Thursday, December 29, 2011

Yahudi di Asia Timur : Yahadut Mizrah

Kaifeng Jews sedang membaca Torah melalui 'Chair Of Moses'

Barangkali tidak ramai yang tahu mengenai kisah ini meskipun terdapat banyak rekod sejarah yang menunjukkan kemasukan bangsa Yahudi ke dalam kelompok masyarakat Asia melalui proses asimilasi. Tetapi ada juga yang sudah lama tahu mengenai perkara ini.

Asimilasi merujuk kepada proses perkembangan sesebuah bangsa yang berkembang melalui perkahwinan (hubungan seksual) sesuatu bangsa itu dengan bangsa asal di sesebuah wilayah yang mereka duduki atau menumpang. Hasil daripada asimilasi, budaya dan sikap bangsa yang berasimilasi dengan bangsa asal di sesebuah wilayah itu akan diwariskan kepada anak-anak mereka yang lahir daripada perkahwinan campur itu. Contohnya ialah bangsa Eropah (Portugis) yang berasimilasi dengan bangsa Melayu yang seterusnya melahirkan bangsa Serani (Eurasia) seperti yang terdapat di Melaka hari ini.

Bangsa Serani hasil dari asimilasi

Sejarah perjalanan bangsa Yahudi telah direkodkan dalam banyak jenis rekod termasuk teks. Ia termasuk rekod dalam kitab-kitab suci mereka sendiri dan juga rekod-rekod sejarah moden yang ada pada hari ini. Perjalanan bangsa Yahudi adalah satu catatan sejarah yang panjang dan kompleks, sebahagiannya pula adalah sejarah yang terahsia.

Di Ethopia sebagai contoh (sekitar sebelum tahun 500 Masihi), bangsa Yahudi telah berasimilasi dengan bangsa Ethopia dan melahirkan anak-anak kacukan yang menjadi bangsa Yahudi berkulit hitam (Black Jews). Kemudian selepas era moden, bangsa Black Jews itu pula berhijrah ke Eropah serta Amerika dan berasimilasi pula dengan orang kulit putih di sana dan melahirkan Mulatto Jewish. Malah di Jamaica, bilangan Black Jewish di sana sangat ramai dan mereka mula menyesatkan orang kulit hitamJ amaica dengan munculnya agama Rastafarian yang berkiblatkan Bukit Zion.

Marcus Garvey, pengasas Rastafarian

Bukit Zion yang menjadi kiblat kepada penganut Rastafarian

Cukup dengan memandang asimilasi Yahudi dengan bangsa-bangsa lain di dunia bahagian sebelah sana. Ia hanya sekadar untuk memperlihatkan kepada anda mengenai kewujudan bangsa-bangsa yang terlahir daripada darah Yahudi yang dikesankan daripada perkahwinan antara bangsa Yahudi dengan bangsa lain.

Orang Yahudi memberi banyak gelaran kepada ‘bangsa-bangsa baru’ yang lahir daripada darah mereka. Mereka juga telah lama hadir ke daerah Asia untuk melahirkan bangsa-bangsa baru ini. Bangsa-bangsa baru berdarah Yahudi itu pula mewarisi sikap mereka yang mengejar keuntungan dunia dan sebagai musuh kepada Islam. Antara bangsa baru berdarah Yahudi di Asia yang mereka beri nama ialah bangsa Yahadut Mizrah (atau dikenali sebagai Kaifang Jews). Mereka menamakan keturunan campuran mereka di salah sebuah wilayah di Asia sebagai Yahadut Mizrah.

Kaifang Jews (gambar diambil lewat abad ke-19 atau mungkin awal abad ke-20)

Malah, bangsa Yahadut Mizrah ini menggelar diri mereka sebagai Youtai yang bermaksud ‘dari Judah’ iaitu dari sebuah nama wilayah bersejarah bagi bangsa Yahudi di Asia Barat. Resam dan sikap Yahudi sangat menebal dalam diri bangsa Yahadut Mizrah, seluruh jiwa dan raga mereka seluruhnya tertumpu kepada bangsa teras mereka iaitu Yahudi.

Peta bandar Kaifeng pada tahun 1910 yang menunjukkan lokasi Kaifeng Synagogue (tempat beribadah orang Yahudi)

Kaifeng Synagogue terletak di hujung bangunan sebelah kanan

Model Kaifeng Synagogue yang terletak di Muzium Diaspora, Tel-Aviv, Israel

Dalam meniti pengertian Yahudi, kita harus merujuk kepada faktor. Bukan semua Yahudi itu Zionis. Wujud dua golongan Yahudi iaitu Yahudi Lama dan Yahudi Baru. Walaupun diberi nama Yahudi Baru, mereka sebenarnya adalah Yahudi yang tidak bercampur darah dengan bangsa-bangsa lain. Mereka masih berdarah teras yang tidak bercampur genetik dengan bangsa-bangsa lain.

Yahudi Lama merujuk kepada Yahudi yang berpegang kepada ajaran agama asal mereka dan menolak Zionisme, manakala Yahudi Baru pula merujuk kepada Yahudi yang sekular di bawah idea Zionis.

Meskipun berpegang kepada ajaran asal agama mereka, golongan Yahudi Lama bagaimanapun masih tebal terhadap sikap ‘ethnocentrism’ yang mahu bangsa mereka terpusat sekitar sesama mereka sahaja. Ia juga bermaksud mereka masih setia dalam menjunjung ketinggian bangsa mereka melebihi bangsa-bangsa lain meskipun mereka berpegang kepada ajaran lama.

S
aksikan dokumentari pendek mengenai Kaifeng Jews di bawah



Golongan Yahudi Baru yang menganut fahaman Zionism bagaimanapun menjunjung cita-cita untuk memperluaskan fahaman mereka ke serata dunia dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa bertegang urat dengan golongan Yahudi Lama dalam soal prinsip kebangsaan mereka.

Ia termasuk dengan berasimilasi bersama bangsa-bangsa lain di seluruh dunia supaya dapat membantu mereka menjayakan cita-cita besar gagasan Zionis di Asia Barat dan seluruh dunia. Golongan ini adalah golongan Yahudi yang sekular dan amat serius dalam memastikan cita-cita besar mereka itu tercapai.

Dalam lipatan sejarah di Asia, golongan Yahudi dikesan masuk secara besar-besaran ke wilayah timur Asia bermula pada sekitar tahun 960 Masihi iaitu beberapa ratus tahun selepas sejarah perselerakan bangsa Yahudi akibat berperang dengan Rom. Mereka kemudian hidup di wilayah-wilayah asing dan berasimilasi dengan bangsa-bangsa lain.

Bangsa baru hasil asimilasi (Yahadut Mizrahi) itu kemudian berterusan berkembang di seluruh pelosok Asia dan menyusup masuk ke dalam bangsa-bangsa Asia sehingga ke zaman gemilang mereka menguasai dunia pada sekitar tahun 1100 Masihi dan permulaan tahun 1162 hingga 1127 Masihi pula menyaksikan bangsa campuran Yahudi itu menguasai sebahagian besar dunia. Ia ada tercatat dalam sejarah.

Wisnu Sasongko atau nama penanya Muhammad Alexandar

Melalui kajian sejarah yang dilakukan secara kritikal oleh Wisnu Sasongko (pengkaji dari Indonesia), bangsa Scythia dikenalpasti sebagai bangsa Yakjuj dan Makjuj (Gog Magog) yang disebut dalam al-Quran. Bangsa Scythia yang dikenalpasti sebagai Yakjuj dan Makjuj itu juga dibuktikan oleh Wisnu melalui banyak keterangan teks sejarah serta keterangan-keterangan yang membawa bukti itu kepada jawapan bahawa Scythia itu adalah bangsa Yakjuj dan Makjuj. Malah, Wisnu juga berjaya mengaitkan perkaitan perjalanan bangsa Yahudi yang mempunyai pertalian dengan bangsa Scythia serta Yakjuj Makjuj Asiatic.

Lokasi bangsa Scythia

Keterangan-keterangan itu membawa kita kepada jawapan bahawa bangsa Scythia adalah bangsa pecahan daripada Yahudi. Ketika keterangan sejarah merekodkan kekalahan Scythia dalam satu episod serang balas, keterangan itu juga membawa kita kepada keterangan lain bahawa bangsa Scythia yang merupakan bangsa pecahan daripada Yahudi itu telah berhijrah ke Eropah dan sebahagian Asia. Ia juga ada direkodkan dalam sejarah.

Maka dengan itu, bangsa terbitan Yahudi yang disebut oleh orang Yahudi sendiri sebagai Yahadut Mizrah memang wujud di Asia sejak bangsa Yakjuj dan Makjuj melarikan diri ke Asia. Teras genetik Yahudi dari kalangan Scythia berasimilasi dengan bangsa Asia, lalu menghasilkan anak-anak bangsa baru yang disebut Yahadut Mizrah sehingga mencipta gelombang kedua keganasan Yakjuj dan Makjuj di muka bumi.

Persamaan yang terdapat di kalangan sikap Yahudi (golongan Yahudi Baru) sehingga hari ini ialah suka bergerak ke seluruh dunia, ada yang memanggil gelagat itu sebagai nomad yang merujuk kepada cara hidup berpindah-randah mengikut resam kuno.

Sama juga seperti bangsa Scythia yang hidup secara nomad, sama juga seperti Yahadut Mizrah yang suka bergerak ke serata dunia untuk mencari peluang mencipta kekayaan bagi keuntungan teras bangsa mereka. Gelagat hidup berpindah randah adalah salah satu daripada sikap bangsa Yahudi yang sentiasa wujud di setiap pelosok dunia.

Warisan bangsa teras itu bukan hanya dari segi ideologi ‘ethnocentrism’ yang berkiblatkan sanjungan tinggi kepada bangsa mereka, malah meliputi cara hidup berpindah-randah untuk membina komuniti mereka di serata dunia demi menjunjung cita-cita dan ideologi bahawa bangsa mereka akan menguasai dunia apabila masa sudah tiba.

Komuniti-komuniti mereka wujud di serata dunia, menjadi satu kelompok masyarakat yang mempunyai kuasa ekonomi. Apabila komuniti-komuniti itu dihitung dari seluruh pelosok dunia, maka akan terbentuk satu gambaran jelas bahawa golongan mereka sebenarnya sudah besar di dunia ini. Mereka adalah golongan bangsa yang kelihatan seperti bangsa yang tidak mempunyai rupa seorang Yahudi, tetapi sebenarnya mereka mempunyai darah Yahudi serta menjunjung tinggi cita-cita Yahudi secara bersungguh-sungguh dan mereka wujud di setiap pelosok dunia.

Ketahuilah bahawa ada usaha untuk memadam sejarah perjalanan bangsa Yahudi sehingga lahirnya Yahadut Mizrah di Timur ini. Namun, sejarah itu tetap sejarah dan jangan lagi buta terhadap sejarah. Kenali sejarah dan kajilah sejarah, kenalilah musuh kamu dan kajilah musuh kamu. Ia kerana musuh kamu sedang berselindung di sebalik tirai sejarah.

S
aksikan dokumentari TV Jerman mengenai Kaifeng Jews di Israel

Tuesday, December 27, 2011

Merry Christmas Bukan Hari Kelahiran Jesus Tetapi Hari Memperingati Berhala

Tulisan ini bukanlah untuk mengajak pembaca merayakan perayaan natal (krismas), tetapi untuk memberikan pengetahuan dan fakta di sebalik natal, sebagai umat Islam kita semua meyakini tentang Nabi Isa 'alaihissalam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Umat ​​kristian percaya bahawa 25 Disember adalah tanggal hari kelahiran Jesus (dalam keyakinan umat Islam adalah Nabi Isa 'alaihissalam). Adakah benar dakwaan itu?. Adakah natal adalah ajaran yang dinyatakan di dalam Bible?

Sejarah Krismas

Kata Christmas (Natal) bermaksud  Mass of Christ atau disingkat Christ-Mass, sebagai hari untuk merayakan kelahiran "Jesus". Perayaan yang disambut oleh sesetengah bukan Kristian dan semua orang Kristian ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Katolik Rom. Tetapi dari manakah mereka mendapatkan ajaran itu? Krismas bukan dari ajaran Bible (Alkitab) dan Jesus tidak pernah memerintahkan umat Kristian untuk merayakannya. Sebenarnya perayaan yang terkandung di dalam ajaran Kristian Katolik Rom pada abad ke-4 ini berasal dari upacara adat masyarakat penyembah berhala.

Kerana perayaan Krismas yang diadakan di seluruh dunia ini berasal dari Katolik Rom, dan tidak mempunyai dasar dari kitab suci, maka marilah kita melihat penjelasan dari Katolik Rom dalam Catholic Encyclopedia, edisi 1911, dengan judul: Christmas. Anda akan menemui ayat yang dinyatakan seperti di bawah: :

"Christmas was not among the earliest festivals of Church ... the first evidence of the feast is from Egypt . Pagan customs centering around the January calends gravitated to Christmas ".

Maksudnya: "Krismas bukanlah upacara Gereja yang pertama .... Upacara ini dipercayai berasal dari Mesir. Perayaan yang diadakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari ".

Populariti Santa Claus mendominasi Hari Krismas melebihi kisah Jesus


Dalam Ensiklopedia itu juga menyatakan di dalam judul Christmas Day, Paderi Katolik pertama mengakui bahawa:

"In the Scriptures, no one is recorded to have kept a feast or held a great banquet on his birthday. It is only sinners (like Pharaoh and Herod) who make great rejoicings over the day in which they were born into this world " .

Bermaksud: "Di dalam kitab suci, tidak ada seorang pun yang mengadakan upacara atau mengadakan perayaan untuk merayakan hari kelahiran Jesus. Hanya orang-orang kafir (seperti Firaun dan Herodes) yang berpesta merayakan hari kelahirannya di dunia ini ".

Encyclopedia Britanica terbitan tahun 1946 menjelaskan seperti berikut:

"Christmas was not among the earliest festival of the church .... It was not instituted by Christ or the apostles, or by Bible authority, it was picked up afterward from paganism ".

Bermaksud: "Krismas bukanlah upacara gereja abad pertama. Perkara ini tidak pernah diajarkan oleh Jesus, dikalangan muridnya, ataupun Bible. Upacara ini diambil oleh gereja dari kepercayaan penyembah berhala".

Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 juga menyatakan hal yang sama:

"Christmas .... It was, according to many authorities, not celebrated in the first centuries of the Christian church, as the Christian usage in general was to celebrate the death of remarkable persons rather than their birth ... "(The" Communion ", which is instituted by New testament Bible authority, is a memorial of the death of Christ). "... A feast was established in memory of this event [Christ 's birth] in the fourth century . In the fifth century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the birth of Sol , as no certain knowledge of the da of Christ 's birth existed ".

Maksudnya: "Menurut kebanyakan pakar sejarah Kristian, Krismas tidak pernah dirayakan oleh gereja Kristian pada awal abad. Secara umumnya, umat Kristian hanya merayakan hari kematian orang-orang terkemuka sahaja, dan tidak pernah merayakan hari kelahrian orang tersebut ... ". ("Perjamuan Suci" yang tertera di dalam Kitab Perjanjian Baru, hanyalah untuk mengenang hari kematian Jesus). "... Perayaan Krismas yang dianggap sebagai hari kelahiran Jesus, mula dirayakan pada abad keempat Masihi. Pada abad kelima Masihi, Gereja Barat memerintahkan umat Kristian untuk merayakan hari kelahiran Jesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Rom yang merayakan hari Kelahiran Sol (Dewa Matahari). Ini disebabkan tidak ada seorang pun yang mengetahui hari kelahiran Jesus ".

Fakta sejarah telah mendedahkan kepada kita bahawa mulai lahirnya gereja Kristian pertama sehinggalah dua atau tiga ratus tahun kemudian, upacara Krismas tidak pernah disambut dan dirayakan oleh umat Kristian. Baru setelah abad keempat, perayaan ini mula dirayakan oleh orang-orang Kristian Barat, Kristian Rom, dan Gereja. Menjelang abad kelima, Gereja Rom memerintahkan untuk merayakan sebagai hari raya umat Kristian yang rasmi.

Jesus Tidak Lahir Pada Tarikh 25 Disember

Sungguh sangat mustahil jika Jesus dilahirkan pada musim sejuk (Di wilayah Yudea, setiap bulan Disember adalah musim hujan dan suhunya sangat sejuk). Injil Lukas 2:11 menceritakan suasana di saat kelahiran Jesus:

"Di kawasan itu terdapat gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternakan mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan berdekatan dengan mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan. Lalu kata malaikat itu kepada mereka: "Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kegembiraan yang besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu penyelamat, iaitu Kristus, di bandar Daud".

Lokasi Yudea (Judaea)


Tidak mungkin para penggembala itu berada di padang Yudea pada bulan Disember. Kebiasaannya mereka melepaskan binatang ternakan ke padang dan lereng-lereng gunung. Paling lambat ternakan tersebut dimasukkan ke dalam kandang untuk mengelakkan hujan dan cuaca sejuk ialah pada 15 Oktober. Bible sendiri dalam Perjanjian Lama, kitab Kidung Agung 2 dan Ezra 10:9,13 menjelaskan bahawa bila musim sejuk tiba, tidak mungkin para gembala dan ternakannya berada di padang terbuka pada malam hari.

Cuaca di Jerusalem (terletak di dalam kawasan Yudea)


Salji di Jurusalem pada bulan Disember (Berlaku walaupun tidak kerap)


Adam Clarke berkata:

"It was an ancient custom among Jews of those days to send out their sheep to the field and desert about Passover (early spring), and bring them home at commencement of the first rain" [Adam Clarke Commentary, Vol. 5, Page 370, New York].

Maksudnya: "Adalah kebiasaan sejak dari dahulu lagi, orang-orang Yahudi menggiringi kambing-kambing mereka ke padang menjelang Paskah (awal musim bunga), dan membawanya pulang pada permulaan hujan pertama".

Adam Clarke meneruskan:

"During the time they were out, the shepherds watch them night and day. As .... The first rain began early in the month of Marcheshvan, which answers to part of our October and November (begins sometimes in October), we find that the sheep were kept out in the open country during the whole summer. And, as these shepherd had not yet brought home their flocks, it is presumptive argument that October had not yet commenced, and that, consequently, our Lord was not born on the 25th of December, when no flock were out in the fields; nor could He have been born later than September, as the flocks were still in the fields by night. On this very ground, the Nativity in December should be given up".

Maksudnya: "Semasa kambing-kambing berada di luar, penggembala akan mengawasinya siang dan malam. Apabila hujan pertama mulai turun pada bulan Marchesvan (antara bulan Oktober dan November), ternakan-ternakan itu mula dimasukkan ke dalam kandangnya. Kita mengetahui bahawa kambing-kambing itu dilepaskan di padang terbuka semasa musim panas. Disebabkan para penggembala belum membawa pulang kambing-kambingnya, ini menunjukkan bulan Oktober belum tiba. Disini dapat disimpulkan bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember, ketika tidak ada kambing ternakan yang berkeliaran di padang yang terbuka. Juga tidak mungkin beliau dilahirkan  selepas bulan September kerana di bulan September inilah kambing-kambing masih berada di padang waktu malam. Dari pelbagai bukti yang ada, kemungkinan beliau lahir di bulan Disember amatlah mustahil.

Kambing-kambing meragut di padang pada musim panas


Dalam ensiklopedia yang bertaburan di seluruh dunia mahupun di laman-laman web dan dalam kitab suci Kristian sendiri mengatakan kepada kita bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember. Catholic Encyclopdia sendiri secara tegas dan terang-terangan mengakui fakta ini.

Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah hari kelahiran Isa yang sebenarnya. Jika kita meneliti dari bukti-bukti sejarah dan kitab suci Kristian sendiri, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Jesus lahir pada awal musim gugur (yang dianggarkan jatuh pada bulan September), atau sekitar 6 bulan selepas hari Paskah.

Jika Tuhan menghendaki kita untuk mengingat-ingat dan merayakan hari kelahiran Jesus, nescaya Dia tidak akan menyembunyikan hari kelahirannya.

Proses Krismas Masuk ke Gereja

New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge dalam artikelnya yang bertajuk "Christmas "menghuraikan dengan jelas seperti berikut:

"How much the date of the festival depended upon the pagan Brumalia (Dec. 25) following the Saturnalia (Dec. 17-24), and celebrating the shortest day of the year and 'the new sun' ... can not be accurately determined. The pagan Saturnalia and Brumalia were too deeply entrenched in popular custom to be set aside by Christian influence ... The pagan festival with its riot and marrymaking was so popular that Christians were glad of an excuse to continue its celebration with little change in spirit and in manner . Christian preachers of the West and the Near East protested against the unseemly frivolity with which Christ 's birthday was celebrated, while Christians of Mesopotamia accused their Western brethren of idolatry and sun worship for adopting as Christian this pagan festival".

Maksudnya: "Sunguh banyak tarikh perayaan yang berkaitan pada kepercayaan pagan dan penyembah berhala Brumalia (25 Disember) sebagai lanjutan dari perayaan Saturnalia (17-24 Disember), dan perayaan menjelang akhir tahun, serta perayaan menyambut kelahiran matahari baru .... Tidak dapat ditentukan secara pasti (jumlahnya). Adat kepercayaan pagan Brumalia dan Saturnalia sudah berakar dan popular dalam adat istiadat masyarakat ketika itu dan telah diambil oleh Kristian. Perayaan ini dirayakan oleh Kristian dengan mengubah sedikit tata caranya. Para paderi Kristian di Barat dan Timur menentang perayaan kelahiran Jesus ini yang meniru agama berhala ini. Di samping itu, Kristian Mesopotamia menuding jari kepada Kristian Barat yang telah menerima model penyembahan terhadap dewa Matahari".

Menjelang abad pertama hingga abad keempat Masihi, dunia dikuasai oleh empayar Rom yang mengamalkan dan mempercayai agama Pagan. Sejak agama Kristian masih di awalan sehinggakan berkembang pesat, para pemeluknya diseksa oleh penguasa Rom. Setelah Constantine menaiki tahta menjadi maharaja, kemudian memeluk agama Kristian pada abad keempat Masihi, dan meletakkan agama sejajar dengan agama pagan Rom, rakyat Rom beramai-ramai memeluk agama Kristian.

Constantine I


Disebabkan mereka sudah terbiasa meraikan hari kelahiran dewa-dewa pada 25 Disember, menyebabkan adat tersebut sukar dibuang. Perayaan ini adalah pesta yang penuh dengan kemeriahan dan sangat disukai oleh rakyat. Mereka tidak mahu kehilangan hari kegembiraan seperti itu. Oleh kerana itu, walaupun sudah memeluk agama Kristian, mereka tetap memelihara upacara adat itu. Di dalam artikel yang sama, New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge menjelaskan bagaimana maharaja Constantine tetap merayakan hari "Sunday" sebagai hari kelahiran dewa matahari. Dan bagaimana pengaruh kepercayaan kafir Manichaeisme yang menyamakan sifat Anak Tuhan (Jesus) dengan Sun Gods. Kemudian pada abad keempat masihi, kepercayaan itu telah memasuki ke dalam agama Kristian. Sehingga perayaan hari kelahiran Sun-God (Dewa Matahari) yang jatuh pada tarikh 25 Disember, dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Jesus).

