Kisah Nabi Daud Dengan Ulat

>> Wednesday, October 12, 2011

Ingatlah, bahawa semua makhluk Allah sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingati sebagai bahan sejarah agama Islam, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

S
ejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes penganiayaan terhadap haiwan. Ini menunjukkan manusia begitu jauh dengan agama. Kebanyakan mereka menjadi sangat kejam disebabkan faktor duit. Lihat video di bawah sebagai renungan kita bersama.


                                           Meet Your Meat

To Animals, It's Not Entertainment

7 comments:

yusuflaili(Goku) October 12, 2011 at 11:35 AM  

Assalamualaikum;
Inilah kesalahan besar manusia yg hidup dimuka bumi ni..berlaku kejam terhadap mahluk Allah yg lain.

indahhiasan October 12, 2011 at 4:09 PM  

kesian tgk haiwan tu di siksa macm tu..

Zharif Alimin October 12, 2011 at 4:34 PM  

Waalaikumussalam.

Video tu saya tengok beberapa bulan lepas. tak tengok habis pun. Tak mampu nak tgk smpai habis. Hari ni post tanpa tengok pun.

Lepas tgk video tu mesti jadi x suka sarkas dan zoo kan? tu bukan tmpat haiwan sebanarnya. mereka juga ada hak.

aku budak klang October 13, 2011 at 3:02 PM  

masyaallah...buat pengajaran supaya kita tak menganiaya binatang...kesian

aneza October 13, 2011 at 7:19 PM  

perangai manusia ni memang teruk kadang2..sebijik atau lebih dari haiwan..

Peringatan October 14, 2011 at 10:34 AM  

salam sejahtera,

Niat yang baik dalam menasihat adalah perkara yang mulia dan diangkat agama. Tapi saudara, kitab ihya ulummuddin didalamnya banyak kisah merapu dan israilliyat(kisah orang yahudi tanpa berpaksikan alquran dan hadis). kisah israilliyat tidak boleh digunakan dalam menasihat atau memberi ajaran agama kepada orang kerana kisah-kisah ini kebanyakkanya adalah dusta dan merapu kerana orang yahudi sangat terkenal dengan sikap penipu besar.

Berbalik kepada kitab ihya ulummudin dan Imam AlGhazali, belaiu adalah tokoh besar tapi kebanyakkan ulama-ulama lain menasihatkan pembaca jangan mengambil bulat bulat kerana banyak hadis palsu dan cerita israiliyat dalam kitab itu. itu tidak boleh diterima pakai langsung kerana ia akan menjadi dusta dan fitnah kepada agama islam yang lengkap dan syumul. Imam alGhazali lemah dan kurang pakar dalam ilmu hadis, beliau lebih kepada tasauf, sebab itu banyak hadis palsu dan mungkar didalam kitabnya. Sudara boleh merujuk perkara ini dengan banayak di laman web tentang pandang imam2 besar lain tentang kitabnya yang terkenal itu dimana banyak unsur bukan islam dan hadis palsu wujud didalamnya. Namun begitu banyak pengajaran yang baik terdapat dalam kitab itu tapi jangan disandarkan kepada Nabi Muhammad atau Nabi nabi lain kerana jikalau perkara itu tidak benar maka kita berbuat dusta dan pasti mendapat dosa.

Niat tuan unutk menasihat adalah baik, tapi kena ada ilmu lebih lagi supaya tidak mengambil kisah2 islrailliyat atau tiada asas dari hadis atau al Quran kerana agama kita dibina atas dua sumber diatas yang dijamain tidak akan sesat, tapi rujukan kepada yang lain ada kebarangkalian untuk sesat, dan tiada yang maksum melainkan Nabi Muhammad sahaja.

Waallahualam.

nurmisnan October 14, 2011 at 2:51 PM  

sebab itu kita jangan sekali2 menidakkan dan mengutuk
kejadian Allah. Setiap kejadian DIA ada hikmah dan kebaikannya...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP