dosa manusia terdahulu juga palsu.. Allah telah menetapkan setiap manusia menanggung dosa masing-masing. Bagaimana kita boleh menanggung dosa orang lain?



Sampai di sini saja coretan saya untuk siri ini. Jika anda mahu keterangan lanjut, anda bacalah Al-quran sampai habis dan Alkitab sampai habis. Anda akan temui kebenarannya iaitu kesyaitanan Yahudi terhadap agama anda. Untuk memudahkan anda, isi Alkitab yang berbeza dengan isi Al-quran merupan penyelewengan mereka.

1 comment:

  1. i like ianya lojik tiada keraguan
    ginilah cara utk faham agama Allah,
    rasul tidak smestinya keturunan yahudi,yg penting dari keturunan Adam berpijaklah dbumi nyata,

    ReplyDelete