Demikianlah asal-usul "Christmas" atau Krismas yang diciptakan oleh dunia barat dan dirayakan sehingga sekarang. Walaupun namanya ditukar menjadi selain Sun-Day, Son of God, Christmas, dan Krismas, pada hakikatnya tujuannya tetap sama iaitu meraikan hari kelahiran dewa matahari. Sebagai contoh, kita boleh menamakan arnab dengan nama singa, tetapi fizikalnya tetap arnab.

source: The Plain Truth About Christmas oleh Herbert W. Armstrong (1892-1986 - Worldwide Church of God, California USA 1984).

Wednesday, December 21, 2011

Cahaya Islam Bersinar Di Korea Selatan


Dicatatkan oleh: Dr. Zainur Rashid

Salam
 Doktor. Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini. Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di dunia

Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Seoul Central Mosque, Itaewon

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di tengah-tengah ibu kota Korea ini.

Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid. Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan.

Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque

Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea, ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan, Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.

Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.

Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih Islam sebagai agama mereka.

Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini, kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan Korea Selatan.

Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam. Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.

Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.

Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh Korean Muslim Federation (KMF) yang telah ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.

Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea

Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya memeluk Islam. Melalui kelas pengajian ‘What Is Islam? yang dijalankan di Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150 orang memeluk Islam pada setiap tahun.


Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan Gwangju (2005).

Masjid di Pusan

Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.

Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat, lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.

KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea Selatan.

Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama

Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja, makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.

Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka. Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

Kadar bunuh diri tertinggi di dunia

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya, kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.

Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam semakin berkembang di bumi Sonata ini.

Anak muda Korea membaca al Quran


Islam di Korea


Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar.

Salam perjuangan

Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam

Monday, December 19, 2011

Berkhatan Elak Kanser Serviks

Lelaki bukan Islam digalakkan untuk berkhatan bagi mengelakkan risiko pasangan mereka dijangkiti kanser serviks. Amalan itu terbukti berkesan melalui satu kajian terhadap lelaki Yahudi yang berkhatan.

Kajian tersebut mendapati pasangan lelaki Yahudi tidak dijangkiti kanser berkenaan. Selain aktiviti sosial, faktor lain yang menyumbang terhadap kanser tersebut ialah merokok dan jangkitan virus Human Papilloma (HPV).

Virus Human Papilloma (HPV)

Bagi mengelakkannya, pelalian HPV boleh dilakukan kepada lelaki terutama bagi yang terdedah dengan aktiviti seks seawal 15 tahun. Bagaimanapun, mereka disaran untuk berkhatan bukan sahaja mengelakkan jangkitan kanser serviks malah mengekalkan faktor kesihatan yang lain.

Kajian juga menunjukkan remaja berusia 10 hingga 15 tahun kurang terdedah kepada ancaman penyakit itu selain berada pada tahap imunisasi yang tinggi. Pada usia tersebut remaja perempuan masih lagi dianggap belum terdedah dengan hubungan seksual dan risiko jangkitan HPV.

Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins juga membuat kajian dan mendapati pasangan lelaki berkhatan mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah daripada biasa.

Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.

Dr Maria Wawer

“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan."

Mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita dijangkiti HPV yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami masing-masing.

Selepas dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki berkhatan dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat kanser serviks. Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah sama pada dubur, zakar, kepala dan leher.

Berkhatan Dalam Islam

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Yahudi juga mengamalkan berkhatan

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin', kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Mencegah lebih diutamakan di dalam Islam berbanding merawat. Indahnya Islam.

Friday, December 16, 2011

Kisah Mualaf Dan Daging Babi

Aliya bersama dengan keluarganya


Pengalaman Dan Coretan Aliya (Mualaf)

"Babi sedapkah?"
"Apa rasanya?"
"Mengapa orang Cina suka makan daging babi?"

Apabila saya menceritakan kepada suami cara memasak 'Tao-Yu Bak' (Daging Babi masak kicap), resipi yang diwarisi daripada nenek saya, wajahnya akan berubah, geli gelaman dan loya. Biasalah orang Melayu, dibesarkan dari kecil untuk membenci babi. Tapi bagi saya yang hidup makan daging babi selama lebih 3 dekad, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sudah tahu tekstur daging itu, dan sudah boleh bezakannya daripada daging ayam serta lembu.

