Wednesday, February 29, 2012

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan

Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

Tuesday, February 28, 2012

Risalah Injil Kuno Dijumpai - Jesus Meramalkan Kedatangan Nabi Muhammad saw

Naskah Injil berusia 1500 tahun yang menceritakan ajaran Jesus dan kedatangan Nabi Muhammad saw.

Kerajaan Turki telah mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut adanmenyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi. 

Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat sendiri Injil kuno ini.

Bahkan Injil ini mencetuskan minat yang serius dari kalangan orang besar Vatican. Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat buku 1,500 tahun yang lalu ini. Kebanyakan orang ramai mengjangkakan Injil ini adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh Turki selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 2000. 


Tulisan berharga 14 juta pound yang menggunakan bahasa Aramik (bahasa pertuturan Jesus)

Menurut Mailonline, injil yang ditulis tangan menggunakan dakwat emas itu menggunakan bahasa Aramik. Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Jesus sehari-hari dalam kehidupannya di dunia. Di dalam injil ini juga diperjelaskan ajaran asli Jesus serta ramalan kedatangan nabi terakhir selepas Nabi Isa. 

Kawasan pengguaan bahasa Aramik dan lain-lain bahasa

Injil kuno berusia 1,500 tahun ini yang menggunakan kulit haiwan, ditemui polis Turki semasa operasi anti penyeludupan pada tahun 2000 lalu. Injil kuno ini sekarang di simpan di Muzium Etnografi di Ankara, Turki. 

Muzium Etnografi di Ankara, Turki yang menyimpan Injil Kuno ini

Menteri Budaya dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengatakan bahawa buku tersebut boleh menjadi versi asli dari Injil. Injil ini juga boleh mengakibatkan keyakinan Gereja Kristian yang menganggap Nabi Muhammad saw bukanlah penerus dan melengkapkan lagi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as terhapus sama sekali tanpa boleh disangkal lagi.

Gunay juga mengatakan pihak Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk melihat kitab dari teks yang kontroversi ini menurut keyakinan Kristian. Kitab ini berada diluar pandangan agama Kristian seperti dari pandangan kitab Injil yang lain seperti Markus, Matius, Lukas dan Yohanes.

Lihat video Injil Kuno di bawah.

Wednesday, February 22, 2012

Rasulullah Dan Pendita Yahudi, Zaid bin Sanah


Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abdullah bin Salam r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar bersama sahabat-sahabat baginda, di antaranya Ali bin Abi Thalib r.a.

Tiba-tiba datang menemui beliau seorang Badwi dengan berkenderaan, lalu berkata; "Ya Rasulullah. di kampung itu ada sekumpulan manusia yang sudah memeluk Agama Islam dengan mengatakan bahawa jika memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Tetapi sesudah mereka semua peluk Islam, terjadilah musim kering dan panas yang bersangatan sehingga mereka ditimpa bahaya kelaparan.

Saya khuatir ya Rasulullah jika mereka kembali kufur meninggalkan Islam kerana soal perut, kerana mereka memeluk Islam juga adalah kerana soal perut. Saya ingin agar kepada mereka engkau kirimkan bantuan untuk mengatasi bahaya kelaparan yang menimpa mereka itu."

Mendengar keterangan itu. Rasulullah s.a.w lalu memandang Ali bin Abu Thalib. Ali mengerti maksud pandangan itu sambil berkata, "Ya Rasulullah, tidak ada lagi bahan makanan pada kita."

Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi yang turut mendengarkan laporan orang Badwi dan jawapan Ali bin Abu Thalib lalu mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau suka, akan saya belikan kurma yang baik lalu kurma itu dapat engkau beli padaku dengan hutang dan dengan perjanjian begitu, begini."

Berkata Rasulullah s.a.w, "Jangan dibeli kurma itu sekiranya kau berharap aku berhutang kepadamu tetapi belilah kurma itu dan berilah kami pinjam dari engkau."

"Baiklah." jawab Zaid bin Sanah.

Zaid bin Sanah pun membeli buah kurma yang baik-baik lalu menyerahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan perjanjian-perjanjian tertentu dan akan dibayar kembali dalam jangka waktu yang tertentu pula. Sebaik saja Rasulullah s.a.w menerima kurma itu, lalu diarahkan supaya buah kurma tersebut diserahkan dan dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung yang ditimpa bencana itu.

Berkata Zaid bin Sanah, "Dua atau tiga hari sebelum tiba tempoh perjanjian pengembalian pinjaman seperti yang ditetapkan dalam perjanjian itu, Rasulullah s.a.w keluar menziarahi orang mati bersama Abu Bakar, Umar, Usman dan beberapa orang sahabat yang lain.

Setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut, Rasulullah s.a.w pergi ke suatu sudut untuk duduk lalu saya menghampirinya dengan memegang erat-erat bajunya dan berkata kepadanya dengan sekasar-kasarnya. "Hai Muhammad, bayar hutangmu kepadaku, aku tahu bahawa seluruh keluarga Abdul Mutalib itu selalu melengah-lengahkan masa untuk membayar hutang!"

Mendengar kata-kataku yang kasar itu, wajah Umar bin Khattab merah padam kemarahannya, lalu berkata, "Hai musuh Allah, engkau berkata begitu kasar terhadap Rasulullah dan berbuat tidak sopan. Demi kalau tidak kerana rasa hormatku terhadap Rasulullah s.a.w yang berada di sini, sungguh tentu akan ku potong lehermu dengan pedangku ini."

Rasulullah memandang Pendita Yahudi tersebut dalam keadaan tenang dan biasa saja, lalu berkata kepada Umar, "Hai Umar, antara saya dengan dia ada urusan hutang piutang yang belum selesai. Sebaik-baiknya engkau menyuruh aku membayar hutang itu dan menganjurkan kepadanya untuk berlaku baik menuntut hutangnya. Hai Umar, pergilah bersama dia ke tempat penyimpanan kurma, bayarlah hutang itu kepadanya dan tambahlah 20 gantang sebagai hadiah untuk menghilangkan rasa marahnya."

Setelah Umar membayar hutang itu dengan tambahan tersebut, lalu Zaid bin Sanah pun bertanya kepada Umar, "Kenapa ditambah hai Umar?" Berkata Umar, "Diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w tambahan ini sebagai imbangan kemarahan engkau."

"Hai Umar, kenalkah engkau siapa aku?" Tanya Zaid bin Sanah. "Tidak." Jawab Umar.

"Akulah Pendita Zaid bin Sanah."

"Engkau ini Pendita Zaid bin Sanah?" Tanya Umar agak terkejut. "Ya." Jawab Zaid bin Sanah ringkas.

"Kenapa engkau berlaku demikian rupa terhadap Rasulullah s.a.w? Engkau berlaku begitu kasar dan begitu menghina?" Tanya Umar lagi.

Zaid bin Sanah menjawab, "Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam kitab Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah itu. Selain dua perkara yang aku sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu bahawa perasaan santunnya selalu mengalahkan perasaan marahnya. Makin marah orang kepadanya, makin bertambah rasa kasih sayangnya terhadap orang yang marah itu.

Dengan kejadian itu hai Umar yang sengaja diatur, aku sudah tahu dan lihat sendiri kedua sifat itu terdapat pada diri Muhammad itu. Aku bersumpah di depanmu hai Umar, bahawa aku sungguh-sungguh suka dan redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan ikutanku."

Umar dan Zaid bin Sanah pun kembali mendapatkan Rasulullah s.a.w. Sebaik saja berhadapan dengan Rasulullah s.a.w, lalu berkata Zaid bin Sanah, "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan rasulNya."

Zaid bin Sanah turut berjuang dan bertempur bersama Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin hampir di setiap medan perang dan akhirnya mati syahid di medan Perang Tabuk.

Demikianlah caranya bagaimana Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi menganut Agama Islam , beriman dengan Rasulullah s.a.w dan bersumpah akan membela Islam sehingga akhir hayatnya.

Tuesday, February 21, 2012

10 Perang Amerika Syarikat Yang Dimulakan Dengan Pembohongan

Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.

Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.

Hasil perang yang diingini 'mereka'

1. Perang Vietnam (1964-1975)

Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.
Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.
Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.
K
esan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.


Kawasan semburan Agent Orange








Kecacatan genetik disebabkan Agent orange

2. Perang Grenada (1983)

Pembohongan Media : Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.
Analisis Perang : Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari awal.
Matlamat : Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang telah dibunuh). Reagan berkata 'Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih taman peribadi kita'.
Kesan : Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.

3. Perang Panama (1989)

Pembohongan Media : Pencerobohan oleh tentera marine Amerika Syarikat adalah dirancang untuk menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.
Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US

A
nalisis Perang : Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan. Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama..
Matlamat : Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).
Kesan : Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang diabaikan oleh media.

4. Perang Iraq (1991)

Pembohongan Media : Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).
Analisis Perang : Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill & Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar oleh Pemerintah Kuwait sendiri.
Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq

Matlamat : Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk mengekalkan dominasi Amerika Syarikat dan mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.
Kesan : Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama termasuk ubat-ubatan.

5. Perang Somalia (1993)

Pembohongan Media : Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di Somalia.
Analisis Perang : Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.
Matlamat : Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.




Kesan perang terhadap rakyat Somalia

Kesan : Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.

6. Perang Bosnia (1992 - 1995)
Tahanan perang Bosnia di Kem Manjaca

Pembohongan Media : Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan 'kem-kem penghapusan Serbia'.
Analisis Perang : Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia  Itzebegovic mengakuinya.
Matlamat : Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan jalan Balkan.
Kesan : Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).


Pembohongan Media : Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera Serbia.
Analisis Perang : Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi NATO.
Matlamat : Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi sebagai Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.
Kesan : 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan Kosovo yang dilindungi oleh NATO.



Pembohongan Media : Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.
Analisis Perang : Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.
Matlamat : Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.
Kesan : Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan penyeludupan.

9. Perang Iraq (2003)

Pembohongan Media : Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.

Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam

Matlamat : Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti Eropah, Jepun dan China.
Kesan : Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.


Pembohongan Media : Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan seorang diktator.
Analisis Perang : Chavez dijatuhkan kerana beliau seorang anti Semitik (anti yahudi).
Matlamat : Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.
Kesan : Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi, memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil bumi.

Kesimpulan

Bagaimanapun, setiap peperangan didahului dan dibenarkan oleh penipuan kempen media besar-besaran. Dan kita jauh daripada sumber cerita yang sebenarnya. Jangan kita mempercayai bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media. Kerana mereka sedang berurusniaga. Kekayaan dapat membeli 'cerita' dan didendangkan dengan menarik untuk tontonan semua.

Thursday, February 16, 2012

Solat Jumaat di Jalanan London

Jemaah solat Jumaat di jalanan London

‘Mekah’ di tengah-tengah London. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.

Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.

Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”, harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar.

”Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England,” tulisan the Daily Mail.

Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square, ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat. Kegiatan selama satu jam di tengah-tengah kawasan kewangan kota London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.

Pekerja yang memakai uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti Bangladesh tempatan. Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar Bentley dan kawasan letak kereta.

Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.

Islam semakin berkembang di Kota London

Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim yang bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang juga ingin menjalankan solat Jumaat. Dan ini menyebabkan jemaah solat Jumaat melimpah sehingga ke jalan.

“Keadaan ini semakin ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini” kata seorang pekerja yang masih memakai pakaian solat Jumaat. “Ramai orang yang terkejut ketika mereka datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka dapat melihat ramai orang yang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat betul-betul di tengah Kota London.

Penambahan umat Islam di Eropah menyebabkan banyak tempat-tempat ibadah seperti kuil yahudi dan gereja bertukar milik menjadi tempat ibadah bagi umat islam (kisahnya : klik sini)

Wednesday, February 15, 2012

Pembongkaran Konspirasi Pembunuhan Muammar Gaddafi

Muammar Gaddafi

Pemimpin Libya yang digelar "Iron Fist" Oleh pemimpin barat yang di kepalai oleh Obama telah pun 'terkorban' dalam peperangan yang berlarutan selama 8 bulan. 'Mayatnya' pula telah dimalukan di hadapan orang ramai dan di letakkan di dalam pasar raya. Muammar Gaddafi telah memerintah Libya selama 42 tahun tetapi inilah harga yang dibayar oleh NATO, UN terhadap beliau. Dan selama 42 tahun ini, sebahagian media barat telah mengecop Muammar Gaddafi adalah pemimpin Islam yang tidak membawa apa-apa kebaikan dan perubahan kepada rakyat Libya.

Amerika pula mahu menjadi hero, kononnya Amerika sahajalah negara yang mengaplikasikan demokrasi, negara Islam (kaya dengan minyak) semudahnya di label sarang pengganas. Inilah yang terjadi di Iraq dulu. Kuasa beralih tetapi kehidupan rakyat terus tertindas dan Islam makin ditinggalkan. Kita dimomokkan selama 42 tahun pemerintahan Muammar Gaddafi, beliau banyak melakukan pembunuhan, kaki perempuan dan diktator yang mempunyai kuasa veto. Betul ke semua ini?

Keluarga Muammar Gaddafi

Klik gambar untuk besarkan

Operasi Ketenteraan di Libya

Amerika Syarikat telah membelanjakan AS$550 juta (RM1.67 bilion) 31/3/20011. Sumber dari Jabatan Pertahanan Pentagon mengatakan bahawa 60 peratus daripada kos berkenaan adalah untuk peluru berpandu dan bom

Kanada, UK, Perancis dan Italy juga terlibat dalam pemberontakan di Libya

Kerajaan dan pihak pemberontak

Perbandingan Peperangan Iraq Vs Libya


Kepentingan Perang Iraq Dan Libya (Minyak Dan Emas)

Campur tangan NATO dalam konflik Libya hanyalah membawa kematian dan kemusnahan kepada Libya yang dahulunya sebuah negara yang aman dan mempunyai struktur pemerintahan yang kukuh. Libya telah mengesyorkan penarafan harga minyak yang adil di persidangan OPEC dan mereka menentang semua peraturan-peraturan dan undang - undang antarabangsa dunia barat. Muammar Gaddafi pernah mengoyakkan Buku Piagam PBB pada Perhimpunan Agong PBB yang ke 64. NATO tidak mempunyai hak untuk tampil sebagai "Polis Dunia" dan ' perang ' ini sudah menyalahi undang-undang antarabangsa. 

Muammar Gaddafi yang muncul pertama kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-64 setelah 40 tahun menolak untuk menghadirinya, mempamerkan ketegasan dengan menyelar badan dunia itu atas apa yang disifatkannya sebagai ketidakadilan dan berat sebelah. Pemimpin Libya itu mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menunjukkan aksi mengoyak buku piagam PBB dan kemudiannya melemparkan buku ke podium sebagai tanda protes terhadap kelemahan PBB. 

Lebih 1.7 juta rakyat Libya telah membantah terhadap pengeboman NATO. Kenapa rakyat Libya mahu kerajaan dan bank yang dikawal oleh golongan elit (keluarga Gaddafi)? Pada tahun 1951, Libya adalah negara paling miskin di dunia. Tetapi selepas pentadbiran Muammar Gaddafi selama 42 tahun ini yang mereka dapat

  1. Tidak ada bil elektrik di Libya. Elektrik adalah percuma untuk semua rakyat 
  2. Tidak ada faedah ke atas pinjaman, bank-bank di Libya adalah milik negara dan pinjaman yang diberikan kepada semua rakyat di 0%
  3. Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya. Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia, sedangkan dia isterinya dan ibunya masih tinggal di dalam khemah. 
  4. Semua yang baru berkahwin di Libya menerima Dinar $60,000 (US$ 50,000) oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka untuk membantu memulakan keluarga 
  5. Pendidikan dan rawatan perubatan percuma di Libya. Sebelum Gaddafi hanya 25 % Libya celik pendidikan. Hari ini, angka itu adalah 83% 
  6. Sekiranya Libya ingin mengambil pertanian sebagai kerjaya, mereka akan menerima tanah pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih dan ternakan untuk memulakan pertanian secara percuma.
  7. Jika Libya tidak dapat mencari kemudahan pendidikan atau perubatan yang mereka perlukan di Libya, dana kerajaan akan menaja sepenuhnya warga Libya ke luar negara kerana ia bukan sahaja percuma tetapi mereka mendapat tempat penginapan US$ 2,300 sebulan dan elaun kereta 
  8. Jika penduduk Libya membeli sebuah kereta, kerajaan akan subsidikan 50% daripada harga petrol
  9. Harga petrol di Libya ialah $0.14 (N22) per liter. 
  10. Libya tidak mempunyai hutang luar negeri dan jumlah rizabnya $150 bilion sekarang dibekukan di seluruh dunia 
  11. Jika penduduk Libya tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian, kerajaan akan membayar gaji purata profesion seolah-olah dia bekerja sehinggalah pekerjaan berjaya diperolehi. 
  12. Sebahagian jualan minyak Libya, dikreditkan terus ke akaun bank semua rakyat Libya.
  13. Seorang ibu yang melahirkan anak menerima AS$ 5,000 
  14. Gaddafi menjalankan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek "Great Man Made River", untuk membekalkan air sedia ada di seluruh negara padang pasir.

Penentangan Rakyat Libya Terhadap Pencerobohan dan Pengeboman NATO 

Gambar dibawah menunjukkan ramai yang menentang pencerobohan nato. Tetapi gambar ini jarang digembar-gemburkan. Sebaliknya gambar dan video penentang yang diulang berkali-kali.









Artikel akan datang, saya akan paparkan penipuan-penipuan media antarabangsa dalam mencipta 'cerita' pencerobohan Libya dan kematian Ghadaffi ini.