Monday, March 5, 2012

Richard Patterson, Jutawan Amerika peluk Islam

Richard Patterson

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.
(al-Baqarah: 272)

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi.

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Abdulaziz menjejakkan kaki di Arab Saudi atas urusan menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk melatih para pelajarnya menyediakan bantuan kecemasan ketika di udara.

Semasa tinggal di negara itu, Abdulaziz keluar makan malam atas pelawaan tiga orang dari Kementerian Hal Ehwal Islam yang juga merupakan ahli kepada projek yang dikenali Guide Me to Islam. Ketiga-tiganya bercerita dengan Abdulaziz mengenai Islam dan intipati tentang kebenarannya.

"Tujuan saya datang ke Arab Saudi semata-mata berkaitan urusan perniagaan. Tetapi saya gembira dengan keputusan bijak dalam kehidupan saya ini iaitu bergelar Muslim," kata Abdulaziz dalam satu majlis meraikan pengislaman itu.

Abdulaziz memuji etika berpakaian orang Arab dan mengakui ia cukup selesa dan begitu cantik.

Pakaian tradisional orang Arab turut menarik minat Abdulaziz 

Ketika berada di negara asal kelahirannya, Abdulaziz selalu mendengar cerita-cerita negatif tentang Islam menerusi saluran-saluran media yang boleh dikatakan memburukkan imej Islam.

"Membaca tentang Islam semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengenali dan memahami Islam yang sebenar.

"Lantaran itu peluang bertemu dan berkenalan dengan umat Islam lebih membuatkan saya mengenali roh Islam dengan lebih jelas," katanya.

Abdulaziz menganggap dirinya bertuah kerana mengenali Islam menerusi teman-teman Muslim yang bersama-samanya sepanjang berada di bumi Arab itu. Malah beliau turut mengakui Islam adalah agama yang benar dan penuh toleransi.

"Masyarakat Islam dan warga Arab Saudi sangat baik hati, merendah diri dan bersikap terbuka kepada orang luar," kata Abdulaziz.

Beliau turut merasa mereka seperti keluarganya sendiri, kerana tidak pernag mengalami perasaan terasing atau dilayan dengan buruk sepanjang berada di Arab Saudi.

Bagi Abdulaziz, apa yang paling menarik mengenai masyarakat Arab adalah mereka sangat beragama dan menjadikan agama Islam sebahagian daripada kehidupan.

Dia memang berharap untuk membawa rakan-rakannya ke Arab Saudi untuk mengalami sendiri apa yang telah dilaluinya, sekali gus mengubah persepsi mereka tentang Islam. Abdulaziz juga menyeru pengusaha Muslim untuk bekerja keras dan menarik pengusaha asing memeluk agama Islam. Ini kerana ada di antara usahawan Muslim tidak begitu serius dalam melakukan dakwah kepada rakan kongsi yang bukan beragama Islam. Beliau berpendapat, sikap begitu sebenarnya satu kerugian besar buat agama Islam itu sendiri.

"Kita boleh menyediakan buku-buku tentang Islam kepada delegasi semasa pertemuan urus niaga dijalankan.

"Dengan cara ini ia dapat membantu menjernihkan imej Islam yang selama ini telah diburukkan oleh pihak-pihak tertentu," tegas beliau.

Seorang guru yang menjadi jurubahasa kepada Abdulaziz, Issam Abdul Razzaq berkata, golongan yang sudah berjaya terutama para usahawan adalah kunci utama dalam memainkan peranan mempamerkan imej-imej tertentu tentang Islam.

"Mereka yang sudah berjaya mempunyai kredibiliti dalam kalangan ahli komuniti mereka kerana mereka telah dianggap penting.

"Oleh itu, apabila mereka memilih untuk memeluk Islam, pasti ia menimbulkan rasa ingin tahu orang lain yang mana pada masa sama mereka mahu mengetahui dengan lebih mendalam akan agama baru mereka itu," kata Issam.

8 comments:

  1. salam;
    Allah telah memilih sesiapa yang disukainya..tanpa kita ragu dan sangsi.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya cuba google Richard Patterson
    tapi tak jumpa berkenaan Richard Patterson ni.

    ReplyDelete
  3. tak jumpa tidak berm,akna tidak ada

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah bertambah lagi seorang umat Islam

    ReplyDelete
  5. Bagi tau Jutawan ni supaya berhati2 dan jangan terpengaruh dgn Islam Sesat sebaran dan ajaran PAS PIS PUS Bungkus.

    ReplyDelete
  6. Tapi syang sekali petunjuk di beri kapada orang yang nun jauh di Amerika.

    Bukan elok Allah beri petunjuk pada orang Melayu Islam PAS/PKR agar bertaubat jgn cuma bertaubuat jer.

    Buat apa tanya lah Pemimpin2 PAS yang bergelumang dgn Maksiat.

    ReplyDelete
  7. Tuan anonymous..tlg jgn kaitkan parti politik dng cerita diatas...tak tahan dngr pas la imnp la pkr la...mcm2 lg. Bnyak benda lain yg lbih elok dr politik....

    ReplyDelete
  8. Btul kt peace tu.. org mcm anonymous ni la antr tali barut yg merosakkan bangsa. Suka membawa keburukan dr kebaikan. Sbb tu la org kita bpecahbelah

    ReplyDelete