Kisah Mayat Yang Tidak Amanah

>> Sunday, June 5, 2011

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.

Elok lah kita mengambil ikhtibar akan riwayat ini.

Adakah kita pernah mengambil barang-barang dari pejabat, samada dari sekecil-kecilnya seperti klip kertas, pemadam dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk kegunaan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita?
 
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar.
Azab neraka itu adalah benar.
Dan syurga itu adalah benar.
 

11 comments:

Wahida Samsuddin June 5, 2011 at 1:02 PM  

Masha Allah! :"(

Are-Die June 6, 2011 at 8:32 AM  

kisah yg baik untuk semue...

Atikah Hanun June 6, 2011 at 11:30 PM  
This comment has been removed by the author.
AnisyA June 20, 2011 at 11:50 AM  

Ya Allah, berikanlah rahmatmu, sesengguhnya dia adalah seorang yang mulia dengan menyedarkan semua orang tentang kebesaranMu. amin

tahnks admin, sekecil2 perkara selalu orang lain endahkan. tapi sekecil2 perkara nie yg buat kita merana

ain June 22, 2011 at 3:38 PM  

sgt menginsafkan...terima kasih admin

cik marikh September 21, 2011 at 10:24 AM  

Allahuakbar...terima kasih..

Anonymous September 25, 2011 at 4:56 AM  

Alhamdulillah...terima kasih Admin..semoga menjadi iktibar kepada kita yg hidup ini...

Anonymous March 16, 2012 at 8:43 PM  

assalam..tuan yg empunya blog. izinkan saya untuk menyalin kisah ini utk tatapan saya n rakan saya..moga dpt memberi pengajaran kepada mereka yg gemar meminjam n mengambil barang tanpa rasa bersalah..moga kisah ini dpt meyedarkan mereka..

Mr Rasid July 29, 2016 at 1:17 PM  

Boleh bagi sanad hadith dan dari kitab mana cerita ini?.. saya nak tahu..

Nazrin November 25, 2017 at 8:45 PM  

maaf tuan blog. saya juga ingin bertanya, adakah dalil dari kisah ini. mungkin dari Injil atau apa2 sumber. terima kasih

cc June 4, 2020 at 2:29 PM  

KISAH PALSU PENCUNGKIL GIGI

Dikatakan nabi Isa AS pernah menghidupkan orang mati. Setelah lelaki itu hidup kembali, dia menceritakan kedahsyatan bagaimana dia diazab dalam kubur oleh Allah selama 70 tahun kerana pernah mengambil kayu pencungkil gigi tanpa izin tuannya. Dikatakan semasa hidupnya lelaki ini berkerja sebagai penghantar kayu. Pada suatu hari semasa dalam urusan kerjanya, dia berhenti makan dan mengambil secebis kayu yang perlu dihantarnya untuk mencungkil makanan yang lekat pada giginya.

Kisah ini disebut dalam sebuah kitab bertajuk "عرائس المجالس في قصص الأنبياء" karangan Imam al-Tha'labi (meninggal 427 Hijri).

Walaupun begitu, kitab ini dikritik oleh ramai ulama'. Ia juga antara kitab yang diberi amaran tentang isi kandungannya kerana banyak mengandungi riwayat pelik dan tidak berasas (amaran ini disebut dalam kitab "كتب حذر منها العلماء" KITAB-KITAB YANG DIBERI AMARAN (TENTANG KESAHIHAN ISINYA) OLEH PARA ULAMA’ – yang disusun oleh Masyhur Hasan Ali Salman (Dar al-Samay’i, 1995).

sama2 tambah ilmu, yakin dgn ibadah yg kita buat..
https://www.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim/posts/10217145044083602

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP