Banjir Besar Di Jeddah Dan Tanda-Tanda Kiamat

>> Wednesday, December 2, 2009

Peristiwa banjir besar di Jeddah ini terjadi ketika jemaah haji sedang bersiap-siap untuk wukuf di Arafah. Pemanasan global telah menimbulkan perbagai perubahan iklim di setiap sudut dunia. Ada negara-negara yang biasanya dibasahi hujan mengalami kemarau yang luar biasa. Sementara negara-negara yang biasanya beriklim panas seperti Arab Saudi telah dilanda banjir yang besar. Namun bolehkah kita merasa puas hanya dengan penjelasan ilmiah para pakar kaji cuaca ini?


Seorang muslim yang rajin membaca dan beriman kepada Kitabullah Al-Quran Al-Karim dan hadits-hadits Nabi Muhammad s.a.w tidak akan 100% menerima penjelasan para pakar ini. Mereka selalu berusaha untuk merujuk dan mencari jawapan dari dua sumber utama kehidupannya, Kitabullah was-Sunnah.

Penulis sendiri berpendapat setidaknya ada tiga dalil yang perlu menjadi perhatian kita. Satu dalil bersifat umum dan berlaku sepanjang masa. Dua lagi berkait dengan fenomena dan tanda-tanda semakin dekatnya Hari Kiamat.

Pertama, Allah telah mengingatkan bahawa keimanan dan ketakwaan penduduk suatu daerah akan memastikan datangnya keberkatan Allah baik dari langit (atas) maupun dari bumi (bawah).

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا
عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْض

”Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi.” 
(QS Al-A’raaf ayat 96)

Namun sebaliknya, Allah juga mengingatkan, bila sikap suatu kaum itu suka mendustakan ayat-ayat Allah, maka Allah tidak segan-segan mendatangkan seksa dan musibah bagi kaum tersebut. Ini merupakan suatu sunnatullah yang pasti dan jelas. Sehingga di dalam ayat yang sama, Allah  menegaskan melalui firmanNya:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا
عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

”Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” 
(QS Al-A’raaf ayat 96)

Kita tentunya tidak berhak untuk menghakimi bahawa setiap penduduk kota Jeddah itu telah mendustakan ayat-ayat Allah. Namun boleh jadi sikap korup, suka kepada maksiat dan lalai sebahagian warganya telah menjadi faktor yang mengundang bencana. Apalagi jika sebahagian yang dimaksud adalah pembesar pembesar Saudi. Maka sudah tentu peringatan Allah pada ayat-ayat berikutnya menjadi perhatian utama semua pihak.

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ
أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ
أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ
أَوَلَمْ يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ أَهْلِهَا أَنْ لَوْ نَشَاءُ
أَصَبْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَنَطْبَعُ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ

”Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan seksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan seksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang kerugian. Dan apakah belum jelas bagi orang-orang yang mempusakai suatu negeri sesudah (lenyap) penduduknya, bahawa kalau Kami menghendaki tentu Kami azab mereka kerana dosa-dosanya; dan Kami kunci mati hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (mengambil pengajaran)?” 
(QS Al-A’raaf ayat 97-100)

Kedua, perlu diketahui bahawa jika kecenderungan perubahan iklim global berlanjutan seperti yang berlaku sekarang ini, maka tidak mustahil perubahan iklim seperti yang terjadi di Jeddah akan berulang kembali. Jika ini benar, masyarakat di tanah Arab harus menghadapi kemungkinan banjir setiap tahun. Dan wilayah yang sering dicurahi air hujan tentunya akan menjadi kawasan yang subur. Tidak mustahil dalam jangka masa panjang, tanah Arab akan dihiasi oleh padang rumput bahkan mungkin wujudnya sungai-sungai yang mengalir.

Projek sungai buatan di Libya - kisahnya di sini


Dalam sebuah hadits Nabi Muhammad s.a.w telah mengatakan bahawa di antara tanda-tanda semakin dekatnya hari Kiamat ialah bila tanah Arab kembali dihiasi oleh padang rumput dan aliran sungai-sungai. Ungkapan ”kembali” menunjukkan bahawa memang pada asalnya tanah Arab adalah kawasan yang subur dan tidak tandus seperti yang kita saksikan sekarang ini.

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

”Tidak akan datang hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” 
(HR Ahmad)

Jadi memang benarlah sekarang ini kita berada di Akhir Zaman. Tanda demi tanda Akhir Zaman mula muncul di sekitar kita. Jarum jam berputar, kian hari kian mengingatkan kita akan dekatnya hari Kiamat. Demikianlah Allah sentiasa mengingatkan kita melalui firmanNya seperti:

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

”Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.” 
(QS Al-Ahzab ayat 63)

Ketiga, beberapa pihak juga berpendapat bahawa bencana banjir besar di Jeddah merupakan teguran Allah swt terhadap pemerintah Arab Saudi semakin akrab dan mesra dengan Barat terutama Amerika. Raja dan para pembesar Saudi amat mengikut kemahuan Barat. Jadi tidak hairanlah ketika terjadinya penzaliman Yahudi Zionis Israel terhadap saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, kerajaan Arab Saudi tidak menunjukkan sokongan kepada Palestin. Malah sebaliknya berlaku, mereka bersama Mesir dan Jordan telah 'bersatu' dengan musuh umat Islam, iaitu Israel.

Kemesraan antara Kerajaan Saudi dan musuh Umat Islam


Arab Saudi merupakan wilayah terbesar di jazirah (semenanjung) Arab. Kerajaan ini memiliki bendera yang tertera kalimat Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah lengkap dengan pedangnya. Namun semua orang tahu betapa banyaknya kezaliman yang berlaku di dalamnya.

Arab Saudi 'mendiamkan' para ulamanya yang menghidupkan kesadaran dan semangat berjihad fi sabilillah. Bahkan menyekat para ulamanya yang menunjukkan permusuhan kepada Amerika dan Israel. Belum lagi para raja dan pembesar Saudi yang mengamalkan gaya hidup mewah seolah-olah lupa sebilangan besar umat Islam yang berada di bawah paras kemiskinan.

Berkaitan dengan ini juga, Nabi Muhammad s.a.w telah mengatakan bahawa kedatangan Imam Mahdi di Akhir Zaman akan datang dengan berlangsungnya perang demi perang antara pasukan Islam yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (para penguasa diktator yang mengabaikan perintah Allah dan RasulNya). Dan jika kita merujuk kepada hadits mengenai tempoh masa perjalanan sejarah Umat Islam di akhir zaman, maka kita dapati bahawa sekarang ini kita sudah berada di tahap keempat dari perjalanan tersebut. Babak keempat merupakan babak kepemimpinan para Mulkan Jabriyyan di seluruh dunia, baik di negara-negara majoriti muslim, apalagi di negara-negara berpenduduk majoriti bukan Islam. Ini merupakan era penuh kezaliman dan era paling kelam dalam sejarah Islam.

Nabi Muhammad s.a.w memberikan khabar gembira akan kedatangan Imam Mahdi. Pemimpin umat Islam di akhir zaman ini akan memindahkan kita dari keadaan dunia penuh kezaliman kepada keadilan dan kejujuran. Ini bermaksud kita semua beralih dari babak keempat menuju babak kelima, iaitu tertegaknya kembali Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah (Kekhalifahan Berdasarkan Manhaj / Mengikut Kenabian). Bahkan tidak ada seorang pun ulama yang berpandangan bahawa Al-Mahdi bakal menjadi Khalifah Rasyidah di akhir zaman setelah beliau dengan pasukannya diizinkan Allah merobohkan sistem kuffar Dajjal.

الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ
قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ

“Al-Mahdi dariku (keturunanku). Lebar dahinya dan mancung hidungnya. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana bumi sebelumnya dipenuhi dengan penganiayaan dan kezaliman. Ia akan memimpin selama tujuh tahun.” 
(HR Abu Dawud)

Yang menarik ialah Nabi Muhammad s.a.w juga mengatakan bahawa peralihan kuasa dunia dengan hadirnya Al-Mahdi akan diwarnai dengan huru-hara yang besar. Kerana peralihan tersebut tidak berlangsung secara lancar, melainkan diwarnai dengan pertumpahan darah dan peperangan. Sekurang-kurangnya ada empat perang yang bakal beliau pimpin dan mendapat kemenangan. Namun yang paling mendebarkan kita ialah berita dari Nabi s.a.w bahawa perang pertama merupakan perang pembebasan jazirah Arab. Sedangkan Kerajaan Arab Saudi merupakan wilayah terbesar dari jazirah (semenanjung) Arab.

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ

“Kamu akan perangi jazirah Arab sehingga Allah memenangkan Kamu atasnya. Kemudian Kamu perangi Persia sehingga Allah memenangkan Kamu atasnya. Kemudian Kamu perangi Rom sehingga Allah memenangkan Kamu atasnya. Kemudian Kamu perangi Dajjal sehingga Allah memenangkan Kamu atasnya.” 
(HR Ahmad)

Sememangnya persiapan haruslah dilakukan mulai sekarang. Memang semua yang dinyatakan tersebut hanya Allah yang tahu, tetapi apa salahnya kita bersiap-siap menghdapi ini semua? Janganlah kita termasuk dalam golongan yang tidak peduli langsung dengan peristiwa yang berlangsung di sekeliling kita padahal ia termasuk dalam tanda-tanda semakin senjanya usia dunia yang fana ini. Kiamat sudah dekat wahai saudaraku.

فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً
فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

”Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” 
(QS Muhammad ayat 18)

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh salah satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) atau mati syahid. Amin ya Rabb.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP