Ini adalah kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tetapi mempunyai pengetahuan cetek tentang agama.
Ceritanya Bermula
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks membeli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tetapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar tahun 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Gadis itu dikenakan denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz menjalankan tugasnya dengan memberikan nasihat.
"Selepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk dalam perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka dengan tidak patuh akan perintahNya ,takut nanti tidak sempat bertaubat dan bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka." Nasihat ustaz tersebut.
"Selepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk dalam perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka dengan tidak patuh akan perintahNya ,takut nanti tidak sempat bertaubat dan bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka." Nasihat ustaz tersebut.
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia kepanasan telinga, tidak tahan mendengar nasihat ustaz itu.
Penting ke neraka wujud?
Ustaz tersebut terkedu seketika. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah gadis ini. Setelah gadis itu selesai membebel, ustaz itu pun berkata, "Adik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak akan jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis itu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka penuh kehairanan, ustaz itu jelaskan, "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua boleh masuk syurga. Maka apa gunanya menjadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tidak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh di dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Selepas itu boleh rogol lagi kalau dia mahu. Tiada siapa yang akan menerima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita mahukan? Awak rasa, adil ke?", tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat tidak akan terlepas macam itu saja." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tidak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tetapi Dia juga Maha Adil. Sebab itu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di dunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
No comments:
Post a Comment