Setiap kali juga, apabila ditujukan soalan tentang pemakanan daging ini oleh mereka yang baru memeluk Islam kepada mereka yang lahir Islam, kebiasaannya akan disuruh elak. Haram makan makanan tidak halal. Dosa besar.

Tapi bagaimana nak elak makan sekiranya mualaf itu masih tinggal dan bergantung kepada keluarganya yang bukan Islam, serta sudah menjadi kebiasaan makan bersama? Nak makan daging? Daging bagi keluarga Cina dan Hindu adalah daging babi, bukan daging lembu. Mana boleh makan, haram. Nak makan ayam yang tidak disembelih cara Islam, haram juga. 

Habis nak makan apa? Ikan? Tapi.. kata ustaz kalau makanan dimasak dalam periuk atau kuali yang tidak disamak tetap haram hukumnya. Tidak boleh dimakan.

Tao-Yu Bak


Habis, nak makan apa? 

Ahhh, dilema yang dihadapi ramai mualaf yang masih belum mengkhabarkan pengislaman mereka kepada keluarga masing-masing. 

Mengapa belum?

Kerana kebanyakan mereka golongan pelajar sekolah dan kolej, mahasiswa, atau yang tidak ada pendapatan tetap atau kediaman lain. Mereka yang bergantung kepada keluarga untuk sara hidup, pendidikan dan tempat perlindungan.

Bila mereka nak beritahu keluarga bahawa mereka dah Islam?

Entah, mereka masih mencari jalan. Masih berikhtiar untuk menyampaikan berita tersebut dengan lembut. Kerana tahu bahawa kelaurga tidak akan merestui pengislaman mereka.

Perlu mengambil masa, agar tidak terputus hubungan kekeluargaan. Agar ibu bapa yang sudah tua dan uzur tidak diserang sakit tenat akibat terkejut dan sakit hati dengan berita tergempar itu. 

Tapi bagaimana mereka nak hidup sebagai orang Islam kalau belum beritahu keluarga? Kalau sudah peluk Islam, kenalah beritahu. Haram makan makanan tidak halal. Wajib mengerjakan solat. Kena puasa pada bulan Ramadhan. Yang wanita, perlu jaga aurat. Apa status mereka?

Itulah masalahnya. Anda dilahirkan sebagai sebagai orang Islam, anda tak alami sendiri masalah mereka yang baru memeluk Islam. Mereka yang kita gelar 'closet Muslim' atau 'mualaf sembunyi' kerana belum mengisytiharkan pengislaman mereka. Ramai yang muda belia. Mereka berani kerana memeluk Islam setelah belajar Islam dan benar-benar yakin bahawa Islam agama benar, dan walaupun mereka mungkin menghadapi amcaman dihalau oleh keluarga masing-masing dan ditamatkan pembiayaan pengajian kolej atau universiti sekiranya keluarga mereka mengetahuinya.

Mereka ini semakin ramai tetapi kerana ada yang belum mendaftarkan diri sebagai orang Islam di jabatan agama Islam, kita tiada data. Tak dapat dikesan kecuali mereka sendiri memberitahu.

Makanan? Terpaksalah mereka pandai-pandai pilih makanan yang halal. Berusaha mengelak daripada makan daging babi bila bersama keluarga. Kita boleh dengan mudahnya berkata bahawa berdosa makan makanan yang tidak halal tetapi ingatlah bahawa mereka yang baru berstatus mualaf "sembunyi" tidak ada banyak pilihan, terutama bagi mereka yang keluarganya kuat beragama atau berpegang pada adat resam. Mengaku orang Islam bermakna bakal dihalau dari rumah, terputus hubungan kekeluargaan untuk sementara waktu, dan akan mengakibatkan keluarga sendiri dipulaukan dan dikecam hebat oleh jiran dan saudara mara yang juga bukan Islam.

Solat? Yang sudah belajar akan cuba lakukan secara sembunyi-sembunyi. Satu risiko. Yang muslimah, mungkin terpaksa solat dengan skaf panjang dan kain batik menggantikan telekong kerana kain telekong bukti nyata bahawa mereka sudah Islam. Yang belum pandai solat dan berisiko tinggi, hanya mampu berzikir dan berselawat. 

Puasa? Sama juga, yang dapat berpuasa akan berusaha untuk puasa. Yang sudah menjadi kelaziman makan tengah hari dengan keluarga, tahu-tahu sahaja. Sudah tentu mereka sedih kerana tidak mampu berpuasa seperti muslim yang lain. InsyaAllah, mereka akan bayar fidyah apabila berjaya hidup bebas nanti.

Sampai bila nak diamkan diri? Hidup dalam kepuraan? Mereka kena beritahu keluarga!

Sampai mereka bersedia untuk memberitahu. Atau sehingga Allah swt tentukan sendiri bahawa masanya sudah tiba untuk keluarga mengetahuinya. Kalau anda anggap hidup dengan membohongi keluarga tersayang sebagai satu kesalahan dan satu dosa yang tidak patut dilakukan oleh Muslim, bayangkan pula tekanan batin mereka yang melaluinya.
Kena pilih antara cara hidup Islam dan keluarga yang masih kafir. Menghitung hari sehingga mereka dapat berdikari dan bebas hidup sebagai orang Islam.

Saya pernah tujukan permasalahan ini kepada beberapa orang kawan dan ustaz yang saya kenali, yang lahir Islam. Jawapan mereka adalah perlu beritahu keluarga. Tak ada jalan lain.

Jawapan saya kepada mereka yang bertanya (pendapat saya), berusahalah hidup sebagai orang Islam setakat mana yang termampu. Sentiasa berdoa dan memohon ampun daripada Allah. Elakkan makanan yang tidak halal atau sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan. Dapatkan sokongan moral dan nasihat mereka yang memahami agar diri tidak terlalu tekanan dengan kehidupan dua identiti ini. Sambil-sambil itu, berikhtiar juga agar dapat memberitahu keluarga tentang pengislaman masing-masing dengan cara terbaik. 

Kita yang sudah Islam selalu beranggapan bahawa tugas membantu golongan mualaf dan mereka yang berminat pada Islam adalah tugas dan tanggungjawab NGO dan agensi Islam. Tanggapan itu perlu dikikis kerana kerap kali, (maafkan saya) pertubuhan begitulah yang sering merosakkan nama baik Islam. Ada segolongan pegawai yang cepat membuat andaian (peluk Islam mesti nak kawin, mudah menghukum halal-haram, tak boleh itu dan ini, kena buat begini kalau tidak tak sah solat bla3), cakap tak serupa bikin (mewakili nama Islam tetapi bercakap kasar, acuh tak acuh dan tidak sabar).

Mualaf 'sembunyi' lebih memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan (bagi yang masih menuntut) supaya mereka lebih bersedia dan berani mengisytiharkan pengislaman mereka dengan lebih awal. Mereka tidak perlukan tekanan lagi dengan kita memberitahu bahawa tindakan mereka terus makan babi bersama keluarga dan meninggalkan amalan lain adalah berdosa.

Kita sering menganggap permasalahan mereka sebagai perkara lekeh dan kecil, yang dibesar-besarkan. Selalu kita tegaskan, kalau dah Islam kenalah buat cara Islam. Tak alami maka tak ketahui, seterusnya tak fahami, tak dapat berempati.

Ia sama seperti seorang yang tidak pernah dibedah, tentu sekali tidak akan tahu bagaimana sakit anggota badan setelah ubat bius habis, betapa susahnya menjaga luka agar tidak dijangkiti kuman. Hanya boleh membuat teori dan andaian. Mudah menyalahkan pihak lain dengan tuduhan sengaja mengada-ngada.

Janganlah kita golongan seperti itu. Letakkan diri kita di tempat mualaf 'sembunyi'. Sekurang-kurang yang boleh kita lakukan adalah mendoakan mereka agar Allah perkuatkan iman mereka. 

Sekurang-kurangnya mereka ini walaupun belum dapat mengisytiharkan diri sebagai orang Islam, mereka sudah beriman pada Allah swt. Mereka berusaha untuk mendalami Islam, makan makanan halal, mendirikan solat dan puasa. Tidak seperti golongan tertentu yang beridentitikan Muslim tetapi dengan rela dan sukacitanya menghirup arak, makan daging babi, meninggalkan solat dan berpesta makan pada siang Ramadhan.

Nabi s.a.w mengambil masa bertahun tahun lamanya uantuk membina keimanan dan akidah. Sedangkan pada waktu itu para sahabat masih lagi meminum minuman yang mengharamkan dan memakan makanan yang mengharamkan. Contohnya ada sahabat yang bersolat dalam keadaan mabuk tetapi Nabi s.a.w. tidak menegur sehingga Allah s.w.t. menurunkan ayat mengharamkannya.

Ramai penda'ii mengislamkan yang bukan Islam terus mengharap si Mualaf fi Qulub itu meninggalkan segala yang diharamkan dan terus pandai bersolat. Mereka ingin si-mualaf terus menjadi seperti orang orang Melayu disekeliling mereka. Masyarakat berterusan memberikan tekanan emosi dan mental keatas mualaf dan saudara baru. Masyarakat menjadikan saudara baru itu Melayu lebih dari Islam dari segi berpakaian, pemakanan, percakapan, tingkah laku dan sebagainya.