Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Bible

>> Friday, July 22, 2011

Pasti ramai daripada anda tahu yang satu masa dahulu kiblat umat Islam ialah Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Jerusalem seperti artikel yang telah saya siarkan sebelum ini. (klik sini untuk baca)

Saya ingin berkongsi dengan anda satu bukti bahawa kiblat Allah akan bertukar dari Jerusalem ke tempat lain. Buktinya terdapat di dalam Bible sendiri. Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya (di dalam Bible).

Bible New Testament John 4:20-24
New International Version (NIV)

20 Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.” 21 “Woman,” Jesus replied, “believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. 22 You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. 23 Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. 24 God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.”

Cuba lihat dan fahami maksud ayat di atas. Ayat yang perlu ditekankan (yang telah digariskan):

  1. Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem
  2. Believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem

Terjemahan untuk kita lebih faham (diambil dari Alkitab Indonesia);

(20) Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Jerusalemlah tempat orang menyembah. (21) Kata Yesus kepadanya: "Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Jerusalem.

Persoalannya, di mana kiblat yang baru itu? Bagi Islam, Kaabah merupakah kiblat yang dimaksudkan di dalam Bible. Mungkin penganut Kristian masih mencari-cari lagi kiblat tersebut ataupun tidak mempedulikan ayat tersebut.

Kiblat Umat Islam

Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.

Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah.

Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran:

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. 
(al-Baqarah: 144)

Sila baca artikel Kenapa Kita Solat Mengadap Kaabah untuk lebih memahami pertukaran kiblat ini. 

3 comments:

Syed Azharul Asriq July 22, 2011 at 8:51 PM  

kalau nak cilok artikel saya pun, beritahulah dulu, ni main cilok jer...

Unknown August 26, 2011 at 11:28 AM  

Hai,
Agak menarik teori yang diberikan tentang "kiblat" ini, cuma, terdapat masalah dalam tafsiran ini,
1. ayat Alkitab yang dipetik tidak memperkatakan tentang "kiblat" tetapi "tempat" beribadat.
2. Konteks pemahaman Yahudi ketika itu adalah berbeza dengan pemahaman yang cuba anda masukkan ke dalam ayat tersebut.
3 Anda tidak mengambil kira perkataan "Father" atau "Bapa" dalam merujuk kepada Tuhan. Sedangkan ia bertentangan dengan pemahaman Islam tentang Tuhan.
4. Konsep "kiblat" ini sebenarnya menjadi janggal apabila kita membaca ayat seterusnya, iaitu Yoh 4:23-24 di mana dikatakan penyembah yang benar akan menyembah di dalam Roh dan kebenaran, suatu konsep yang sangat asing di dalam Islam.

Maka, dakwaan anda bahawa Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. adalah tidak munasabah.

Maaf jika komen ini tidak disenangi, cuma saya merasakan perlu untuk menyatakan maksud sebenar ayat tersebut.

Tiwas.

kawan orang kecil December 10, 2011 at 6:49 PM  

salam sejahtera,
saya merasa senang melihat saudara tiwas mampu memberi komen2 balas dengan baik dan sopan dalam artikel khususnya melibatkan kristian..

semoga laman web ini dapat menjadi platform yang baik dalam perbincangan melibatkan agama2 secara tidak langsung..=)

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP