Kota Peninggalan Kaum Tsamud

>> Thursday, January 19, 2012

Peninggalan Kota Samud yang dapat dilihat hingga kini

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan. 
Surah al-A’raaf ayat 74

Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.

Lokasi kota tsamud (Mada'in Salih)

Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul
Surah al-Hijr ayat 81 

Mukjizat Nabi Saleh

Seorang nabi telah diutuskan kepada kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59,

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.
Surah al-Israa ayat 59

Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah swt dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.

Tidak Mengendahkan Seruan Nabi Saleh As

Miskipun demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.” 
(surah al-A’raaf: 75-79)

Azab Allah Swt Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur

Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan. 
Surah as-Fushsilat ayat 17

Berikut adalah bukti tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu
Surah at-Thalaq ayat 10

Bangunan tersergam indah diukir pada gunung.

Sesalur dan mungkin ia adalah sistem peparitan

Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.

Bangunan yang tinggal untuk umat hari ini menghayati.

Sebuah bangunan yang dipahat daripada gunung.

Tempat tinggal mereka turut dipahat daripada gunung.

Sebuah pintu diukir pada gunung.

Lihatlah keunggulan mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan bangunan.

Sebuah bangunan berdiri secara bersendirian di lembah padang pasir yang tandus.

Sebuah gunung ditebuk.

Kecantikan dan kehalusan ukiran namun mereka sombong dengan pencapaian mereka.

Deretan gunung ditebuk untuk dijadikan bangunan.

Kehebatan mereka sangat mengagumkan.

Gerbang kota Petra.

Rangka Ratu Puabi, ratu kaum Tsamud.

Makam nabi Saleh as.

Kota ini pernah didiami dan manjadi bukti azab yang mereka terima akibat keangkuhan mereka.

Ukiran timbul sebuah patung.

22 comments:

Anonymous January 19, 2012 at 12:58 PM  

Salam...mungkin lepas ni saudara bleh highlightkan cerita mengenai HAARP - rancangan jahat Illuminati utk mengkucar kacirkan dunia...

Zharif Alimin January 19, 2012 at 2:03 PM  

InsyaAllah saya akan utarakan mengenai HAARP

Nur January 19, 2012 at 3:28 PM  

dulu cerita HAARP ni ada dalam blog mistisfiles.. tapi srkg mereka katanya sedang 'berehat'.. blog pun ditutup sementara waktu.

harap tuan boleh ulas topik Planet Keppler yang dikatakan akan menjadi bumi ke 2 umat manusia nanti.

adakah ia satu kemungkinan?

Nur January 19, 2012 at 3:31 PM  

sedikit yang saya ingat tentang projek HAARP dari blog mistisfiles:

1. ia adalah satu projek yang berkait rapa dengan pengawalan cuaca di muka bumi.

2. dengan ini, mana2 tempat di bumi boleh mengalami perubahan cuaca secara mendadak sprt; ribut tiba2, salji turun tiba2, panas kedengkang yang tiba2.

3. ia berkait rapat dengan agenda dajal yang ingin menjadi 'tuhan' manusia dan meyakinkan manusia bhw dia mampu menurunkan hujan di mana dia suka, kemarau di mana dia suka dan salji di mana dia suka.

sekian.

Zharif Alimin January 20, 2012 at 3:14 PM  

Terima ksih nur bagi penerangan ringkas. Saya baru je tahu pasal HAARP ni. lps ni sy akan kuarkan artikel pasal HAARP dan Keppler.

Terima kasih bg cdngan :)

senior syahmie January 21, 2012 at 10:00 PM  

Baguslah lah kalau macam tu....

Anonymous January 22, 2012 at 10:02 PM  

Salam...dlm internet ada mengatakan HAARP ni penyebab gempa bumi yg berlaku di jepun, haiti & banyak lg tempat..terdapat bukti bergambar terdapat cahaya pelik di langit sebelum gempa di jepun..
baru2 ni juga kecoh bunyi pelik di langit di beberapa kawasan di dunia termasuk di kota samarahan sarawak..
ni salah satu link menarik mengenai HAARP
http://www.youtube.com/watch?v=OcHPAR_5TEc&feature=youtu.be

Nur January 27, 2012 at 11:53 AM  

HAARP ni dulu byk dihuraikan dalam blog mistisfiles tp tuan blog tutup buat sementara waktu katanya. sape yg dapat baca sblm ditutup tu kira bertuah. amat panjang lebar penjelasannya.

tuan, pasal keppler tu bukan apa, ia berkait rapat sebab puak2 kafirun ni sebok sangat dgn kiamat (kehancuran bumi) kiranya lepas 'kiamat' mereka nak lari kt planet lain.. sebenarnya soalan ni lebih sesuai diajukan pada tuan blog mistisfiles, tapi taktau camne nk hubungi.

sebab tu mereka taksub sangat dengan mencari 'penempatan baru'.

hisham February 18, 2012 at 2:24 PM  

Mohon utk copy paste dlm blog saya.

symarip February 26, 2012 at 8:34 PM  

srikandi 'mistisfiles' bercuti kot..sampai la nie tutup x bukak2..cuma tertulis just invited only..

kitoma December 28, 2012 at 9:48 AM  

Sungguh mengagumkan kehebatan kaum ini...

indah February 18, 2013 at 9:42 PM  

Wah artikelnya lengkap! Keep writing.. :D

Unknown June 6, 2013 at 1:51 AM  

Asalamualaikum. T.ksh jln cerita yg dan gambar yg mantap. Semoga Allah mengilhamkan anda akan cerita yg lain juga insyallah.

Museum Biografi December 26, 2013 at 12:12 AM  

sayangnya pemerintah saudi melarang untuk menjadikan madain saleh sebagai tempat bersejarah yang layak dikunjungi, kalau di indonesia mungkin sudah dijadikan museum sejarah

Abdul Kholiq December 26, 2013 at 12:14 AM  

masih otentik dan original peninggalan bersejarah dari kaum tsamud, aku belum pernah kesana

Cara Mengobati Gondok Secara Alami Tanpa Operasi August 8, 2015 at 2:55 PM  

keren banget peninggalan zaman dulu yang bersejarah ini.

Anonymous April 8, 2016 at 10:50 PM  

salam.Larangan tersebut berkaitan Hadith Nabi yg melarang Umat Islam menziarahi tempat yg pernah diturunkan azab Allah.Laut Mati pun termasuk dalam larangan sebenarnya

Unknown June 19, 2017 at 5:10 AM  

Saudara boleh mengikuti ceramah drpda ustaz auni.. dalam fc beliau Abu khadijah Studio. Ustaz auni ada mnceritakn tntang Haarp. Tq

Unknown June 19, 2017 at 5:12 AM  

Ustaz Aumi mohamad ada menceritakn ttg projek blue beam Haarp ni semua.. dlm youbue dan facebook=Abu khadijah Studio

Agentmaid Tony November 14, 2018 at 2:31 PM  

Kepler is a retired space observatory launched by NASA to discover Earth-size planets orbiting other stars.[6][7] Named after astronomer Johannes Kepler,[8] the spacecraft was launched on March 7, 2009,[9] into an Earth-trailing heliocentric orbit. The principal investigator was William J. Borucki. After nine years of operation, the telescope's reaction control system fuel was depleted, and NASA announced its retirement on October 30, 2018.[10][11]
https://en.wikipedia.org/wiki/File:Kepler_spacecraft_artist_render_(crop).jpg

Eitanita November 3, 2020 at 4:49 PM  

Ada tak gambar-gambar di dalam bangunan tu?

Anonymous November 18, 2024 at 9:32 AM  

Gambar apa??

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP