Rabbi Yahudi: Bunuh Saja Selain Yahudi

>> Sunday, November 15, 2009


Sebuah buku telah dikeluarkan oleh seorang rabbi Yahudi yang membenarkan orang Yahudi membunuh orang-orang bukan Yahudi, termasuk bayi dan anak-anak, yang boleh menjadi ancaman ancaman kepada orang Yahudi atau Israel.


Rabi Yitzhak Shapiro

"Memang dibolehkan untuk membunuh orang di kalangan bukan Yahudi. Ini kerana orang bukan Yahudi mengancam kehidupan orang yahudi dan mesti bertanggung jawab atas ancaman tersebut," kata Rabi Yitzhak Shapiro, yang mengetuai Yosef Od Chai Yitzhar Yeshiva di penempatan Tebing Barat yang diduduki. Kata-kata ini dapat di baca di dalam bukunya " The King's Taurat. "

Dia berpendapat bahawa ghoyim (bukan Yahudi) akan dibunuh jika mereka mengancam Israel. "Jika kita membunuh seorang bukan Yahudi yang telah berdosa atau telah melanggar salah satu dari tujuh perintah, tidak ada kesalahan untuk membunuhnya."

Shapiro, yang merupakan seorang ketua sekolah Talmud di Nablus, mendakwa bahawa alasannya "sepenuhnya dibenarkan oleh Taurat dan Talmud." Alasan Anti-Ghoyim ini nampaknya selari dengan polisi Israel Yahudi yang mengaku telah membunuh dua gembala Palestin di Tebing Barat.

Baruch Goldstein (gambar atas di sebelah kanan)

Seperti yang diketahui ramai, ramai orang Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh oleh Yahudi. Pada tahun 1994, Baruch Goldstein, seorang Yahudi terkenal, telah membunuh 29 muslim yang sedang solat di Masjid Al-Ibrahimi di Tebing Barat kota al-Khalil, padahal mereka tidak mengancam Yahudi pun.

Orang Bukan Yahudi Bukan Manusia

Kenyataan kontrovers ini telah disokong oleh kebanyakan rabi yang berpaksikan dengan kem agama kebangsaan serta disokong dalam seminar Talmud di Jerusalem Barat, yang dikenali sebagai Merkaz Ha'rav. Di antara para rabi yang terbuka menyokong kenyataan ini adalah Yitzhak Ginsburg dan akov Yosef.

Ginsburg telah menulis risalah yang memuliakan Goldstein dan menggelarkannya "tokoh suci." Tinjauan Shapiro mengenai bagaimana Palestin dan bukan Yahudi secara umum diperlakukan sesuai dengan hukum agama Yahudi (halacha). Dia juga menegaskan tindakan ini patut dijalankan bukan sahaja dalam Palestin tetapi juga di seluruh dunia.

Sepanjang serangan Israel terhadap Gaza awal tahun ini, Mordecahi Elyahu, salah satu tokoh rabbi terkemuka di Israel, mendesak tentara untuk tidak menahan diri dari membunuh anak-anak warga Gaza dalam rangka untuk menyelamatkan nyawa tentera Israel. Dia juga telah memberi petisyen kepada pemerintah Israel untuk melakukan pemboman besar besaran di pusat penduduk Palestin di Gaza.

"Jika mereka tidak berhenti setelah kita membunuh 100 orang, maka kita harus membunuh seribu. Dan jika mereka tidak berhenti setelah kita membunuh seribu, maka kita harus membunuh 10.000. Jika mereka masih tidak berhenti, kita harus membunuh 100,000, bahkan sejuta. Kita mesti melakukan apa yang  diperlukan untuk menghentikan mereka. "

Menurut Israel Shahak, penulis buku "Jewish History, Jewish Religion: the Weight of Three Thousand Years," istilah manusia dalam hukum Yahudi semata-mata hanya mengacu kepada orang Yahudi. Banyak rabbi ortodoks Yahudi, melihat persidangan antarabangsa yang sengaja membenarkan pembunuhan orang awam dan memusnahkan rumah-rumah dan harta benda awam lebih kepada mewakili "moral Kristian" dan bukannya berasal dari Yahudi.

Pada tahun 2006, Dewan Rabbi penempatan Yahudi di Tebing Barat mendesak tentera untuk memusnahkan musuh di utara (Lebanon) dan selatan (Jalur Gaza). Hal seperti ini terang terangan bersifat perkauman dan penuh kebencian. Situasi ini tidak langsung menunjukan nilai nilai yang boleh diguna pakai dalam menghentikan persengketaan ini.

1 comments:

basodia March 18, 2012 at 9:57 PM  

syaitan telah berjaya mempengaruhi manusia sehingga syaitan sendiri mengaku kalah kepada kejahatan manusia . bermakna kejahatan manusia lebih jahat daripada syaitan . laknat allah keatas orang2 yang zalim

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP