Monday, December 7, 2009

Kelebihan air zam-zam



Molekul air zam-zam

Air zam-zam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk dari para sarjana Barat. Air zam-zam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: 

“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zam-zam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zam-zam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Air zam-zam dibekalkan kepada jemaah

“Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” 
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda: 

“Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ” 
(Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita. Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya.”

Disebut pengarang kitab al-’Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi. Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.

“Hal ini dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya. ” (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).

Al-’Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: “Saya dan juga orang lain cuba berubat dengan air zam-zam. “Saya berubat terhadap bermacam-macam penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Saya juga menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zam-zam selama hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak terasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai.”

Al-’Allamah seterusnya berkata: “Berlaku kepada diri saya dulu sewaktu di Makkah, saya jatuh sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat. Jadi saya terpaksa berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zam-zam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum dan sembuh tidak lama selepas itu. Sejak itu saya melakukan cara yang sama untuk mengubati penyakit lain dan semuanya memberi respon yang positif.” (Lihat Zadul Ma’ad 4/718)

Berkata pula Al-Hakim: “Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: “Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: “Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?” Jawab lbnu Khuzaimah: “(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?” (Lihat Sairul A’Iam an-Nubala 14/370).

Minumlah dengan niat yang betul

AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya: “Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. “Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zam-zam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini. Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar. Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.” (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas- ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.

Fakta Rahsia Kelebihan Air Zam-Zam

  1. Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  2. Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  3. Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  4. Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  5. Antara mata air syurga.
  6. Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  7. Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  8. Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  9. Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  10. Minuman orang mulia (al-abrar).
  11. Menambah kekuatan badan.

2 comments:

  1. Subhanallah, sungguh HEBAT KEKUASAAN ALLAH...AllahuAkbar..: Ganjil Itu Istimewa

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete