Keistimewaan Pengebumian Umat Islam

>> Friday, July 8, 2011

Kesederhanaan yang memberikan keindahan

“Kamu tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena sediakan lebih kurang RM20 ribu tau” seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami.

“Oh ye ke? Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang baru memeluk Islam. Dulu dia Buddha. Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan” kata saya.

“Tu yang murah punya rasanya. Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.

Tidak cukup duit? Jawapannya bakar

“Alhamdulillah, kos pengebumian kita tidaklah semahal itu. Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja. Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali. Murah kan” saya menambah.

“Ya, murah je. Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa” sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang kaedah pengurusan jenazah di taman perumahan kami.

“Alhamdulillah. Itulah antara yang cantiknya Islam ni. Cara pengebumian orang Islam ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mudah dan tidak menyusahkan waris” saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad. Tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.

Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi. Sungguh, memang cara pengebumian umat Islam boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam. Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya. Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan pihak waris.

Perlukah ini semua selepas mati?

Saya teringat akan dua kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu tentang bagaimana dua orang yang beragama Kristian yang masuk Islam disebabkan oleh tertarik dengan cara pengebumian orang Islam yang cukup sederhana dan ringkas sifatnya.

Kisah Pertama

Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu. Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.

Perkuburan Raja Fahd bin Abdul Aziz

Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu ialah bagaimana Islam bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa. Telah ditayangkan bagaimana jenazah Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd. Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa. Walaupun sudah bertahun-tahun beliau diajak masuk Islam dan tetap berdegil, namun dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah membuatkan beliau pasrah dengan keindahan Islam, seterusnya masuk Islam.

Kisah Kedua

Kisah kedua berlaku kepada seorang nenek di USA. Cucu beliau telah pun memeluk Islam dan menjadi salah seorang yang giat berdakwah di tempat mereka. Puas si cucu ini memujuk neneknya untuk masuk Islam, tetapi tidak berjaya dipujuknya. Pada suatu hari telah berlaku kematian di kalangan orang Islam di tempat mereka. Disebabkan orang Islam yang meninggal dunia itu adalah terdiri barangkali keluarga terdekat atau jiran mereka, maka si nenek pun hadir sama ke upacara pengebumian si muslim yang meninggal dunia itu.

Selepas upacara pengebumian tersebut, nenek itu telah berkata kepada cucunya tadi, “Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam itu juga”, beliau merujuk kepada cara pengebumian muslim tersebut. Dengan hidayah dan taufiq dari Allah, maka nenek itu pun masuk Islam. Beliau masuk Islam lantaran tertarik dengan cara pengebumian Islam yang sederhana dan menginsafkan. Selang beberapa tahun kemudian, nenek itu meninggal dunia. Dan beliau dikebumikan dengan cara yang beliau mahukan iaitu meninggal dunia sebagai muslim dan dikebumikan dengan cara pengebumian muslim. Kisah ini telah disampaikan oleh cucu beliau yang merupakan seorang pendakwah Islam yang aktif berdakwah di USA.

Itulah dua kisah yang mungkin dapat kita pelajari dan ambil iktibar. Betapa kesederhanaan dan mudahnya Islam ini dapat menambat hati fitrah manusia.

Justeru, amalkanlah Islam mengikut contoh yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam. Jangan menyusah-nyusahkan dengan upacara tambahan dan rekaan. Sungguh, pada kesederhanaanlah, Islam ini dilihat cantik.

6 comments:

Azura Mendezz July 8, 2011 at 12:23 PM  

Subhanallah...tp yg sedihnya ada pulak yg dh sedia Islam xmahu mengaku Islam..
alahaiii~~

Munn Jaafar July 8, 2011 at 4:10 PM  

thanks 4 sharing...suka baca =)

Anonymous July 8, 2011 at 4:57 PM  

Assalamulaikum,

Ustaz, saya ingin bertanya. Adakah halal bagi kita memakan haiwan yang diberi makan barangan haram seperti arak supaya menjadikan dagingnya sedap dimakan.

Ada tak dalil @ sunah @fatwa yang menyata haram @ halal memakan haiwan ini.

Ustaz pernah dengar tak KOBE BEEF @ WAGYU BEEF. Daging lembu yang terbaik didunia. Lembu ini dijaga baik dengan diurut badannya dan di beri minum sake atau wine. Daging ini dahulunya hanya didapati di Kobe jepun, tapi kini Australia dan negara lain telah mengeksport daging ini. Malaysia mengimport daging ini & di jual di kedai2 western food. Adakah ianya halal dimakan oleh umat islam.

Tolong Ustaz...

Unknown July 10, 2011 at 2:06 AM  

terima kasih di atas perkongsian..baru faham kenapa coz pngebumian org cina mahal~

biT November 5, 2011 at 8:47 AM  

terima kasih pada artikel yang menarik..Alhamdulillah..=)

CERITA DEWASA ABG October 28, 2018 at 9:52 AM  

VAZBET - Agen Bola Piala Dunia - Agen Casino dan Poker Online Terpercaya Indonesia
VAZBET - Tembak Ikan Online - Agen Bola Terpercaya - Agen Fafa Slot - Agen Casino

Tembak Ikan Online
Agen Fafa Slot
Agen Casino Terpercaya
Agen Bola Piala Dunia
Agen Poker Terpercaya
Agen Sabung Ayam
Agen Bandar Togel Klik 4D
Daftar Vazbet

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP